KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20051024

Proton & Masjid Damansara turut bantu mangsa gempa bumi

Shah Alam, 21 Oktober - Pekerja-pekerja Proton di Shah Alam melalui Kesatuan Pekerja Proton telah berusaha gigih untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Pakistan, Afghanistan dan India. Mereka telah membuat kutipan bagi membantu meringankan bebanan mangsa-mangsa tersebut . Sumbangan sebanyak RM5,000.00 itu telah di sampaikan oleh Pengerusi Kesatuan Pekerja Proton, En. Nordin Ahmad kepada wakil Yayasan Amal Malaysia (AMAL), Dr Halimah Ali iaitu Ketua Biro Kesihatan & Perubatan AMAL. Majlis penyampaian tersebut di adakan di Kilang Proton Shah Alam di dalam suatu Majlis Berbuka Puasa Meraikan Anak-Anak Yatim Al-Munirah Klang dan ibu-ibu tunggal bekas pekerja proton.

"Kami sangat terharu dan rasa terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan khususnya mangsa-mangsa gempa di Pakistan" kata En. Nordin Ahmad. Menurut sumber AMAL di Pakistan, cuaca tersangat sejuk sehingga mencecah paras 10 darjah celsius.

"Kami sedang mengusahakan membeli khemah dan selimut tebal untuk mangsa-mangsa gempa" menurut Dr. Halimah Ali yang akan mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia untuk Pasukan Kedua yang dijangka bertolak pada 25hb Oktober 2005 hari Selasa ini.

Wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor, En. Azri Mohd Arish juga turut hadir di dalam majlis tersebut, memaklumkan bahawa sumbangan dari masyarakat di Malaysia di perlukan terus. Segala sumbangan boleh di salurkan melalui akaun Yayasan Amal Malaysia, akaun no. : 13010002499715, Bank Muamalat atau untuk akaun bank SHBC, antarabangsa melalui akaun no. : 001-057884-021. Maklumat terkini misi ke Pakista boleh didapati di www.amalmalaysia.net


Petaling Jaya, 24 Oktober - Sumbangan untuk tabung Mangsa Gempa Bumi di Pakistan, Afghanistan dan India anjuran Yayasan Amal Malaysia (AMAL) semakin mendapat perhatian masyarakat dan ummat Islam di Malaysia.

Hari ini pihak Masjid Mujahidin Damansara Utama, telah menyalurkan sumbangan tersebut kepada wakil AMAL iaitu En. Azri Mohd Arish. Sumbangan sebanyak RM5,148.00 itu telah di serahkan oleh Imam masjid Ustaz Hj Yusof dan Ajk masjid Hj Ahmad Yusof Ludin. "Saya sangat berbangga dengan semangat keperihatinan Ummat Islam di sekitar Damansara Utama ini kerana berjaya mengumpulkan sejumlah sumbangan untuk di salurkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Pakistan" kata En. Azri Mohd Arish.

Menurut Ustaz Hj Yusof, pihak masjid sentiasa membantu khususnya apa yang berlaku di Pakistan. Ummat Islam di sana sangat memerlukan bantuan selepas rumah dan tempat tinggal mereka hancur musnah akibat gempa bumi.

"Dengan keupayaan Yayasan Amal Malaysia yang telah membuktikan keupayaan mereka dalam memberikan bantuan kemanusiaan di Acheh akibat Tsunami, kami percaya mangsa-mangsa di Pakistan akn mendapat pembelaan. Sekurang-kurannya meringankan bebanan mereka" kata Tuan Hj Ahmad Yusof Ludin, AJK Masjid Mujahidin.

Pasukan Kedua Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi di Pakistan, Afghanistan dan India, akan bertolak pada 25hb Oktober 2005, hari Selasa dengan 18 orang anggota sukarelawan AMAL. Mereka terdiri dari para doktor, paramedik, juruatera, sukarelawan am dan lain-lain latar belakang. Manakala Pasukan Pertama Misi tersebut yang di ketuai oleh En Jamuliddin Elias, telah selamat kembali tanahair tengahari tadi di KLIA. Semua anggota sukarelawan dalam keadaan sihat dan sedikit keletihan. Syabas dan tahniah untuk semua pasukan Sukarelawan Yayasan Amal Malaysia. /AMA, 012-2837754.

Tiada ulasan: