KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100317

Melayu makin hancur dek dadah, Cina bagus




Sedang umat Melayu leka berpolitik, leka memperjuangkan ketuanan Melayu. Hakikatnya penagih dadah Melayu saban tahun makin meningkat.

Sedangkan orang Cina makin kurang menagih dadah.

Ini adalah fakta laporan rasmi AADK.

Cukup-cukuplah berpolitik tu.

Melayu kalau nak kuat, kena banyakkan solat jemaah di masjid dan surau.

Dirikan solat jemaah di kalangan ahli keluarga.

Kekuatan orang Melayu adalah pada agama Islam. Kekuatan Islam adalah pada solat. Kekuatan solat ialah dengan berjemaah. Solat adalah tiang agama.

Jika hancur pegangan Islam, hancurlah orang Melayu.

**********************
Berikut ialah Laporan terkini statistik 2009 dari laman web Agensi Antidadah Kebangsaan , Kementerian Dalam Negeri

Pada tahun 2009 seramai 15,736 penagih telah dikesan , peningkatan 27.40% berbanding 2008.

Etnik Melayu merupakan penagih teramai yang dikesan sepanjang bulan Jan-Dis 2009 iaitu 13,705 orang (87.09%) . Etnik Cina menunjukkan penurunan yang paling besar iaitu 33.87% daripada 1,438 kes tahun lepas kepada 951 kes tahun ini dan bagi etnik India, penurunan sebanyak 13.58%

Negeri Pahang menunjukkan peningkatan paling besar berbanding tahun 2008 iaitu 361 kes tahun 2008 kepada 1,064 kes tahun 2009.

Kuala Lumpur mencatatkan bilangan tertinggi penagih dikesan iaitu seramai 1,656 orang. Kemudian diikuti dengan Georgetown (674 orang), Shah Alam (398 orang) serta 327 orang di Melaka.

Pulau Pinang merupakan negeri yang mencatatkan bilangan penagih paling tinggi bagi Jan-Dis 2009 iaitu 2,255 orang (14.33%). Kedah merekodkan 2,016 kes (12.81%) . Kelantan sebanyak 1,902 orang, Selangor (1,864) dan WP Kuala Lumpur (1,635).

Daripada 15,736 orang penagih yang dikesan dalam tempoh Jan-Dis 2009, seramai 15,458 orang adalah penagih lelaki . Pengesanan ini juga menunjukkan telah berlakunya peningkatan sebanyak 28.01% berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2008. Manakala penagihan di kalangan wanita juga meningkat sebanyak 0.72%.

Laporan penuh di http://www.adk.gov.my/pdf/laporandadah/laporandadahdis09.pdf

Tiada ulasan: