KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20051018

Yayasan Amal meraikan ibu tunggal dan anak yatim


Senawang Ahad 16 Okt – Yayasan Amal Malaysia hari ini meraikan ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa bersama mereka yang diadakan di Surau Taman Alamanda, Senawang.

Seramai 10 orang ibu tunggal sekitar Senawang telah diberikan sumbangan Ramadhan dan Idil Fitri. Sumbangan tersebut adalah hasil derma orang ramai, persatuan penduduk Taman Alamanda dan syarikat korporat.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah En Ahmad Nayan Johari, Pengerusi Surau dan Taman Alamanda, En Mohd Sufian Ibrahim, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan serta penceramah pada malam tersebut Us Zulkarnain Hamzah dari Kuala Lumpur.

Sumbangan kepada ibu tunggal dan anak-anak yatim telah disampaikan oleh Dr Faridah Idris, Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zulkarnain Hamzah yang bertajuk Ramadhan Bulan Tarbiyyah, beliau menyeru kepada semua umat Islam agar banyak melakukan kebajikan , lebih-lebih lagi kepada anak-anak yatim , kerana mereka ini bukanlah daripada golongan asnaf yang mendapat zakat kecuali mereka ialah anak yatim yang miskin.

Dalam pada itu dalam ucapan oleh En Sufian Ibrahim , Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, beliau menyeru kepada masyarakat agar membantu bukan sahaja umat Islam di dalam negara bahkan yang berada diluar negara, dimana Yayasan Amal sekarang ini telah pun menghantar doktor-doktor dan sukarelawan ke Pakistan untuk membantu mangsa gempa bumi disana.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bagaimana caranya untuk menghulurkan bantuan ini bolehlah melayari laman web Yayasan Amal di www.amalmalaysia.net

Tiada ulasan: