KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131217

Gejala Bunuh Diri Yang Membarah di Malaysia




Ini ialah bala, ini bukan masalah terpencil. Kajian mendapati 11.3 peratus penduduk negara ini atau 3.3 juta orang rakyat Malaysia ada masalah mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun. Marilah kita bertaubat dan banyakkan beristighfar.

Apakah gadis ini perlu dihadapkan ke mahkamah atau diberi kaunseling gadis ini bersama keluarganya?

Pelajar cuba bunuh diri didakwa
16 Disember 2013

DUNGUN - Akibat tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah ini nekad untuk membunuh diri dengan cuba terjun dari bangunan sekolah.

Tertuduh yang sempat ditemui Sinar Harian selepas pendakwaan dilakukan ke atasnya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosi selepas menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.

Pelajar perempuan terbabit berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun pagi semalam didapati melakukan perbuatan itu pada jam 9.10 pagi 6 Mac lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: