China menjelajah bulan dengan teknologi mereka sendiri, Iran
menghantar monyet ke angkasa dengan roket mereka sendiri. Malaysia akan
menghantar angkasawan kedua dengan menumpang roket Rusia.
“Wahai sekalian jin dan manusia. Kalau kamu dapat menembus
keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi, maka cubalah kamu menembus keluar.
Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan.” (Ar-Rahman
33)
Program angkasawan kedua akan diteruskan
12 Dis 2013 PUTRAJAYA: Program misi menghantar angkasawan
kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk melakukan penyelidikan
saintifik akan diteruskan dan tarikhnya akan diumumkan pada masa yang sesuai
kelak. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin berkata, misi angkasa
lepas kedua itu mendapat kerjasama Rusia, Jepun dan beberapa negara lain.
Monyet sertai roket Iran ke angkasa selamat mendarat di bumi
15 Dis 2013 TEHERAN - Seekor monyet yang diberi nama Fargam
selamat mendarat di bumi hari ini, selepas dihantar ke angkasa dalam pelancaran
roket kedua tahun ini untuk program balistik kontroversi oleh kerajaan Iran.
Presiden Iran, Hassan Rohani mengucapkan tahniah kepada para saintis menerusi
mesej daripada agensi berita rasmi IRNA.
Robot Luar Angkasa China Jelajahi Bulan
15 Dis 2013 KENDARAAN robot milik China mulai menjelajahi
permukaan bulan, beberapa jam setelah China menjadi negara ketiga yang berhasil
mendaratkan pesawat ruang angkasanya di bulan. Robot penjelajah beroda enam itu
diturunkan dari wahana tersebut di dataran vulkanik berdiameter 400 km yang
sering disebut Teluk Pelangi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan