KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131223

3 pasangan Islam bercerai setiap jam di Malaysia, dimana silapnya?


Walaupun kursus perkahwinan semakin canggih, hantaran perkahwinan semakin tinggi, namun kes perceraian semakin meningkat. Dimana silapnya? Marilah kita kembali kepada Islam sepenuhnya, mulakan dengan asas iaitu solat, pastikan semua pasangan yang hendak dan telah berkahwin tidak tinggal solat fardu, pastikan pasangan pengantin, ibu bapa pengantin, petugas kenduri kendara tidak tinggal solat semasa majlis perkahwinan.

Khutbah Jumaat boleh tak ketengahkan isu ini setiap kali musim cuti sekolah, musim kenduri kendara?

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi" (Riwayat Bukhari)
"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah" (Riwayat Abu Daud)
"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya " (Riwayat Ahmad)

3 PASANGAN ISLAM BERCERAI SETIAP JAM DI MALAYSIA
23 Dis 2013

Institusi kekeluargaan Islam di Malaysia masih belum mencapai tahap kerapuhan teruk meskipun kadar perceraian dilapor meningkat dengan purata dua ke tiga perceraian pada setiap jam.

Ini kerana menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, masyarakat Islam tempatan masih mempercayai hubungan suami isteri yang dijalin secara sah menerusi perkahwinan.

Perkahwinan ‘mi segera’ menurut Noor Aziah punca utama perceraian dan ia disebabkan pasangan yang mengenali pasangan dalam tempoh singkat, bercinta terlalu lama dan berkahwin kerana sudah terlanjur serta si perempuan mengandung.

Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, pelbagai usaha perlu dilaksana secara proaktif untuk membimbing pasangan suami isteri.

Tiada ulasan: