KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100305

Kes pecah cermin kereta depan rumah

Dimaklumkan pada Khamis 4 Mac 2010 antara jam 12 malam ke 6 pagi, sebuah kereta di Jalan 2/4 Taman Alamanda, Senawang tingkap belakangnya telah dipecah.

Kereta diletak diluar pagar.

Pemilik kereta meletak 1 beg kecil hanya berisi bil-bil didalamnya. Beg tersebut telah diambil.

Pencuri tak dapat apa-apa barang berharga, kerana tiada barang berharga dalam kereta tersebut.

TIP :
- Elakkan meletak sebarang beg, bungkusan dan sebagainya dalam kereta yang boleh dilihat oleh orang yang lalu lalang walaupun tiada barang berharga didalam.

- Letak kereta dalam pagar rumah, jika ada ruang.

- Letak kereta di tempat yang ada lampu jalan, kalau tiada, pastikan lampu luar rumah di pasang.

Tiada ulasan: