KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20051026

Pelajar miskin SMA Klana Petra dan anak yatim Gedung Lalang diraikan


Seremban 26 Okt – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan hari ini telah menyerahkan sumbangan Idil Fitri kepada pelajar-pelajar miskin Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan dan anak-anak yatim daripada Rumah Anak-Anak Yatim DPPMNS Gedung Lalang.

Seramai 42 orang pelajar-pelajar dari keluarga miskin SMADKP telah menerima sumbangan duit raya melalui Yayasan Amal Malaysia hasil sumbangan orang ramai dan sektor korporat. Turut hadir dalam penyerahan sumbangan tersebut ialah Pengetua SMADKP Ustaz Abdul Halim Sulaiman.

Sementara itu 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di Gedung Lalang telah turut menerima sumbangan duit raya. Penyerahan sumbangan tersebut telah disaksikan oleh Tn Hj Hashinordin Hashim, penyelia rumah anak yatim berkenaan.

Sumbangan duit raya tersebut telah disampaikan oleh Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani, AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.

Tiada ulasan: