KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131214

Bala lagi, kes bunuh diri, sakit mental di kalangan orang Melayu meningkat


Ini lagi satu bala, sakit mental, amuk dan bunuh diri yang makin meningkat hinggakan ke pelajar sekolah. Sebelum kita buat kajian dan sebagainya, kembalilah pada Islam sepenuhnya, pastikan semua pelajar Islam solat fardu di sekolah. Pastikan semua pelajar Islam solat subuh, kerana ada pelajar Melayu tunggu bas sebelum masuk subuh, sampai sekolah selepas habis subuh. Ada juga pelajar Melayu lelaki tunggu bas sebelum waktu solat Jumaat dan sampai sekolah selepas habis solat Jumaat. Bila masa pelajar Melayu kita solat kalau habis masa dalam bas? Kita ni Ahli Sunnah Wal Jamaah, perlu ambil berat bab solat ni !

Kajian mendapati 11.3 peratus rakyat atau 3.3 juta orang rakyat Malaysia sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia, ulasan lanjut di http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html

SARINGAN SAKIT MENTAL
14 Dis 2013

Putrajaya: Kementerian Kesihatan akan melaksanakan saringan kesihatan mental terhadap semua pelajar tingkatan dua hingga empat bagi mengenal pasti mereka yang mempunyai risiko menghidap masalah mental.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, saringan berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan dilakukan di semua sekolah menengah bermula tahun depan.

“Melalui saringan ini, pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan yang diberikan di mana protokal saringan ini diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Langkah ini dapat memberi peluang kepada kita untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai risiko paling tinggi menghidap masalah mental sekali gus mengambil tindakan sepatutnya untuk membantu mereka,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini, semalam.

Pada masa sama, Dr Subramaniam berkata, guru kaunselor akan diberi latihan lebih menyeluruh dalam usaha meningkatkan kemahiran dan kepakaran mereka menjalankan tugas dengan berkesan di sekolah.


Tiada ulasan: