KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110322

Lelaki Gila rempuh Masjid dan Khutbah Jumaat

Baru saya tulis mengenai setiap 5 orang ada seorang gila di Malaysia ini, dan gejala sakit mental makin serius di Malaysia di mana Khutbah Jumaat adalah medan terbaik untuk menyedarkan masyarakat, dah ada pula lelaki yang sakit mental rempuh Masjid Putra di Putrajaya dengan keretanya. JAKIM dan Majlis Agama Negeri masih tak nampak lagi ke? Nak tunggu petanda lain? Ubahlah konsep khutbah Jumaat, sepatutnya Berkhutbah bukan Membaca Teks Khutbah.

Artikel saya sebelum ini bertajuk Khutbah Jumaat Orang Gila di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-orang-gila-di-malaysia.html

LELAKI SAKIT MENTAL REMPUH MASJID PUTRA
Berita Harian 22 Mac 2011

BEBERAPA kesan pecah di tangga menuju ruang solat di Masjid Putra, Putrajaya, akibat dirempuh kereta, semalam.

PUTRAJAYA : Sekumpulan jemaah yang ingin menunaikan solat Subuh di Masjid Putra di sini, pagi semalam gempar apabila seorang lelaki memandu keretanya secara melulu memasuki masjid.

Selepas meletakkan keretanya bersebelahan ruang solat utama masjid, lelaki terbabit dikatakan terus menuju ke tandas berhampiran untuk membuang air kecil, sebelum cuba melarikan sehelai jubah.

Jurucakap polis berkata, cubaan lelaki terbabit bagaimanapun gagal apabila perbuatannya itu disedari pengawal keselamatan yang kemudian menahannya. “Lelaki berusia 30-an yang ditahan pengawal keselamatan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Putrajaya untuk siasatan lanjut kerana menceroboh Masjid Putra.

“Ujian air kencing yang dijalankan mendapati lelaki terbabit bebas daripada pengaruh dadah atau minuman keras, namun POLIS TIDAK MENOLAK KEMUNGKINAN SUSPEK MENGALAMI MASALAH MENTAL,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Berikutan itu, polis menahan suspek terbabit untuk membantu siasatan.

Tinjauan Berita Harian mendapati terdapat kerosakan kecil pada anak tangga menuju ke ruang solat utama di Masjid Putra dipercayai kesan dilanggar kereta lelaki terbabit.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LelakisakitmentalrempuhMasjidPutra/Article

2 ulasan:

Awanama berkata...

masin sungguh mulut ko

azmie berkata...

bahayo kalau buek khutbah tajuk org gilo ni bang. sobab ado satu hadith pasal sapo yg sebonarnyo yg Rasulullah kato gilo. ado yg mengamuk dlm Masjid pulak nanti