KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110313

Khutbah Jumaat, Jangan bekukan otak imam di Malaysia

Pada Jumaat 11 Mac 2011, rasanya semua masjid yang akur dengan arahan JAKIM membaca khutbah (bukan berkhutbah) teks yang disediakan JAKIM bertajuk Gaya Hidup Sihat. Dalam lintasan hati saya bila pengacara radio kata Gaya Hidup, lintasan hati kata Bebas, Gaya Hidup Bebas. Maklumlah Jumaat di N.Sembilan bekerja terkejar-kejar dalam kereta ke masjid sambil dengar radio. Islam macam minoriti pula kan di N.Sembilan, nak solat Jumaat terkejar-kejar, ada yang tak dapat solat kerana tidak dibenarkan keluar tempat kerja.

Balik kepada tajuk Gaya Hidup Sihat, ingatkan Gaya Hidup Sihat ceritakan pasal denggi, kerana Senawang WABAK DENGGI sekarang, anak jiran depan rumah pun kena denggi minggu ni. Rupanya Gaya Hidup Sihat cerita pasal kencing manis dan pemakanan.

Orang di Senawang tengah berperang dengan nyamuk, khutbah cerita kurangkan gula. Padahal banyak rumah di Senawang yang semak samun. Jalan belakang di Jalan Alamanda 6 antara Taman Satria dan Taman Alamanda yang menjadi sarang nyamuk tidak pernah dibersihkan oleh penduduk setempat apatah lagi petugas Majlis Perbandaran Seremban.

Itu di Seremban, bagaimana dengan para pelatih Pusat Latihan Polis yang sedang berperang dengan Virus entah ke bendanya. Cerita pasal kesihatan tapi bab lain.

Tak ke tidur jadinya makmum.

Ustaz Norazman di Masjid Jamek Ampangan pula dengar ceritanya dari sahabat saya (kalau salah tolong betulkan cerita ini) , beberapa minggu berkhutbah mengenai isu Valentine. Lepas tu ada orang yang mengadu, orang yang mengadu tu katanya orang tinggi Jabatan Agama juga. Lalu Ustaz Norazman dipanggil mengadap Menteri Besar N.Sembilan.

Sejak dari tu Ustaz Norazman pun jadilah burung kakak tua, membaca khutbah , bukan berkhutbah. Ada sekali kata sahabat saya Ustaz Norazman selepas itu membaca khutbah kebaikan minum susu, baca tajuk dan sedikit ulasan pendek , lepas tu habis. Terperanjat semua makmum.

Apalah guna kita ada imam lulusan Azhar atau UIA, tapi tidak dilatih membuat teks khutbah yang menyentuh hati makmum setempat agar hormat ibu bapa, jaga kebersihan rumah, berkasih sayang sesame keluarga, solat jemaah di masjid dan sebagainya.

Adake logik satu topik khutbah oleh JAKIM sesuai untuk beribu-ribu masjid seluruh Malaysia yang setiap hari mempunyai berlainan masalah setempat?

Agakya Mat Rempit dan Mat Gian pun heran tengok kelaku JAKIM ni dan mereka yang takut dengan khatib yang tidak membaca teks khutbah JAKIM asyik nak mengadu saja.

Ustaz kalau penakut jangan belajar agamalah.

Ini isu halal haram, bukan isu politiklah.



1 ulasan:

Awanama berkata...

setuju 100%... dari penghuni kondo, hingga ke gelandangan, semua terpaksa menelan 'menu hidangan' yang sama dari JAKIM..