Macam-macam musibah, macam-macam bala
yang melanda negara ketika ini. Dari banjirnya, demam dengginya,
Influenza Anya, kencing tikusnya, buang bayinya dan macam-macam lagi.
Semakin dilaporkan di dada akhbar, semakin laku akhbar, namun bala
dan musibah tersebut semakin bertambah.
Dengan adanya pelbagai bala dan musibah
ini marilah kita banyakkan istighfar dan bertaubat. Istighfar yang
benar-benar istighfar dari lidah menusuk ke hati. Setelah kita
beristighfar dan bertaubat marilah kita meriahkan, makmurkan masjid
dengan solat jemaah dan menghadiri majlis ilmu, ceramah dan kuliah di
masjid.
Setelah kita lakukan semua tadi,
pastikan persekitaran kita sentiasa bersih. Sebelum kita buat gotong
royong di tempat lain, buat gotong royong di rumah kita dulu,
kenderaan kita, pejabat kita.
Kita ini hanyalah hamba ALLAH yang
bangang, bodoh, lemah, jahil jika tidak kerana akal yang ALLAH
berikan pada kita, janganlah kita meninggi diri sesama kita apatah
lagi kepada ALLAH.
Hanya mereka yang bertaqwa yang ada
nilai di sisi ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan