KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110313

Ustaz kalau penakut berkata benar jangan belajar agama


Sedikit peringatan dari hamba yang hina dina kepada para ustaz dan ustazah, lebih-lebih lagi mereka yang ada lulusan ijazah, master dan PhD dalam bidang agama agar tidak gentar menyatakan kebenaran. Ini bukan isu politik, ini ialah mengenai hak dan batil serta memberi ilmu kepada mereka yang jahil agama macam saya ni. Saya nak cerita mengenai ayah saya, bekas pegawai tentera yang jahil agama tapi tidak gentar dan tidak penakut dalam bab hak dan batil.

Ayah saya ni bukanlah golongan ulama, bukanlah pakar agama. Dia bersekolah yang totok sekular, sekolah Inggeris. He’s English is better than the British. Tidak mendapat didikan agama seperti pelajar KAFA dan KAP yang belajar Isnin hingga Jumaat sekarang, sampai pelajar kelam kabut solat Jumaat tergesa-gesa ke kelas KAFA dan KAP.

Dalam askar waktu dululah kan, tinggal solat, berparti, minum arak ni perkara biasa. Dalam Mes Pegawai botol-botol arak dalam peti ais pun perkara biasa. Itu dululah kan.

Sikit demi sikit ayah saya, mula sedar dengan hidayah Allah. Mula solat dan sebagainya.

Semasa dia menjadi 2IC dia tidak boleh berbuat apa-apa, dia bukan boss, ada CO atasnya. Tapi bila dia menjadi CO Askar Melayu, dia adalah boss, dan dia mempunyai kuasa, serta dia mempunyai tanggungjawab ke atas anak buahnya.

Walaupun dia CO dan mempunyai kuasa untuk buang botol arak dari Mes Pegawai, dia tidak menggunakan kuasanya menyuruh anak buahnya buang botol arak. Dia berbincang dulu dengan pegawai bawahannya. Katanya kepada anak-anak buahnya atau pegawai bawahannya, kita ni semua Askar Melayu, agama Islam, kenapa perlu ada botol arak dalam Mes Pegawai, semua pegawai setuju, tiada lagi arak dalam Mes Pegawai. Tiadalah lagi arak dalam Mes Pegawai Rejimen tersebut sejak itu.

Disebabkan tindakan ayah saya, dia telah dipanggil ke MINDEF mengadap Panglima Angkatan Tentera untuk menjelaskan tindakannya. Berlakulah perdebatan dalam Bahasa Inggeris ketika itu yang tidak disiarkan dalam TV, hanya antara ayah saya dan Panglima.

Akhirnya dengan izin Allah, tiada apa-apa tindakan ke atas ayah saya, dan Mes Pegawai tersebut tiada lagi arak dihidangkan sejak itu.

Itulah sedikit cerita untuk ustaz dan ustazah sekelian, jangan takut dan gentar.

Ini bukan isu politik. Dulu ayah saya tak kenal pun PAS masa tu, UMNO pun dia tak kenal, malahan kertas undi pos pun dia tak pernah lihat dan pangkah.

Bukan PAS atau UMNO atau ayah saya yang buang arak dari Mes Pegawai, tetapi hidayah ALLAH. Ayah saya hanya penyebab atau means.

Negara kita banyak gejala sekarang ini, gejala sosial, dadah, akhlak dan sebagainya. Kita perlukan ramai ustaz dan ustazah untuk memberi tunjuk ajar kepada kami yang jahil ni. Ilmu yang ada jangan dipendam, ajarlah kami di surau dan masjid. Dekatilah kami dengan kasih sayang di pasar malam, shopping mall, litar lumba haram, rumah pelacuran, kedai judi dan seterusnya.

3 ulasan:

Awanama berkata...

Saya masih ingat ditahun 1960 - 1970an, ketika saya dialam kanak2, bukan sahaja anggota tentera yang bebas minum arak; saya lihat ramai golongan muda Melayu yang bebas 'menonggang' arak ketika melepak ditepi2 jalan tanoa rasa bersalah.

Malahan ketika itu golongan tua termasuk golongan atasan begitu bebas minum arak terutama ketika majlis2 sosial atau ketika malam aneka ragam - hingga mabuk2 dan ada yang terus meninggal dunia akibat terlalu banyak minum arak.

Saya hairan kemanakah perginya golongan alim ulama bersembunyi? Takut bertindak kerana ditekan?

Syukurlah, kini tiada gejala yang memalukan sedemikian: tetapi muncul pula budaya yang lebih dahsyat! - Gejala najis dadah dan seks bebas(zina, sumbang mahram, buang bayi, bohsia dan GRO) yang banyak berlaku dikalangan orang Islam Melayu sekarang. Tiada apa yang berubah.....Hanya lagi teruk!

Sampai bila kita akan membiarkan penyakit2 kotor ini berterusan?

ALI MAIDIN berkata...

fulus syeikh... kok tak makan nanti. ha ha

Awanama berkata...

Saya ragu ragu dgn penulisan ini,?