KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131214

Bala denggi makin parah, mari kita bertaubat dan beristighfar



Nampaknya pola demam denggi semakin parah dan meningkat. Marilah kita bertaubat, banyakkan beristighfar, penuhkan masjid dan surau di tempat kita dengan solat jemaah dan majlis ilmu. Kemudian baru kita pastikan rumah kita, longkang kita, kenderaan kita, tempat kerja kita sentiasa bersih.

Lima kematian akibat denggi minggu lalu
13 Disember 2013

Tiga kematian akibat denggi dilaporkan di Sabah dan dua di Selangor minggu lepas menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 79 orang tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, kematian itu melibatkan tiga wanita dan dua lelaki berusia antara 16 dan 61 tahun dalam tempoh 1 hingga 7 Disember lepas.

Selain itu, katanya sebanyak 1,677 kes demam denggi dilaporkan minggu lepas dengan lapan negeri menunjukkan peningkatan.

"Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan dari 1 Jan hingga 7 Disember 2013 ialah sebanyak 37,698 kes berbanding hanya 20,387 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lepas, yang meningkat 84.9 peratus atau 17,311 kes," katanya.

Tiada ulasan: