Elok juga dibuat sistem macam ni. Kalau
tidak orang kita sampai bila-bila tak tahu macamana nak amalkan
konsep kitar semula untuk memelihara alam sekitar sepertimana yang
dianjurkan Islam sejak sekian lama, cuma kita umat Islam yang tidak
amalkan.
Orang Seremban tolong semak jadual
kutip sampah di tempat masing-masing, jika tidak sampah tu akan busuk
dan berulat kerana jadual kutip sampah ditukar hanya 2 kali seminggu.
Sampah makanan dan yang tidak boleh
dikitar semula, masukkan dalam plastik dan masukkan dalam tong yang
disediakan. Jika tidak ianya tidak akan dikutip.
1 hari yang untuk dikitar semula,
sampah kitar semula tersebut hendaklah dimasukkan dalam plastik dan
diletakkan ditepi jalan, bukan dalam tong sampah. Sampah kebun
seperti rumput dan daun pun akan dikutip pada 1 hari ini, tapi perlu
diasingkan plastiknya.
Faham ke tidak ni?
Kalau tak faham bolehlah bertanya
talian HOTLINE SWM.
Topik ini sepatutnya boleh menjadi
tajuk Teks Khutbah Jumaat di N.Sembilan terutamanya di Seremban
*********************
Kutip sisa: SWM laksana kaedah 2 + 1
SEREMBAN - SWM Environment Sdn. Bhd.
telah memulakan pelaksanaan sistem kutipan baharu sisa pepejal
menerusi kaedah 2 + 1 secara berperingkat-peringkat di Johor, Melaka
dan negeri ini sejak 1 September lalu.
Pengurus Besar Kumpulannya, Adnan
Ibrahim memberitahu, sistem yang diperkenalkan itu bertujuan bagi
memudahkan pengguna mencari dan memperolehi maklumat mengenai kawasan
perumahan malah laluan (jalan) yang terlibat dengan proses kutipan
sampah.
Jelasnya, kaedah 2 + 1 bermaksud
kutipan sisa isi rumah atau organik akan dilakukan mengikut kekerapan
dua kali seminggu manakala bahan kitar semula, sampah pukal dan sisa
kebun pula akan dikutip sebanyak sekali seminggu.
Bagi sebarang aduan atau pertanyaan,
sila hubungi talian hotline 1-800-88-7472 atau layari
www.swmenvironment.com/microsite
untuk maklumat lanjut.