KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110116

Gaji Bilal patut RM5000 sebulan, jom tempah kain kafan


Jawatan Bilal adalah amat kritikal sekarang ini, khususnya di Negeri Sembilan. Bilal bukan sahaja setakat azan, bilal sepatutnya mahir menguruskan jenazah. Malangnya terdapat masjid yang mempunyai bilal yang tidak boleh menguruskan jenazah. Bukan setakat masjid malahan hospital di N.Sembilan pun terlalu amat sedikit mereka yang mahir menguruskan jenazah.

Salah seorang pengurus jenazah ini tinggal dalam kariah saya. Tuan Haji ini bukanlah bilal masjid. Tetapi dialah antara orang utama untuk menguruskan jenazah iaitu mandi dan mengkafankan. Malahan boleh dikatakan hospital-hospital di Negeri Sembilan akan memanggil Tuan Haji ini untuk menguruskan jenazah di hospital terutama yang terdapat komplikasi.

Kenapa ini terjadi? Salah satu puncanya ialah sikap masyarakat kita, dari pemimpin hinggalah ke rakyat jelata yang kurang ambil berat urusan khairat kematian. Tak percaya, cuba tanya diri kita sendiri , adakah kita menjadi ahli khairat kematian di kejiranan kita? Bukan setakat bayar yuran tetapi mengambil bahagaian dalam pengurusan jenazah di tempat kita.

Pengurus jenazah yang saya temui rata-ratanya ikhlas melakukan perkerjaan, walaupun tugasnya amat-amat berat. Kerana mereka tahu mandi jenazah ini adalah satu kewajipan.

Justeru itu satu tindakan oleh semua pihak adalah perlu dari pemimpin hingga masyarakat agar lebih serius dalam pengurusan jenazah ini.

Pada saya pengurus jenazah macam Tuan Haji ni perlu diberikan elaun khas RM5000 sebulan pun belum tentu cukup kerana ahli kariah beliau saya anggarkan sekitar 10,000 orang, bayangkanlah. Bayaran elaun ini juga harus bergantung kepada berapa ramai ahli kariah mereka, kalau dikampung mungkin ada masjid ahli kariahnya tidak sampai 300 orang.

Apa boleh buat , saya bukan Perdana Menteri, saya bukan Menteri Besar, saya bukan Pengarah JAKIM, saya bukan Pengerusi Majlis Agama Islam dan saya juga bukan Penasihat Majlis Agama, jadi saya hanya boleh beri cadangan sajalah.

Yang boleh saya buat ialah membentuk Jawatankuasa Badan Khairat seperti pautan berikut http://masjidsenawang.blogspot.com/2011/01/badan-khairat-taman-alamanda-senawang.html

Dah Tempat Kain Kafan ? Apa boleh buat, orang sibuk dengan hal dunia sekarang ini.

ORANG YANG BIJAK ADALAH SENTIASA MENGINGATI MATI..
Hadis Riwayat Imam at Tirmizi

Dari Syaddaad bin Aus dari baginda Nabi SAW telah bersabda

Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan keatas Allah

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com/

Tiada ulasan: