KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110307

Tali Pinggang Keledar, panjangnya nak sebut


Tali pinggang keledar dalam Bahasa Inggeris ialah Seatbelt. Dalam Bahasa Melayu 7 sukukata, dalam Bahasa Inggeris hanya 2 sukukata. Tak bolehlah diadakan akronim atau singkatan yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk Tali pinggang keledar? Mungkin Takel atau Taldar? Banyak lagi perkataan lain yang terlalu panjang untuk disebut yang sepatutnya diadakan akronim yang dipersetujui.

Bahasa Indonesia mempunyai begitu banyak akronim.

Antaranya ialah Rudal iaitu singkatan untuk Peluru Berpandu atau Missile diambil dari perkataan peluRU kenDAL. Rudal dan Missile mempunyai 2 suku kata, sedangkan Peluru Berpandu mempunyai 6 suku kata.

Daftar lengkap akronim Bahasa Indonesia pada pautan berikut http://library.fes.de/pdf-files/bueros/indonesien/06487.pdf

2 ulasan:

Awanama berkata...

Tali pinggang keledar dalam Bahasa Indonesia ialah sabuk..ringkas dan boleh diterimapakai

Awanama berkata...

Boleh jadi banyak lagi bahasa peribumi yang boleh digunakan.