KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131224

Malaysia perlukan bot udara untuk misi menyelamat mangsa banjir


Malaysia sering dilanda banjir. Misi membantu dan menyelamat sering terhalang kerana bot biasa tidak boleh melalui kawasan yang cetek dan berpaya. Bot Udara atau “Airboat” adalah alternatifnya. Indonesia telah mengorak langkah menghasilkan sendiri Bot Udara. Malaysia sebenarnya boleh dan telah dihasilkan oleh anak Melayu, Zulkifli Haron yang berkelulusan IKM sahaja. Mungkin kerana Bot Udara ciptaan Zul terlalu murah, maka tiada pihak yang berminat untuk mengkomersialkannya untuk mendapat komisyen yang tinggi.

BPPT Kembangkan Kapal Rawa untuk Patroli TNI
23 Desember 2013

Jakarta (ANTARA News) - Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) mengembangkan kapal rawa untuk operasi patroli keamanan TNI Angkatan Laut di wilayah pedalaman. "Dibutuhkan sarana pengangkut pasukan untuk perairan pedalaman seperti di aliran sungai, danau, rawa atau daerah kotor lainnya yang tak mungkin dilalui oleh perahu atau kapal standar," kata Deputi Teknologi Industri Rancang Bangun dan Rekayasa BPPT Dr Erzi Agson Gani di Jakarta, Senin.


Airboat hoverkraf tempatan ciptaan Zul
4 April 20111

MEMANG sungguh menakjubkan!.” Itulah kata-kata yang terpacul ketika pertama kali menaiki Airboat atau Hydrodrive ciptaan tokoh inovasi tempatan, Zulkifli Haron di Tasik Biru, Kampung Kundang, Selangor baru-baru ini. Lebih menarik Airboat ciptaan Zulkifli menerusi syarikatnya Zull Design Autotronic (ZDA) lebih stabil berbanding dengan bot biasa.

Reka bentuk Airboat yang leper pada permukaan dan tajam di depan seperti bot biasanya menjadikannya lebih stabil dan tidak bergoyang walaupun dipandu pada kelajuan 60 hingga 80 kilometer sejam (km/j).

Zulkifli berkata, idea mereka bentuk Airboat timbul apabila melihat kos membeli sebuah hoverkraf yang boleh mencapai sehingga RM200,000.

Malah, keperluan hoverkraf amat luas seperti bagi kegunaan kerja menyelamat semasa banjir, membersihkan sungai, kegiatan riadah di tasik atau sungai, penyelidikan dan aktiviti memancing.

Ini kerana hoverkraf boleh digunakan pada tempat-tempat sempit, sungai yang kotor, kawasan paya bakau berlumpur dan kawasan tasik yang mempunyai sisa tunggul kayu.

Menggunakan semua bahan-bahan tempatan yang mudah didapati, airboat berkenaan amat mudah dikendali dan diselenggara.

“Airboat hanya menggunakan enjin kereta 1,600 kuasa kuda (CC) yang diubahsuai bagi disambungkan dengan kipas dengan diameter 1.5 meter,” katanya.


Tiada ulasan: