Beberapa ibu bapa di N.Sembilan
mengeluh, anak mereka mendapat 5A dalam UPSR 2013 tetapi tidak dapat
masuk ke Sekolah Menengah Agama kerana terlalu ramai yang mohon masuk
ke sekolah menengah agama.
Persoalannya kenapa dari dulu hingga
sekarang bilangan sekolah menengah agama di N.Sembilan ini tidak
bertambah mengikut permintaan semasa?
Kalau sekolah menengah agama tidak
bertambah sedangkan setiap tahun permintaan semakin meningkat, kenapa
tidak diberi bantuan lebih banyak kepada sekolah agama swasta agar
yuran pengajian di sekolah agama swasta dapat dikurangkan dengan
demikian lebih ramai pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dapat
masuk ke sekolah agama swasta?
Kenapa ada diberitakan sekolah agama di
N.Sembilan ada yang menghadkan pengambilan pelajarnya hanya 25 orang
untuk satu kelas?
Tolonglah, beri perhatian kepada
masalah semasa, masalah di sekeliling kita.
Saya dengar bukan sekolah menengah
agama sahaja tak cukup kelas, malahan sekolah menengah biasa pun
terlalu padat murid.
Tengok saja di Rembau, dari saya
sekolah tahun 70an dan 80an, tidak banyaksekolah menengah yang baru
rasanya di Rembau. Tak pasti samada sekolah menengah yang baru siap
di Pedas sudah boleh digunakan pada tahun 2014 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan