KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100325

Krisis Coca Cola dan Air N.Sembilan

Tak sampai sebulan upacara pecah tanah kilang Coca Cola terbesar di rantau ini di Bandar Enstek, Nilai, N.Sembilan, kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa Negeri Sembilan akan teroka sumber air bawah tanah.

Dah tahu N.Sembilan tak cukup air, kenapa benarkan kilang Coca Cola beroperasi di N.Sembilan.

Dan kawasan catuan air di N.Sembilan sebelum ini pula di kawasan berhampiran kilang Coca Cola iaitu di Nilai, Sendayan, LBJ dan Lenggeng.

PENGGERUDIAN DAN PENGEPAMAN AIR BAWAH TANAH SECARA BERLEBIHAN PERLU DIELAKKAN KERANA:
* Mengeringkan alur, anak sungai, paya
* Penyerapan air masin di kawasan persisiran pantai
* Pemendapan tanah
* Kewujudan lubang rongga di kawasan batu kapur

BATASAN KEPADA PENGGUNAAN AIR BUMI:
* Belum tentu bersih (bacteria, kotoran, bendasing)
* Pencemaran (logam berat, bahan kimia organic)

**************************************
NEGERI SEMBILAN TEROKA SUMBER AIR BAWAH TANAH
24 Mac 2010
SEREMBAN: Negeri Sembilan akan meneroka sumber air bawah tanah bagi menampung keperluan air bersih di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan.

Beliau berkata, sumber air itu diperlukan berikutan bekalan air di permukaan seperti sungai dan empangan semakin terbatas ekoran cuaca panas dan pengurangan taburan hujan di beberapa kawasan tadahan air di negeri ini.

Pada 7 Mac lepas, SAINS mula melaksanakan catuan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Seremban ekoran cuaca panas yang berlarutan.

Hujan yang lama tidak turun mengakibatkan penurunan paras air sungai di muka sauk loji rawatan air Pantai, Sungai Ngoi-Ngoi dan Sungai Mahang yang membekalkan air terawat ke kawasan di sekitar Nilai, Sendayan, LBJ dan Lenggeng.

Bagaimanapun, catuan air itu dihentikan pada Isnin lepas setelah keadaan pulih semula. - BERNAMA
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/24/mstar_berita/20100324163950&sec=mstar_berita

SUMBER AIR BAWAH TANAH

SEREMBAN 24 Mac - Catuan air oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) baru-baru ini telah membawa kepada cadangan untuk mencari sumber air bawah tanah sebagai alternatif baru pada masa depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, satu arahan telah dibuat kepada Sains supaya segera membuat kajian untuk mencari punca air yang terdapat di dalam tanah untuk dipam keluar pada waktu yang diperlukan.

"Ketika ini kita sedang menggali lombong besar untuk dijadikan kolam takungan di Kuala Sawah, Rantau yang berkeluasan 80.9 hektar," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Di Malaysia, air bumi tidak digunakan kerana sumber air permukaan sudah mencukupi.

Malaysia mempunyai bekalan air bawah tanah sebanyak 5000 billion m3

BATASAN KEPADA PENGGUNAAN AIR BUMI:
* Belum tentu bersih (bacteria, kotoran, bendasing)
* Pencemaran (logam berat, bahan kimia organic)


PENGGERUDIAN DAN PENGEPAMAN AIR BAWAH TANAH SECARA BERLEBIHAN PERLU DIELAKKAN KERANA:
* Mengeringkan alur, anak sungai, paya
*Penyerapan air masin di kawasan persisiran pantai
* Pemendapan tanah
* Kewujudan lubang rongga di kawasan batu kapur
www.christopherteh.com/sst3302/Sumber%20dan%20sifat%20air.doc

FOMCA BANTAH PROJEK PEMBANGUNAN AIR BAWAH TANAH DI BATANG PADANG, PERAK

PETALING JAYA, 25 Ogos 2009 (Bernama) -- Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) membantah projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang, Perak oleh Sime Darby Berhad kerana ia akan memberi kesan buruk kepada ekosistem dan juga alam sekitar.

Satu daripada kesan buruknya ialah sekiranya pengekstrakan air bawah tanah melebihi kadar gantiannya melalui proses semulajadi ia akan mengakibatkan tanah tenggelam dan akan berlaku percampuran air laut dengan air tawar serta penurunan paras aliran masuk air, jelasnya.

Ini semua akan mendatangkan kesan buruk kepada sistem ekologi dan alam sekitar seperti apa yang telah berlaku di Thailand, Indonesia dan beberapa kawasan di India, katanya.

Marimuthu berkata projek sumber air di Batang Padang yang akan mengekstrak antara 50 dan 500 juta liter padu air sehari itu bertujuan membekal keperluan air mentah ke Lembah Klang yang kian meningkat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi FOMCA, S. Piarapakaran mempertikai laporan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek pembangunan sumber air bawah tanah itu yang dianggap begitu lemah.

"Berdasarkan penelitian dan kajian kami -- FOMCA, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga dan Forum Air -- selama 6 bulan, terdapat pelbagai perkara yang boleh dipertikaikan.

"Tiada model simulasi untuk mendapat kadar aliran masuk untuk suatu jangka masa panjang, tiada kepastian sama ada pengekstrakan itu menggunakan akuifer terkurung atau tidak terkurung.

"Tiada lokasi spesifik untuk projek yang dicadangkan. Batang Padang meliputi kawasan dari Slim River hingga Cameron Highlands meliputi kawasan seluas 2,712 kilometer persegi di samping tiada penganggaran perubahan air dinyatakan," jelas beliau.

"Laporan EIA ini lebih merupakan literatur kuantitif berbanding kualititatif dan tiada maklumat terperinci direkodkan," kata Piarapakaran.


Menurut Piarapakaran jika percampuran air laut berlaku, syarikat konsesi air yang merawat dan membekal air bersih akan terpaksa ditutup seperti yang berlaku di England di mana sejak pertengahan 1970-an, 11 sumber air bawah tanah yang dimilki oleh syarikat air telah berhenti beroperasi disebabkan masalah pencampuran air laut.

Beliau berkata di Batang Padang terdapat kawasan yang mempunyai ketinggian melebihi paras 1,200 meter yang akan menyebabkan tekanan tinggi pada kawasan pengekstrakan di hilir akuifer terkurung dan air hilang dengan lebih cepat berbanding aliran masuk.

"Ia akan menyebabkan kehilangan habitat kerana kawasan aliran masuk sebegini biasanya terdapat di hutan dara dan turut menjejaskan sungai, tasik, paya dan air terjun," katanya.
http://www.fomca.org.my/v2/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2009/200-bernama-fomca-bantah-projek-pembangunan-air-bawah-tanah-di-batang-padang-perak

BELUM TERDESAK CARI SUMBER AIR BAWAH TANAH
Monday, 30 November 2009

KUALA LUMPUR: Projek penuaian air bawah tanah tidak sesuai dilaksanakan di negara ini berikutan sumber air permukaan yang ada masih mencukupi dan mampu menampung keperluan harian pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata berdasarkan keadaan belum ‘terdesak’ untuk mendapatkan bekalan air, projek penuaian air bawah tanah tidak perlu dilakukan.

“Tidak ada alasan untuk melaksanakan penuaian air bawah tanah yang memberi banyak kesan negatif kerana negara kita masih mempunyai sumber air di permukaan yang cukup banyak dan mampu menampung keperluan.
http://www.fomca.org.my/v2/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2009/233-belum-terdesak-cari-sumber-air-bawah-tanah

LAPORAN EIA PROJEK AIR BAWAH TANAH MERAGUKAN
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) mendakwa Kajian Penilaian Kesan (EIA-Environment Impact Assessment) bagi cadangan projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang, Perak tidak meyakinkan.

Siti Mariah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, perkara ini berdasarkan satu laporan daripada Persatuan Pengguna terdiri daripada FOMCA dan lain-lain yang mengatakan bahawa kajian EIA itu lebih merupakan kuantitatif dan satu model simulasi tidak dilakukan.

Kajian EIA itu juga tidak menerangkan kuantiti aliran masuk dan keluar.

Sedangkan Kementerian memaklumkan pengekstrakkan air itu dapat menghasilkan 500 juta liter air.

“Saya hairan kenapa baru sekarang syarikat Sime Darby hendak buat eksplorasi di mana nak digali dan sebagainya,”

“Adakah ini satu kebiasaan dan bagaimana hanya boleh meluluskan laporan EIA yang awal itu sedangkan kontraknya telah ditandatangi oleh kerajaan negeri Perak,”soalnya.

Sebelum itu beliau meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan status projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang, Perak.

Datuk Bernard S. Maraat (BN Pensiangan) dalam jawapannya memberitahu pengusaha hasilan sumber asli termasuk sumber air tanah adalah di bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Kajian EIA bagi projek berkenaan merupakan sebahagian daripada syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Perak terhadap pihak Sime Darby Berhad sebelum apa-apa kerja eksplorasi atau penggerudian dijalankan.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23589:laporan-eia-projek-air-bawah-tanah-meragukan&catid=15:parlimen&Itemid=53

Tiada ulasan: