KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131209

Semua jenazah Islam di Malaysia diuruskan oleh bukan Islam


Dalam siri ceramah oleh Ustaz Mayat (Ustaz Amir Muttakin Hj Abd Ghani Al Hafiz di Seremban pada 7 Dis 2013 ) yang banyak menguruskan jenazah di Lembah Klang, beliau menceritakan kesedihan beliau bagaimana urusan jenazah orang Islam seluruh Malaysia ketika ini, sebahagiannya diuruskan oleh sebuah pertubuhan bukan Islam.

Menurut Ustaz Amir, kapur barus adalah antara bahan terpenting untuk memandikan jenazah. Tapi ramai yang tidak tahu, di Malaysia ini ada 2 pusat penjualan kapur barus ini yang dimiliki oleh orang bukan Islam iaitu di KL dan Klang.

Oleh itu Ustaz Amir berharap agar usahawan Islam, usahawan Melayu, GLC Melayu, Majlis Agama Islam , JAKIM dan sebagainya memikirkan bagaimana urusan jenazah orang Islam di Malaysia ini diuruskan sepenuhnya bahan-bahannya oleh orang Islam sendiri.

Memikirkan bagaimana untuk mengimpot terus kapur barus ini dari luar negara dan diproses dalam negara untuk diagihkan kepada para pengurus jenazah seluruh Malaysia.

Tiada ulasan: