KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110130

Kuliah Sunnah PAS UMNO 4 Feb 2011 Seremban

Semasa Kuliah Feqah yang lalu oleh Al Fadhil Ustaz Dato Hj Arshad bin Abd Samad yang merupakan Bekas Hakim Besar Mahkamah Syariah Negeri Sembilan, Dato bertanyakan kepada para jemaah, apakah Sunnah Nabi yang paling utama? Semua jemaah terdiam. Lalu Dato pun berkata, Sunnah Nabi yang paling utama ialah Solat Berjamaah di Masjid.

Komen : Sesiapa yang beria-ia nak membela dan memperjuangkan Islam tu, pastikan Solat Berjemaah di Masjid, tak kiralah PAS ke , UMNO ke, PKR ke, DAP ke. DAP? Ya DAP, DAP pun ada orang Melayu/Islam, anak Tan Sri Khir Johari pun dah masuk DAP.

JOM KE Majlis Ilmu yang banyak terdapat di sekitar kita. Jangan nak tunggu mati, orang sembahyangkan jenazah kita di masjid atau surau dah masa hidup macam-macam alasan tak dapat solat di surau/masjid.

KULIAH FEQAH
Bersama Dato Hj Arshad bin Abd Samad
Tarikh : 4 Feb 2011, JUMAAT
Masa : Selepas Maghrib
Kitab : Hadith 40
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Semua dijemput hadir

SELAMAT MENYAMBUT MAULID NABI

Tiada ulasan: