KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131218

Mana nak cari rumah perlindungan remaja perempuan hamil?


Antara panggilan telefon yang saya terima apabila pelayar internet membaca artikel-artikel di blog saya di http://waghih.blogspot.com atau http://rozmal.blogspot.com ialah ;

1. Mana nak hantar remaja perempuan yang hamil kerana terlanjur?
2. Mana ada sekolah pondok atau maahad tahfiz swasta?
3. Apa nombor telefon pegawai pencegah maksiat?
4. Bertanyakan soalan kemusykilan agama atau perlukan kaunseling.
5. Bagaimana nak iklankan perniagaan dalam laman web usahawan Islam?
6. Mana nak hantar anak kursus semasa cuti sekolah?
7. Mana ada program ceramah di masjid atau surau setempat?

Saya harap pihak kerajaan negeri-negeri menambah peruntukan kewangan dan kakitangan untuk mengemaskini laman web Majlis Agama Islam Negeri masing-masing untuk memudahkan umat Islam di negeri tersebut mendapat semua maklumat ini.

Bagaimana kita hendak melawan dakyah ajaran sesat kalau kandungan dalam laman web Majlis Agama Islam Negeri-Negeri tidak dapat memberikan maklumat menyeluruh terutamanya pegawai kaunseling, pegawai pencegah maksiat dan sebagainya?

Tiada ulasan: