KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100317

N.Sembilan taja akhbar, tapi gaji guru KAFA ?

Adakah dengan menaja RM 120,000 akhbar Utusan Melayu dapat mempertingkatkan tulisan jawi di kalangan pelajar di N.Sembilan ?

Apakah ini bermakna subjek Jawi di KAP, KAFA dan SARA telah gagal atau kurang berkesan ?

Apakah perasaan guru KAP/KAFA yang gaji mereka pada tahap miskin tegar mendengar berita ini, gembira, seronok ?

Apakah di peringkat sekolah menengah ada subjek tulisan jawi ?

Kalau nak memartabatkan tulisan jawi jadikan ia subjek wajib di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Beri peruntukan secukupnya kepada Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama swasta dan kerajaan sepertimana yang dinikmati oleh SJKC dan SJKT.

*************************
NS TAJA RM120,000 UTUSAN MELAYU MINGGUAN

SEREMBAN 13 Mac - Kerajaan Negeri Sembilan hari ini menaja akhbar Utusan Melayu Mingguan untuk diedarkan ke 152 sekolah di seluruh negeri ini bermula 22 Mac ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tajaan bernilai RM120,000 itu bagi membolehkan pelajar memahami tulisan jawi, selain mengembangkan minda mereka terhadap berita dan isu semasa.

Melalui sumbangan tersebut, setiap sekolah yang tersenarai ini akan menerima 20 naskah akhbar Utusan Melayu Mingguan yang menjadi sisipan akhbar Utusan Malaysia pada setiap Isnin.

Tempoh tajaan berkenaan selama setahun dan ia akan mula diedarkan sebaik cuti persekolahan ini berakhir pada 22 Mac depan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive

********************************
GURU KAFA NEGERI SEMBILAN MISKIN TEGAR

SAYA salah seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Negeri Sembilan (NS), ingin melahirkan rasa sedih di atas apa yang berlaku kepada kami yang hanya mendapat elaun bukan gaji sebanyak RM500 sebulan.

Cubalah pembaca sekalian mencongak apa yang kami boleh buat dengan elaun RM500 itu?

Tidak cukup sampai hujung bulan pun, kami termasuk dalam kategori rakyat termiskin.

Memanglah kami mengajar hanya 10 jam seminggu tetapi sepenuh masa di dalam kelas walaupun ada pertukaran kelas.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Tiada ulasan: