KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131216

Sihir, ajaran sesat musuh No 1 orang Melayu


Berapa ramai pengamal sihir dan berapa ramai yang menjadi pelanggan sihir di Malaysia pada ketika ini? Adakah KDN dan JAKIM mempunyai statistik tersebut? Masih terlalu ramai orang Melayu yang mengamalkan sihir, buktinya beli saja akhbar Melayu, pasti ada cerita pasal sihir. Sihir dalam perniagaan, sihir dalam rumahtangga, sihir dalam politik, sihir dalam perjudian dan sebagainya.

Banteras ajaran sesat sama penting jenayah berat
15 Disember 2013

PETALING JAYA – Usaha membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini adalah sama penting dengan mencegah kegiatan jenayah berat serta terancang kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan keharmonian masyarakat bahkan mengancam keselamatan negara.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata cadangan untuk menubuhkan sebuah pasukan polis khas atau ‘polis syariah’ bagi membanteras ajaran sesat itu amat bertepatan pada masanya bagi memperkasa pasukan penguatkuasaan di jabatan-jabatan agama Islam.

'AHLI SIHIR KE TALI GANTUNG'

Pada 28 hingga 30 April 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pejabat Penasihat Undang-Undang dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang telah mengadakan Muzakarah bagi membincangkan Kajian Undang-Undang Sihir di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor.

Ahli Muzakarah bersetuju dengan resolusi untuk mewujud satu undang-undang khusus mengenai jenayah sihir. Sehubungan itu satu pasukan kajian yang diketuai oleh Dr. Mahyuddin bin Ismail, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Pahang yang juga merupakan penulis buku “ Ahli Sihir ke Tali Gantung” dibentuk sebelum kertas kajian tersebut dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Dan Sivil.

Tiada ulasan: