KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110116

Keenakan Little China Halal di Seremban


Dah lama nak mencuba makanan Cina Muslim Restoran Sifu Al Ifra yang terletak di Taman Seri Rahang, Seremban. Semalam baru berkesempatan singgah bersama isteri jam 3 petang. Papantanda tulis jam 3-6 ptg Rehat. 6 ptg – 10 mlm Buka. Tengok masih ramai orang, tanya pada pelayan buka lagi ke, dia kata boleh. Cubalah Mee Hailam dan Kuey Teow Kantonis dan air Teh Cina. Boleh tahan dia punya rasa, macam makan di negara China agaknya, harga pun memang amat berpatutan.

Dah habis masak nampak Chefnya keluar dari dapur, walaupun berusia nampak sihat walafiat, iaitu Chef Mohd. Sultan pernah memasak untuk mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Bila agaknya nak buat Little China Halal di Seremban atau di Kuala Lumpur ya? Mungkin MAINS atau JAKIM boleh bantu?


Sesiapa nak mencuba bolehlah pergi ke Cina Muslim Restoran Sifu Al Ifra. Lokasinya sebelah bangunan Risda Seremban, berhampiran Sekolah Kebangsaan Rahang, seberang jalan sebelah sana ialah Restoran Nelayan, Restoran Rakyat dan Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Waktu operasi utk makan tengahari dan malam. Ahad tutup menurut papantanda.

Kepak ayam sumbat sotong
KOSMO 13 Ogos 2010

CHEF MOHD. SULTAN pernah memasak untuk mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

------------------------

SETIAP kali tiba bulan Ramadan, tentu sekali orang ramai akan mencari kelainan ketika memilih juadah berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai.

Keenakan masakan Cina Muslim Restoran Sifu Al Ifra yang terletak di Taman Seri Rahang, Seremban, Negeri Sembilan boleh dijadikan pilihan untuk mengisi perut ketika berbuka puasa.

Chefnya, Mohd. Sultan Abdullah, 68, berkata, restoran berkenaan menawarkan pelbagai masakan Cina Muslim kepada umat Islam yang ingin mencari kelainan ketika berbuka puasa, malah makanan yang dihidangkan segar kerana bahan-bahan hanya dimasak apabila mendapat tempahan.

"Kami sentiasa menjaga kualiti dan kesegaran juadah yang dihidangkan kepada orang ramai. Pelbagai set berbuka puasa untuk dua hingga tujuh orang ditawarkan pada harga berpatutan.

"Antara masakan enak yang menjadi pilihan ialah kepak ayam goreng City, tauhu sirip yu, ikan kukus ginseng, dragon ball dan kailan goreng," katanya yang pernah menjadi chef kulinari Cina Muslim untuk mantan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selama lima tahun.

Mohd. Sultan menambah, keistimewaan kepak ayam goreng City bukan sahaja kerana ia digoreng dengan rempah ratus tetapi disumbat dengan isi sotong dan udang untuk menambah keenakannya.

Beliau yang memeluk Islam pada tahun 1977 memberitahu, tauhu sirip yu pula sangat lembut kerana ia dibuat sendiri olehnya. Tauhu itu turut disumbat dengan isi ketam dan sirip ikan yu menjadikannya begitu menyelerakan.

"Dragon ball juga merupakan hidangan istimewa di restoran ini kerana ia diperbuat daripada campuran pelbagai ramuan seperti telur masin, isi udang, ayam dan ikan.

"Hidangan ikan kukus pula dimasak daripada ikan segar. Masakan ini amat sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan," ujarnya

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm

http://www.facebook.com/people/Sifu-Al-ifra/100001614503960

Tiada ulasan: