KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100312

Kementerian Pelajaran dah ada duit pula


Kejap ada duit, kejap tak ada duit. Poning guru-guru dan murid sekolah macam ni.

Sekolah elit di Seremban bolelah buka kipas awal pagi lepas ni, tak perlu tunggu jam 9 pagi baru boleh buka kipas seperti yang diarahkan oleh pihak sekolah sebelum ini.

Duit baiki kelas dan sekolah ada tak ? Atau terpaksa guru guna duit sendiri juga macam kisah ini http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaan.html

Kursus guru macam mana pula ? Diberi nasi bungkus atau biskut kering macam kisah ini http://waghih.blogspot.com/2010/03/pengorbanan-guru-kerajaan-tak-sedar-ke.html

**************************
Kementerian tanggung bayaran air, elektrik sekolah
Utusan Malaysia

KINABATANGAN 11 Mac 2010 - Isu sekolah perlu mencari dana tambahan bagi membayar bil elektrik dan air tidak sepatutnya timbul kerana bayaran itu akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan dibuat setelah Kementerian mendapat dana tambahan selepas masalah tersebut dibangkitkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mungkin sekolah terbabit belum mendapat makluman berhubung keputusan baru itu," jelas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam di sini yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar Sandakan, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas masalah yang dihadapi sekolah apabila Jabatan Pelajaran Daerah mengehadkan peruntukan bagi membayar bil air dan elektrik kepada hanya RM2,000 setahun.

Ini menyebabkan sesetengah sekolah perlu mencari dana tambahan jika bayaran kemudahan air dan elektrik itu melebihi jumlah diperuntukkan.

Muhyiddin berkata, masalah pengurangan dalam kos operasi bukan sahaja dihadapi oleh Kementerian Pelajaran tetapi semua kementerian lain.

Dalam hal ini, katanya, semua pihak digalakkan mengamalkan langkah berjimat cermat bagi memastikan pentadbiran berjalan lancar.

"Sebagai contoh dalam soal bekalan air dan api, jika kita dapat berjimat cermat sehingga 10 atau 20 peratus ia akan membawa kesan besar kerana kita ada 10,000 sekolah.

"Bayangkan, jika 10,000 sekolah perlukan RM2,000 untuk elektrik dan air, tidakkah kita sudah membelanjakan kira-kira RM20 juta," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

Tiada ulasan: