KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20051026

Yayasan Amal hulur sumbangan Idil Fitri anak yatim Taman Tasik Jaya


Senawang 25 Okt – Dalam usaha untuk menceriakan lagi sambutan Idil Fitri kepada golongan ibu tunggal dan anak yatim, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan hari ini telah menyerahkan sumbangan Idil Fitri untuk golongan tersebut dari Apartment Seroja dan Apartment Kasturi, Taman Tasik Jaya, Senawang.

Sumbangan telah diserahkan oleh Sdr Hasan Tamby wakil Yayasan Amal kepada Pengerusi Surau Al Hiqmah, Apartment Seroja , Tn Hj Ariffin Abdullah dalam satu majlis ringkas selepas berbuka puasa bersama penduduk di sana.

Menurut Tn Hj Ariffin , pihak surau dalam masa yang sama memberikan sumbangan makanan kepada golongan miskin, ibu tunggal dan anak yatim di kawasan tersebut. Menurut beliau setakat ini kawasan tersebut belum lagi menerima bantuan daripada mana-mana pihak sempena Ramadan dan Idil Fitri ini, walaupun menurutnya ramai yang mendiami kawasan tersebut terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dan ada yang dari golongan miskin. Atas rasa keprihatinan tersebut pihak surau mengadakan Tabung Ibu Tunggal dan Anak Yatim setiap kali menjelang Ramadan serta mengalukan mana-mana pihak untuk menghulurkan sumbangan.

Tiada ulasan: