KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131209

Van jenazah perlu bayar tol rupanya


Antara yang diperjuangkan oleh Ustaz Mayat (Ustaz Amir Muttakin Hj Abd Ghani Al Hafiz) ialah agar van-van jenazah tidak perlu membayar tol apabila dalam perjalanan pergi atau balik menghantar jenazah. Ustaz Amir sebelum ini telah menulis surat kepada 3 orang menteri yang berkaitan meminta agar kerajaan mempertimbangkan agar van-van jenazah tidak dikenakan tol.

Antara jawapan menteri yang diterima ialah mantan menteri beragama Islam dari Negeri Sembilan yang mengatakan jika diberi pelepasan tol kepada van-van jenazah ini, dibimbangi van-van jenazah ini disalahgunakan.

Ustaz Amir amat kecewa dengan jawapan menteri tersebut kerana kenderaan dan kapalterbang kerajaan mungkin disalahgunakan, tapi siapa yang sanggup untuk salah gunakan van jenazah untuk bersiar-siar dengan keluarga atau keperluan lain?

Adalah diharapkan pemimpin Islam dan pemimpin Melayu pada ketika ini mempertimbangkan untuk memberi pelepasan tol kepada van-van jenazah termasuk van-van jenazah bukan Islam.

Tiada ulasan: