KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100330

Kenapa banyak paip pecah di N.Sembilan


Kawan saya duduk Seremban Selatan katanya, dekat rumah dia paip air di jalan luar rumah pecah. Katanya selalu pecah, dan di merata-rata tempat.

Kawasan perumahan saya pun banyak paip pecah.

Banyak faktor kenapa paip pecah. Kualiti paip, kualiti kerja, paip lama, tanah runtuh dan sebagainya.

Tapi masalahnya yang paip pecah ni kawasan perumahan baru.

Di Taman Telawi dilaporkan 800 kali paip pecah sejak 10 tahun lalu.

Harap Sidang DUN akan datang ada wakil rakyat bertanya , ststistik berapa banyak paip pecah di N.Sembilan dan apa tindakan untuk mengatasi pembaziran air ini.

Pemerhatian saya yang bukan pakar dalam bidang air atau hidrologi dan sewaktu dengannya ialah, kemungkinan faktor utama paip pecah ini ialah apabila tangki air di satu-satu taman perumahan itu tidak berfungsi. Lalu air disalurkan terus dari pam utama tanpa melalui tangki air taman.

Ini akan menyebabkan tekanan air menjadi amat kuat. Justeru itu , paip pecah. Itu teori saya.

Apa ke tidaknya, taman saya , tangki air taman tidak berfungsi. Dan saya kira banyak lagi taman yang tangki air tidak berfungsi. Setiap kali kerja pembaikan paip pecah dilakukan di taman tersebut, akan berlaku paip pecah di tempat lain di taman tersebut.

Bila tangki air taman tidak berfungsi ia memburukkan lagi keadaan bila ada catuan air. Taman tersebut akan terus putus bekalan air bila ada catuan, tanpa ada simpanan air dalam tangki.

Syarikat Air N.Sembilan SAINS sekarang ini dalam proses memotong bekalan air kepada mereka yang banyak mempunyai tunggakkan bil air.

Harap SAINS dapat mengkaji dan mengambil tindakan segera permasalahan paip pecah, tangki air taman perumahan tidak berfungsi agar masalah pembaziran air dan catuan air dapat dielakkan.

Jika tidak sampai bila-bila tak akan selesai masalah paip pecah berulang di tempat yang sama di Negeri Sembilan ini. Macam motto Negeri FM, INGAT SAMPAI BILA-BILA.

**********************
Paip pecah 800 kali sejak 10 tahun
Berita Harian 28 Sep 09

PAROI: Paip pecah berulang kali sejak 10 tahun lalu menyebabkan penduduk Taman Sri Telawi di sini menderita kerana masalah itu menyebabkan bekalan air terputus, apatah lagi kejadian berlaku ketika sibuk memasak dan hendak mandi sebelum pergi bekerja.

Penduduk mendakwa sepanjang tempoh itu, taman yang diduduki pada 1999 mengalami masalah paip bocor lebih 800 kali menyebabkan mereka mendesak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) mengambil tindakan penyelesaian muktamad.

Sumber http://amkns.blogspot.com/2009/09/paip-pecah-800-kali-sejak-10-tahun.html

Tiada ulasan: