KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110310

Kerana seorang sakit mental, satu kampung tak selamat


Tolonglah, semua pihak beri perhatian yang benar-benar serius dalam isu sakit mental ini yang semakin amat kritikal di Malaysia. Kita memerlukan lebih banyak hospital khusus untuk merawat pesakit mental. 3.3 juta orang atau 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh negara.

Kenapa tak percaya ? Bacalah sendiri analisis isu ini di http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html

SATU KAMPUNG TAK SELAMAT
Harian Metro 10 Mac 2011

KUALA NERANG: Bimbang dengan ancaman ganas anak lelaki mereka yang menghidap penyakit mental, sepasang suami isteri kini hidup menderita selepas melarikan diri dan bersembunyi di dalam hutan sejak lima tahun lalu.

Lebih menyedihkan pasangan warga emas lembam dari Kampung Keda Pasir Putih di sini, hanya makan buah-buahan atau tumbuhan hutan sepanjang bersembunyi di dalam hutan itu bagi mengisi perut.

Ini disebabkan pasangan berusia 60-an itu bimbang dipukul anak mereka yang berusia 34 tahun jika mereka pulang ke rumah.

Anak ketiga daripada empat beradik yang pernah mendapat rawatan di wad psikiatri dikatakan sering bertindak liar dan ganas termasuk mendera ibunya seperti binatang.

Keadaan itu menyebabkan si ibu berusia 61 tahun dan bapanya berusia 64 tahun tidak sanggup lagi untuk memelihara lelaki sakit mental itu.

Dia juga pernah mencabul beberapa wanita dan gadis menyebabkan penduduk kampung terkilan kerana dia dibebaskan pihak hospital selepas pemeriksaan perubatan mendapati dia siuman.

“Kami sudah menahannya beberapa kali dan menyerahkan kepada polis sebelum dia diserahkan kepada hospital, tetapi dibebaskan semula selepas doktor mengesahkannya berkelakuan baik sepanjang jagaan mereka.

“Kami berharap pihak berkuasa menghantar lelaki itu ke wad psikiatri atau Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk dipantau kerana penduduk bimbang berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Penduduk, Norhayati Ahmad, 33, mendakwa pernah menjadi mangsa amuk lelaki itu ketika mencuci pakaian di bilik air rumahnya.


“Saya terpaksa menjalani rawatan tradisional selama dua bulan kerana trauma dengan apa yang berlaku. Macam mana pula pihak hospital mengatakan dia tidak gila sedangkan dia suka mencabul dan bertelanjang sepanjang masa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung lelaki berkenaan tetapi pihaknya hanya mempunyai kuasa menahan dan menyerahkan kepada hospital untuk mengambil tindakan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Satukampungtakselamat/Article/index_html

Tiada ulasan: