KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110120

Siling Masjid Paroi Jaya Seremban boleh runtuh






Pada Khamis 20 Jan 2011 saya berkesempatan solat Asar di Masjid Taman Paroi Jaya, Seremban. Masjid ini baru lagi diperbesarkan serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya sistem penghawa dingin berpusat, sistem multimedia dan sebagainya. Masjid ini juga menggunakan plaster siling. Diperhatikan beberapa bahagian plaster silingnya terutama di saf belakang terdapat kesan tompokan air, dan ada plaster siling yang sudah mengelupas.

Kemungkinan air ini berpunca dari kebocoran atap atau pengewapan system penghawa dingin berpusat.

Pada pengamatan saya plaster siling dan T bar siling memerlukan penyenggeraan yang agak rumit jika berlaku sebarang kebocoran. Ianya tidak sesuai jika dipasang pada bangunan satu tingkat seperti masjid atau di mana ada kemungkinan ada kebocoran. Ianya lebih sesuai untuk bangunan tingkat bawah yang kurang risikon kebocoran.

Sistem T bar siling pula tidak sesuai digunakan pada atap terbuka , kerana risiko tiupan angin dan juga risiko kebocoran air.

Itu sebabnya kita selalu mendengar cerita siling runtuh yang kebanyakkan jika menggunakan plaster siling atau T bar siling. Sistem ini nampak cantik, tapi mahal serta kos penyenggeraan yang tinggi.

Justeru itu mana-mana pihak yang ingin menggunakan plaster siling atau plaster siling di surau, masjid, bangunan atau rumah fikirkanlah risiko tersebut.

Dalam pada itu mereka yang solat di Masjid Taman Paroi Jaya harap berhati-hati, cuba tengok-tengok siling di atas. Banyak ruangan solat di saf hadapan yang masih elok.

Tiada ulasan: