KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20051214

Isu tahanan ketuk ketampi, siapa yang tertipu ?

Isu ini nampaknya mudah akan tetapi ianya mendedahkan segala kelemahan yang ada di Malaysia ini. Masing-masing ada perjuangan, agenda dan perancangan yang tersendiri namun yang pasti nyata seolah-olah ada kuasa lain yang mempunyai agenda yang lebih besar. Teresa Kok dengan perjuangannya untuk membela mereka yang tiada tempat lagi hendak mengadu, Dato Noh Omar dengan perjuangannya untuk membela anggota polis yang menurut arahan pegawai atasan, Dato Azmo Khalid dengan perjuangannya untuk memperbetulkan persepsi negara Cina mengenai layanannya terhadap pelancong mereka, Dato Musa Hassan dengan perjuangannya untuk mempastikan tahanan tidak mendatangkan bahaya kepada anggota polis dan tahanan lain semasa dalam lokap, dan Pak Lah sendiri dengan perjuangannya untuk menjaga nama baik negara.

Semua mereka ada perancangan, namun yang sudah pasti perancangan Allah yang Maha Berkuasa yang sebaik-baik Perancang. Apa hikmah disebalik peristiwa ini ? Sama-samalah semua pihak yang terlibat tidak lagi menuding jari, masing-masing harus melihat kelemahan diri masing-masing.

Apakah mungkin seorang wanita yang disyakki memilikki dadah mempunyai perasaan malu, lalu dia berdoa kepada Allah agar mereka yang membuatnya malu diberi balasan yang setimpal ? Apatah lagi tahanan-tahanan lain yang mungkin dimalukan dengan sedemikian rupa akan dimakbulkan Allah doa mereka ? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Orang yang seumur hidupnya jahat tidak akan selamanya jahat. Jika dia bertaubat dan Allah terima taubatnya maka itu adalah merupakan kejayaan hakiki.

*******************************************************
Petikan pengakuan wanita berkenaan dalam Harian Metro

SUHAIMI: Ketika kamu melakukan ketuk ketampi ada kamu dengar suara lain dari anggota polis itu?

WANITA: Ya ada suara orang mengaji.
……….

AHLI PANEL: Ketika itu apa perasaan kamu?

WANITA: Malu, marah pun ada, sedih...tapi ketika itu saya hanya patuhi arahan. Ketika saya cuba menutup bahagian atas tubuh saya dengan tangan, dia beritahu ia adalah perkara biasa yang perlu dilalui oleh tahanan wanita dalam pemeriksaan.
………….

SUHAIMI: Ketika pemeriksaan kamu mendengar suara orang mengaji, ketika di lokap kamu ada dengar suara lain?

WANITA: Ada, saya dengar azan Subuh.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20051214082226/Article/indexm_html