KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131230

Kenderaan bomba perlu dikecualikan tol




Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) memberi tempoh 14 hari kepada syarikat pengendali Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS Expressways Berhad (PLUS) untuk mengecualikan bayaran tol kepada semua kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Jika tiada tindakan diambil, kesatuan tersebut akan menggunakan Lebuh Raya Persekutuan sahaja dan berhenti daripada menggunakan Lebuhraya PLUS jika berlaku kecemasan.

Malah pihak kesatuan juga merancang mahu mengenakan caj tertentu kepada PLUS sekiranya khidmat mereka diperlukan pada musim perayaan.

"Sejak September lalu, PLUS hanya mengecualikan bayaran tol kepada kenderaan JBPM yang bertugas dalam keadaan kecemasan tetapi tetap mengenakan tol bagi kenderaan lain jabatan walaupun ketika tugasan rasmi.

"Saya hairan mengapa PLUS berkira sangat dalam pembayaran tol sedangkan lebuh raya lain tidak mengenakan sebarang tol"

"Jangan salahkan kita kalau terjadi apa-apa jika kenderaan bomba tidak memasuki PLUS walaupun ketika kecemasan," katanya.

Sementara itu, Mohd. Sayuthi berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada anggota bawahan yang terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar tol bagi tugas rasmi.

Tiada ulasan: