KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131231

Kesian yang bertahun tunggu nak pergi haji, kuota 1MDB diutamakan




PERLUAS KUOTA HAJI 1MDB : Kuota haji bagi Program Khas Haji Perdana Menteri yang ditaja oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan diperluas kepada Orang Asli dan bilal masjid terutama bagi musim haji tahun depan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan untuk membawa seramai 30 tok batin ke Makkah bagi musim haji tahun depan.

Dalam perkembangan sama, Jailani berkata, pihaknya turut merancang membawa 400 bilal masjid bagi musim haji tahun depan bagi memberi peluang sama rata seperti yang ditawarkan kepada imam masjid, Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung.

Katanya, bagi kuota program haji tahun depan, 400 tempat akan diberi khusus kepada bilal manakala, 200 diberi kepada Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK sementara, 200 tempat lagi diberi kepada imam.

Generasi lama Adat Perpatih yang ego, tidak bijak perlu letak jawatan




Setelah beberapa kurun adat perpatih ini diamalkan di Negeri Sembilan, kini ia semakin dilupakan terutama generasi baru yang lahir sekitar tahun 60-an ke atas. Rata-rata anak watan Negeri Sembilan kini tidak memahami adat perpatih, inti pati dan pengajarannya secara mendalam.

Mereka tidak tahu suku, pemimpin adat masing-masing apatah lagi perjalanan adatnya.

Anak muda tidak ditarik untuk memahami adat perpatih malah generasi lama selalu menganggap adat perpatih adalah hak mereka sahaja, hingga timbul istilah siapa dahulu makan garam, menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Madya Datuk Paduka Dr Rosli Saludin.

Ujar pengkaji sejarah Negeri Sembilan itu, pendapat dan pandangan generasi muda mengenai adat perpatih sering dipinggirkan.

Malah anak muda yang mula berminat kepada adat perpatih dianggap cabaran bagi mereka yang lama hingga timbul suara-suara nakal yang menyatakan anak muda itu ingin merampas jawatan.

"Golongan cerdik pandai dalam kalangan anak muda memang sudah terpinggir kerana dibimbangi mereka ini akan banyak cakap dan sering bertanya kepada kepimpinan adat.

Ujarnya sangat penting membuang ego generasi lama dan baru bagi mencari titik persamaan dan apabila sudah ada titik persamaan itu, baharulah boleh duduk semeja berbincang.

Selain itu, sudah tiba masanya kerajaan Negeri Sembilan menubuhkan Akademi Adat atau Institut Adat atau Yayasan Adat dalam bentuk yang serius dan tidak ada kepentingan peribadi di dalamnya.

"Kita perlu hidupkan semula idea Datuk Undang Abdullah Dahan dari Rembau yang mahukan semua kepimpinan adat ada ilmu setinggi yang boleh. Jika mereka dilantik jadi pemimpin adat perlu amanah dan jalankan tugas dengan baik.

"Jika bermasalah perlulah letak jawatan dan diganti dengan yang baharu," katanya pendidikan adat perpatih juga perlu dijadikan subjek tambahan di peringkat sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Kenapa Gelombang Pertama Banjir di Sarawak Tidak Dapat Diramal?


Kuching jadi daerah terbaru dilanda banjir
31 Dis 2013

KUCHING: Kuching menjadi daerah terbaru dinaiki air apabila 46 mangsa dipindahkan ke pusat penempatan sementara, sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri ini sehingga jam 9 pagi seramai 217. Mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara di Bau, Marudi, Miri dan Kuching.


Adat Perpatih, adat mati, anak pun mati


Macamana nak jual tanah adat, macam mana nak pindah milik tanah adat? Boleh tak tanah adat dijual ke orang yang lain suku? Tahun 2014 dan tahun mendatang, rumah dan tanah semakin mahal. Di Rembau rumah teres pun dah lebih RM 300,000.

Mana generasi kita akan datang nak duduk? Nak beli rumah dan tanah terlalu mahal. Yang tinggal nanti cuma tanah adat dengan rumah yang terbiar.

Baru-baru ini saya dihubungi seseorang yang tidak dikenali bertanyakan mengenai tukar milik tanah adat ke suku lain setelah membaca blog saya di http://waghih.blogspot.com dan http://rozmal.blogspot.com .

Saya kata saya tidak memegang apa-apa jawatan dalam adat. Perlu berurusan dengan orang yang ada jawatan dalam adat. Satu-satu cara bagaimana orang luar untuk membeli tanah suku tersebut ialah dengan melalui adat berkedim. BERKEDIM? Berkedim pun ramai anak Rembau tak tahu atau tak pernah dengar apa itu BERKEDIM !

Oleh itu institusi pengurusan Adat Perpatih di N.Sembilan ini perlu diperkasakan untuk menangani Fenomena Tanah dan Rumah Terbiar yang banyak terdapat di Rembau, Pilah, Johol, Pantai dan beberapa tempat lain di N.Sembilan.

Lebib banyak KAUNSELOR Adat Perpatih “Online” atau Atas Talian diperlukan supaya orang N.Sembilan berminat untuk mengusahakan tanah adat apabila jelas pemilikan tanah adat.

Ke orang Negeri Sembilan nak tunggu tanah adat diambil oleh kerajaan dengan harga yang terlalu murah untuk projek Landasan Keretapi Laju Singapura-KL sepertimana projek Landasan Keretapi Berkembar Seremban-Gemas yang diambil dengan harga nak beli rumah teres di Rembau pun tak mampu sekarang ini bila tanah diambil sehingga seekar?

APABILA BERTEMBUNG DI ANTARA ADAT DAN SYARIAT. SYARIAT YANG AKAN DIDAHULUKAN. HALUSNYA ILMU ORANG TERDAHULU MENYULAM ADAT DENGAN SYARIAT.

20131230

PROGRAM ANAK MUDA BERSELAWAT




“Anak Muda Berselawat”
Tarikh : 15 Januari 2014 , Rabu
Masa : 7 mlm
Tempat : Dataran Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban (Jln Seremban- K.Pilah)

Aturcara :
- Bacaan khatam 30 juz Al-quran bersama 30 Huffaz
- Tahlil Perdana
- Madih dan Selawat
- Ceramah oleh :
    Imam Muda Fattah
    Ustaz Nor azman Mohamad
    Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Untuk sumbangan khatam dan tahlil hubungi : Saiful 0129718829 Saf 0196720233

Sebarkan !

Kenderaan bomba perlu dikecualikan tol




Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) memberi tempoh 14 hari kepada syarikat pengendali Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS Expressways Berhad (PLUS) untuk mengecualikan bayaran tol kepada semua kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Jika tiada tindakan diambil, kesatuan tersebut akan menggunakan Lebuh Raya Persekutuan sahaja dan berhenti daripada menggunakan Lebuhraya PLUS jika berlaku kecemasan.

Malah pihak kesatuan juga merancang mahu mengenakan caj tertentu kepada PLUS sekiranya khidmat mereka diperlukan pada musim perayaan.

"Sejak September lalu, PLUS hanya mengecualikan bayaran tol kepada kenderaan JBPM yang bertugas dalam keadaan kecemasan tetapi tetap mengenakan tol bagi kenderaan lain jabatan walaupun ketika tugasan rasmi.

"Saya hairan mengapa PLUS berkira sangat dalam pembayaran tol sedangkan lebuh raya lain tidak mengenakan sebarang tol"

"Jangan salahkan kita kalau terjadi apa-apa jika kenderaan bomba tidak memasuki PLUS walaupun ketika kecemasan," katanya.

Sementara itu, Mohd. Sayuthi berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada anggota bawahan yang terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar tol bagi tugas rasmi.