Dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga
barangan, sebuah perkumpulan yang diberi nama “Anak Muda Islam Rembau – AMIR”
telah melancarkan Program Bantuan Jom Ke Sekolah untuk membantu meringankan
sedikit beban para pelajar sekolah rendah dan menengah dari golongan miskin dan
kurang berkemampuan yang akan masuk ke sesi persekolahan tahun 2014 nanti.
Kepada mereka yang ingin menyumbang, antara bentuk sumbangan
yang boleh disalurkan ialah :
1. Pakaian sekolah terpakai yang masih elok, bersih dan
digosok atau dilipat dengan kemas.
2. Pakaian sekolah yang baru.
3. Kasut sekolah terpakai yang masih elok serta bersih.
4. Beg sekolah terpakai yang masih elok serta bersih atau
beg sekolah yang baru.
Untuk sumbangan atau sebarang pertanyaan sila hubungi :
- Farhan 013-6608271
- Aliff 013-9756083
- Ikhwan 013-6350756
Tiada ulasan:
Catat Ulasan