KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080930

Jom buat roket guna gula sebagai bahanapi

Sebelum ini minat anak-anak terhadap sains angkasa lepas dimangkinkan dengan permainan roket air. Sekarang kita maju setapak lagi dengan memperkenalkan cara bermain roket menggunakan gula sebagai bahanapi. Gula ? Ya , gula yang biasa kita gunakan di dapur bila bancuh kopi dan teh.

Semoga anak-anak Malaysia lebih meminati bidang sains angkasa ini agar mereka dapat melihat kebesaran Allah swt di alam cakerawala. Bukannya minat dengan merempit , melepak di tepi jalan/cyber cafe/pusat beli belah , bermain mercun , merokok , mengambil dadah , bergaul bebas , hiburan melampau dan yang sewaktu dengannya.

Semoga lebih ramai pihak akan menubuhkan Kelab Roket , Kelab Angkasa , Kelab AMAL agar anak-anak kita mempunyai minat yang mendalam di bidang sains.

Maklumat lanjut di laman web Kelab AMAL Negeri Sembilan http://amal-ns.blogspot.com

20080929

Orang Hindu pula yang marah main mercun di Surau !

Tak ke pelik , isu azan bukan main sensitif. Tapi isu anak-anak yang bermain mercun dekat surau hingga mengganggu jemaah surau tiada siapa yang sensitif. Yang bertambah pelik, orang India yang beragama Hindu pula yang menegur anak-anak yang bermain mercun dekat Surau di Taman Desa Dahlia , Senawang. Orang Islam kat Malaysia ni tak malu ke orang agama lain pula yang menegur orang Islam macamana nak sambut Aidil Fitri , macamana nak wujudkan suasana aman semasa tarawih , macamana nak kawal anak-anak jangan bermain mercun dekat surau ?

Berikut e-mel yang saya terima daripada rakan saya yang berbangsa India :

Permainan yang merbahaya ini sudah menjadi kebiasaan di Taman Desa Dahlia - berhampiran Balai Raya dan Surau setiap hari selepas berbuka. Kadangkala belarutan sehingga 11:00malam. Perkara ini telahpun dilapurkan kepada pihak Polis Senawang tetapi masih belum dapat prhatian mereka. Sedangkan rumah saya bedekatan dengan surau setiap kali "BOM" diletupkan anak kecil saya terkejut dan terus menangis.

Apakah jiran yang lain tidak boleh dengar letupan "BOM" ini. Adakah mereka menunggu sehingga remaja nakal ini kehilangan anggota badan.

Dua tahun lepas 3 rumah telahpun terbakar di taman ini disebabkan permainan mercun.

Harap email ini akan mendapat perhatian pihak yang perhatin.

Indonesia dah lancar roket ke angkasa , Malaysia ?



Tahniah kepada agensi angkasa lepas Indonesia , Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) yang telah mencipta , menguji dan melancarkan beberapa roket dalam usaha untuk membangunkan program angkasa lepas mereka samada untuk meletakkan satelit di orbit angkasa atau menghantar angkasawan ke angkasa lepas.

China sudah menghantar angkasawan mereka ke angkasa lepas dengan roket dan kapal angkasa mereka sendiri. Indonesia pula dalam proses pembikinan. Malaysia yang begitu bangga menumpangkan angkasawan negara dengan roket dan kapal angkasa milik Rusia bila lagi ?

Bukan itu sahaja , malah LAPAN membuka peluang kepada rakyat mereka untuk mempelajari cara-cara membuat roket untuk dijadikan sebagai aktiviti serta hobi yang bermanafaat. Akan tetapi pelajar dan remaja kita di Malaysia hanya seronok main roket bunga api yang dihasilkan dan diseludup dari negara jiran , lebih-lebih lagi apabila menyambut perayaan kebesaran Islam.

Sumber : IKAM

Lapan kembali melakukan uji terbang roket hasil penelitian dan pengembangannya. Setelah berhasil uji statik terhadap motor roket bertipe RX-320, Tim Peroketan Lapan melanjutkan dengan tahapan uji terbang pada Senin (19/05) di Stasiun Uji Terbang Pameungpeuk, Garut, Jawa Barat. Roket dengan tipe RX-3228.02.01 sebagai roket terbesar buatan Lapan selama ini, berhasil meluncur mulus. Keberhasilan ini sebagai tanda program pembuatan Roket Pengorbit Satelit memasuki tahap awal.

Roket diluncurkan dengan tujuan uji rancang bangun. Roket ini berspesifikasi panjang 4736 mm, diameter 320 mm, dan berat total 532 kg. Pukul 06.15 WIB, roket berhasil meluncur sesuai prediksi jarak jangkau yakni sekurangnya 42 km. Hal ini ditunjukkan oleh data Global Positioning System (GPS) yang dipasang pada roket. “Data terakhir yang bisa dipantau menunjukkan angka 42,1 km. Ini pun posisi roket masih terbang di atas laut,” imbuh Ka Pustekwagan.

Sumber : LangitSelatan

Jadi, siapa mau membuat roket sendiri? Bagi peminat serius, silakan menghubungi LAPAN.

Sumber LangitSelatan

20080927

Salam Idil Fitri , Salam Keinsafan



Selamat Menyambut Hari Raya Idil Fitri 1429 Hijrah

Kepada semua muslimin dan muslimat khususnya untuk sanak saudara , rakan taulan serta jiran tetangga


Salam Penuh Kemaafan dan Salam Keinsafan , Kesyukuran serta Kasih Sayang

Semoga Amalam Kita Di Bulan Ramadhan Di Berkati dan Di Redhai ALLAH.

Daripada :

Rozmal & Raja Siti Noor serta Mohd Kauthar , Ahmad Fauzan , Fathin Amirah , Amirul Mukmin dan Muhammad Firdaus

Seremban , Negeri Sembilan

20080924

Kelab Roket Kementerian Hangat Tahi Ayam ?

Baru-baru ini saya dihubungi oleh sebuah sekolah di Negeri Sembilan bertanyakan mengenai cara membuat roket air kerana mereka akan mengadakan minggu sains. Jadi untuk menarik minat para pelajar kepada matapelajaran sains mereka perlukan aktiviti yang menarik , antaranya bermain roket air.

Memandangkan Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com ( singkatan Angkasa Malaysia ) ini ditubuhkan sebagai hobi masa lapang bersama beberapa rakan antaranya YB Tn Hj Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com selaku Pengerusi maka sukarlah kami untuk memenuhi permintaan sekolah tadi untuk hadir memberi tunjuk ajar cara membuat dan bermain roket air pada hari bekerja.

Jadi saya buatkanlah satu pelancar ringkas dan berikan kepada salah seorang daripada guru sekolah tadi dan menerangkan serba sedikit cara hendak melancarkan roket air. Biasanya aktiviti kami hanyalah pada hujung minggu , bila kami tidak bekerja. Tapi kebelakangan ini pada hujung minggu terlalu banyak aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Tertanya-tanya di benak fikiran saya , apa jadi pada cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan disokong oleh Naib Ketua Pemuda Umno Sdr Khairy Jamaluddin untuk menubuhkan Kelab Roket di sekolah-sekolah ? Rujuk laporan akhbar The Star 6 Nov 2007 TheStar
Rocket Clubs will be set up in schools to instil interest in aerospace and astrophysics, Umno Youth vice-chief Khairy Jamaluddin said. He said Education Minister Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein was inspired to set up the clubs following the successful mission of the first Malaysian Angkasawan.

Bilakah cadangan menubuhkan Kelab Roket di sekolah-sekolah oleh Kementerian Pelajaran akan menjadi realiti , terutamanya di Negeri Sembilan , apatah lagi angkasawan pertama Malaysia ini orang Seremban dan yang menyokong usaha menubuhkan Kelab Roket pula orang Rembau ?

Jangan pula ianya bak kata pepatah “Hangat hangat tahi ayam”.

Berikut beberapa pautan mengenai aktivi dan cara membuat roket air :

Cara Mudah Membuat Roket Air Sini

Kelab AMAL di TV3 Sini

Pertandingan Roket Air N.Sembilan Sini

Roket Air , Aktiviti Menyeronokkan Sini

Pelajar Sekolah Islam membuat roket air Sini

Gambar pelancar roket Sini

Roket Kuning Sonyum Sini

20080923

Pengalaman berbuka bersama ahli syurga






Sebentar tadi Selasa 23 September 2008 saya telah berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa bersama “ahli-ahli syurga” di Pusat Jagaan Anak-Anak Istimewa Harapan ( Pusat Khidmat Down Syndrome DUN Paroi) di Taman Tuanku Jaafar , Sg Gadut , Senawang.

Terdapat 10 orang anak-anak istimewa di sini yang di bawah penjagaan sepasang suami isteri secara sukarela iaitu Encik Azizan dan Puan Siti. Mereka telah memulakan pusat ini lebih 5 tahun yang lalu. Penghuni pertama ialah adik Mohd Raziz Shah yang kini berusia 7 tahun. Adik Raziz hanya mampu baring sepanjang masa. Segala makan, minum, pakaian dan keperluan ke bilik air diuruskan oleh pasangan suami isteri tadi.

Bukan mudah untuk memelihara 10 orang anak-anak istimewa ini , tambahan pula mereka ini bukanlah anak-anak Encik Azizan dan Puan Siti. Mereka dengan rela hati memelihara dan membesarkan semua anak-anak istimewa yang ditempatkan di sini, hasil usaha mereka sendiri dengan bantuan dari masyarakat dan pimpinan setempat.

Tersentuh ucapan yang dibuat oleh YB Tn Hj Taufek , ADUN Paroi memberitahu para hadirin bahawa betapa bertuahnya dapat menghadiri majlis bersama ahli-ahli syurga, kerana anak-anak istimewa ini tidak pernah membuat dosa dari sejak mereka dilahirkan, dan mereka akan ditempatkan di syurga nanti , insyaALLAH.

Antara yang turut hadir serta memberi sumbangan kepada pusat ini dalam majlis tersebut ialah YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Ahli Parlimen Telok Kemang , YB Tn Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi dan Sdr Badrul Hisham Shaharin Ketua Bahagian PKR Rembau.

Memang terasa kelainan berbuka puasa bersama anak-anak istimewa ini di tempat mereka dibesarkan. Tidak seperti membawa mereka ini berbuka puasa di tempat yang eksklusif.

Mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa, majlis sambutan Idil Fitri atau majlis kenduri di rumah anak-anak istimewa ini atau sekadar menziarahi bolehlah menghubungi Encik Azizan di talian 06-6791442 beralamat di No 43, Jalan TTJS ¾ , Taman Tuanku Jaafar, Sg. Gadut, Senawang.

20080922

Menu termurah dan tersedap untuk berbuka

Bukan main hebat lagi rancangan di televisyen Malaysia sepanjang bulan Ramadhan ini dan lebih-lebih lagi menjelang Syawal. Dari rancangan hiburannya , tazkirahnya , hinggalah rancangan memasaknya.

Rancangan memasak untuk berbuka, bersahur, bermoreh. Tidak ketinggalan rancangan memasak untuk menyambut Idil Fitri. Tidak ketinggalan rancangan menghias rumah , menghias diri , fesyen pakaian dan sebagainya. Semua ini memberi banyak manafaat kepada penonton. Sehinggakan para ustazah dan ustaz terkenal juga dijemput untuk menjadi tetamu rancangan memasak.

Tetapi , bukankah ianya agak keterlaluan , sehingga kita kekadang lupa akan semangat sebenar Ramadhan kerana keasyikan menonton pelbagai juadah yang enak-enak ? Sehingga kita lupa saudara se Islam kita di Midanao , Filipina sedang menempuh Ramadhan ini dengan dihujani peluru dan bom ? Sehingga kita lupa masih ramai keluarga miskin di Malaysia ini makan makanan yang lebih teruk dari makanan “anjing” , kerana Teresa Kok kata makan nasi dengan dua biji telur rebus itu seumpana makanan “anjing” , sedangkan makan nasi dengan dua biji telur itulah makanan yang paling enak untuk keluarga susah di Malaysia.

Bukannya tidak boleh diadakan rancangan memasak , hiburan , fesyen sempena Ramadhan dan Syawal. Tapi biarlah ianya berpada-pada.

Sepatutnya di bulan Ramadhan ini diperbanyakkan lagi siaran seperti program Bersama Mu TV3 , kalau boleh setiap malam ada program Bersama Mu TV3.

Sepatutnya diadakan pula rancangan memasak di rumah-rumah keluarga miskin , keluarga setinggan , keluarga di rumah-rumah pangsa perumahan rakyat. Macamana hendak memasak untuk sepuluh orang keluarga dengan menu yang termurah tapi tersedap. Mungkin hari ini nasi putih dengan telur rebus dan pucuk gajus. Esok nasi putih dengan ikan masin dan pucuk paku. Lusanya mungkin nasi dengan garam saja.

Kemudian kita hidangkan penonton untuk memasak dengan menggunakan kayu api , sabut , tempurung kelapa dan sebagainya.

Barulah kita akan menikmati keindahan menyambut Ramadhan ini , sesuai dengan semangat Ramadhan untuk menghayati kesusahan kehidupan saudara kita di Malaysia , di Selatan Thailand , di Selatan Filipina , di Iraq , di Afghanistan , di Somalia dan di seluruh pelusuk alam.

Barulah kita lebih semangat untuk beribadah pada hari-hari terakhir Ramadhan , bukan setakat bersemangat untuk membuat persiapan Idil Fitri.

Menu yang paling murah ialah menu peti sejuk. Sebelum isteri kita masak untuk berbuka atau bersahur , kita buka dulu peti sejuk kita. Kita tengok ada tak lauk pauk, kuih muih semalam yang boleh dimakan. Kalau ada habiskan lauk pauk dan kuih lama terlebih dahulu sebelum memasak atau membeli lauk pauk atau kuih muih yang baru. Bukannya kedekut , tapi untuk mengelakkan pembaziran , serta mengajar ahli keluarga kita terutamanya anak-anak kita untuk berjimat cermat.

20080921

Perumahan Polis Pun Tak Selamat


Gambar ini saya ambil pada 21 September 2008 di Taman Satria , Senawang. Taman Satria adalah merupakan taman yang agak lama di Senawang ini yang merangkumi perumahan awam , perumahan anggota polis dan perumahan anggota tentera. Perumahan anggota polis di Taman Satria ini telah dirombak dan diubahsuai keseluruhannya lebih kurang setahun yang lalu. Memang ianya begitu cantik dan lebih selesa setelah diubah suai. Mungkin projek menaiktaraf perumahan polis ini menelan belanja ratusan ribu atau mungkin jutaan ringgit.

Namun sekarang masih terdapat beberapa lagi rumah di kawasan perumahan polis ini tidak didiami. Gambar ini menunjukkan lalang dan semak samun dah hampir mencecah atap. Harap ada pihak yang ambil perhatian agar ianya tidak membahayakan pada penduduk setempat apatah lagi ianya berhampiran dengan hutan lembah yang didiami pelbagai binatang berbisa.

Sayang banyak rumah di Senawang ini yang diubahsuai , perumahan baru tetapi terbiar , seakan pembaziran yang tidak dapat dielakkan. Tapi dalam waktu yang sama masih kedengaran ramai keluarga yang tidak mampu memiliki rumah kos rendah apatah lagi kos sederhana. Alangkah baiknya rumah yang terbiar ini ditempatkan untuk golongan sebegini sementera mereka mendapat perumahan milik mereka sendiri.

Tak sia-sia anak Leftenan Kolonel

Tak sia-sia anak Allahyarham Leftenan Kolonel (B) Syed Abdul Aziz bin Syed Razak iaitu Kickdefella http://kickdefella.wordpress.com/2008/09/21/i-found-al-ghazali-in-dang-wangi/ . Almarhum ayahnya dari Rejimen Renjer Di Raja , platun ayahnya di serang hendap oleh komunis. Semua askar tahu sejarah ini.

Sebagai seorang anak tentera , kita begitu cintakan negara ini. Dan kita faham bagaimana ayah kita dulu , juga ayah saya Leftenan Kolonel (B) Malakan bin Kamarudin dari Rejimen Askar Melayu Di Raja , Rejiman dimana datuk dia iaitu Datuk Abdullah , Undang Rembau ke 18 adalah salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu Di Raja , mempertahankan negara ini dari ancaman komunis bersama ribuan tentera lain ketika itu. Ramai telah kita perhatikan pakcik-pakcik tentera kita dulu terkorban , jenazah mereka diterbangkan oleh pesawat Karibou. Kita melawat pakcik-pakcik tentera kita di hospital yang kudung tangan , yang kudung kaki , yang buta mata mereka terkena jerangkap samar ( booby trap ).

Oleh itu pasukan keselamatan di Malaysia ini haruslah dihormati dan disanjung pengorbanan dan jasa mereka iaitu pasukan tentera dan polis. Semoga anggota keselamatan kita sentiasa dalam keadaan siap siaga dan berada dalam keadaan moral dan spiritual yang tinggi untuk mempertahankan dan mendaulatkan negara.

20080920

Kita pun hina Islam secara tak sengaja

Sedar tak sedar ada kalanya kita umat Islam ada yang menghina Islam secara tidak sengaja. Dan sedar atau tidak , perkara menghina Islam ini dilakukan di dalam masjid , di dalam surau , di dalam bilik sembahyang.

Bagaimana kita boleh menghina Islam secara tidak sengaja ?

Kaabah adalah merupakan rumah Allah. Salah satu lambang penyatuan umat Islam , lambang kemegahan umat Islam , lambang kebesaran umat Islam. Berjuta umat Islam setiap tahun menziarahi rumah Allah ini.

Malah imej Kaabah ini diabadikan di dalam pelbagai bentuk , sebagai cenderahati berbentuk replika hiasan , gambar dan tidak ketinggalan juga imej Kaabah pada sejadah.

Sekiranya kita menggunakan sejadah yang ada imej Kaabah ini , hendaklah kita berhati-hati. Adakalanya kita perhatikan disebabkan kealpaan kita ada kaki-kaki yang secara tidak sedar mereka memijak imej Kaabah ini apabila berjalan di dalam masjid , surau atau bilik sembahyang yang menggunakan sejadah ini.

Oleh itu sebaiknya apabila kita telah selesai menggunakan Kaabah yang mempunyai imej Kaabah , eloklah dilipat dan diletak ketepi.

Malah banyak lagi perkara lain yang kita umat Islam secara sedar dan tidak sedar samada menghina Islam atau tidak menghormati Islam , antaranya :

1. Berbual-bual apabila azan dilaungkan di masjid atau surau berhampiran dan tidak menjawab azan tersebut , apatah lagi jika kita sedang membeli belah di pasar malam yang terletak berhampiran dengan masjid.

2. Menggunakan baju , t-shirt yang mempromosikan arak atau judi.

3. Menghisap rokok di perkarangan masjid atau surau.

4. Berbual-bual ketika khatib sedang berkhutbah pada hari Jumaat , terutamanya anak-anak dan remaja.

Oleh itu semua pihak seharusnya mengambil langkah yang pro akif dan pendekatan yang mesra untuk memberi penerangan kepada umat Islam di Malaysia ini agar mereka menghormati ajaran Islam. Dan menghayati ajaran Islam itu akan memberi ketenangan pada diri kita , walaupun negara sedang dilanda kemelut ekonomi dan politik yang semakin hebat.

Rasanya tak perlu guna ISA kot kalau ada pihak yang sengaja atau tak sengaja menghina Islam kerana kita ini di era dunia tanpa sempadan. Siapa yang bijak berhujah dengan kebenaran dan kesabaran pasti akan diberikan kemenangan oleh Allah. Sepertimana di zaman Rasul saw , dikala bangsa Arab sedang asyik dengan sastera Arab yang tinggi , cukup dengan Allah menurunkan Al Quran untuk mematikan semua hujah-hujah ahli sasterawan , penyair , penyajak , pujangga Arab pada ketika itu yang menentang Islam.

Sempena bulan baik , hari baik. Udah udah le tu. Marilah kita pertingkatkan amalan kita dan banyakkan bermaaf-maafan serta menghitung setiap dosa yang kita lakukan selama ini.

Contohi cara Giant jual arak

Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini , setiap penganut agama mempunyai hak mereka sendiri. Mereka yang bukan Islam mempunyai hak untuk makan dan minum perkara-perkara yang tidak dibenarkan keatas umat Islam , antaranya arak. Dan umat Islam pula mempunyai hak agar mereka dihormati dalam perkara pengendalian arak.

Dalam perkara ini Pasaraya Giant di Senawang harus diberi pujian dalam cara mereka mengendalikan penjualan arak. Walaupun sebelum ini beberapa teguran telah diberikan secara tidak langsung dalam penjualan arak dan penggunaan troli yang mempromosikan arak , namun pihak Pasaraya Giant pada ketika ini telah banyak melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka.

Penjualan arak di sini dilakukan di satu sudut yang agak tertutup dan terpampang dengan jelas papantanda yang menyatakan bahawa penjualan arak kepada umat Islam adalah merupakan satu kesalahan. Lebih menarik lagi kaunter penjualan arak di sini dikendalikan oleh orang yang bukan Islam.

Alangkah indahnya , sekiranya semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam mencontohi cara Pasaraya Giant menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja , menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan ?

20080918

Menteri Besar akui orang Seremban pengotor

Akhirnya secara tidak langsung Menteri Besar Negeri Sembilan , Datuk Seri Mohamad Hassan akui orang Seremban memang pengotor. ( Menteri Besar , Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, ini kerana kualiti kebersihan bandar Seremban semakin menurun sejak kebelakangan ini dan keadaan itu sangat membimbangkan – Utusan Malaysia 18 Sep 08 Utusan )

Akhbar The Star 18 Sep 08 pula melaporkan sebuah restoran diarah tutup di Seremban selepas 100 pengunjung restoran tersebut jatuh sakit dan seorang daripadanya meninggal dunia disyaki keracunan makanan. TheStar

Sebelum ini orang Senawang dikejutkan apabila 81% kedai makan Senawang didapati terlalu kotor dan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan. Baca sini artikel1
Juga beberapa artikel sebelum ini berkaitan tahap kebersihan yang membimbangkan di Seremban serta beberapa kaedah untuk menanganinya :

Pengurusan Sampah N.Sembilan Semakin Teruk Sini

51 Tahun Merdeka Sampah Pun Tak Tahu Buang Sini

Sampah Oh Sampah Sini

Nampak Sampah , Kutip , Jual Sini

Ubah Cara Hidup , Kitar Semula Sini

Bila Rakyat Malaysia Nak Ada Kesedaran Sivik Sini

Bangsa Melayu Angkasa , Minda Sampah Sini

20080916

Pengurusan sampah N.Sembilan semakin teruk

Selasa 16 September 2008 , jam 5:45 petang, saya baru sampai ke rumah di Taman Alamanda, Senawang pulang dari kerja. Sebaik sahaja masuk taman, diperhatikan longgokan sampah di hadapan beberapa rumah yang dikumpulkan oleh pekerja kontraktor yang ditugaskan untuk memungut sampah.

Telah beberapa kali kedengaran kelemahan pengurusan sampah di Negeri Sembilan, bukan sahaja di Senawang, malah di beberapa taman lain sekitar Seremban, termasuk di Rembau. Sampah yang sepatutnya dikutip 3 kali seminggu, adakalanya dikutip seminggu sekali sahaja.

Selepas berbuka puasa tadi, kedengaran jiran saya sedang mengadu kepada pekerja yang mengutip sampah yang mengumpulkan semua sampah di jalan tersebut di hadapan rumahnya. Akibatnya apabila sampah dimasukkan ke dalam lori sampah, lori sampah memampatkan sampah di hadapan rumahnya. Keluarlah air-air sampah yang berlendir, lekit, pekat likat, berbau. Lebih menjijikkan lagi dan meloyakan selera yang baru lepas berbuka ialah ratusan ulat-ulat sampah yang menggeliat-menggeliat di atas jalanraya di hadapan rumahnya.

Hendak dimarahkan pekerja bawahan yang mengutip sampah , apakan daya. Kerana telah diketahui umum bahawa kerajaan Negeri Sembilan berhutang jutaan ringgit kepada kontraktor yang dilantik untuk mengutip sampah. Kalau dah hutang untuk mengutip sampah tidak dibayar, macamana kontraktor hendak menjalankan tugas dengan sempurna, mempastikan sampah dikutip setiap 3 kali seminggu untuk mengelakkan sampah berulat dan lori sampah tidak berlebih muatan yang menyebabkan air sampah akan meleleh keluar di sepanjang jalan terutamanya apabila mengambil selekoh.

Tapi haruskah kita sebagai pengguna yang membayar cukai pintu RM 252.60 setahun menanggung risiko kesihatan akibat pengurusan sampah yang bertambah teruk di Negeri Sembilan ini ? Apakah disebabkan beberapa orang yang tidak membayar cukai pintu, yang menjadi mangsa ialah mereka yang membayar cukai pintu ?

Masalah kebersihan dan kesihatan penduduk haruslah diberi keutamaan yang tertinggi dibandingkan dengan mencantikkan kawasan bandar Seremban dengan lampu-lampu yang berwarna warni, skrin televisyen besar, menukar bunga dan pasu bunga dari masa ke semasa.

Andaikata keperluan asas kebersihan dan kesihatan penduduk terutamanya sistem pengurusan sampah telah berjalan sempurna barulah dilaksanakan lain-lain projek untuk mencantikkan bandar Seremban ini. Apa gunanya bandar Seremban ini dihiasi dengan lampu yang berwarna warni dengan pelbagai bentuk seperti ketupat, bulan , bunga dan sebagainya , tetapi penduduk saban hari terjejas kesihatan mereka akibat pengurusan sampah yang saban hari semakin teruk.

Penduduk haruslah diberi penjelasan dimana silapnya sistem pengurusan sampah , adakah pihak berkuasa tempatan di negeri ini menanggung beban hutang yang banyak akibat ramai yang tidak membayar cukai pintu, atau keutamaan tidak diberikan terhadap sistem pengurusan sampah ?

Jika tidak penduduk di negeri akan semakin kecewa dan tidak mustahil semakin ramai akan keberatan untuk membayar cukai pintu.

20080914

Membantu keluarga miskin sebaiknya turun padang

Setiap apa yang ada di muka bumi ini ada pasangannya. Suami isteri, hitam putih, sejuk panas. Begitu juga dengan miskin ada kayanya. Ketika ini banyak pihak yang memberi cadangan dan menjalankan program membasmi kemiskinan, samada kemiskinan bandar, kemiskinan tegar, fakir miskin apa sahaja yang miskin. Hakikatnya kemiskinan hampir mustahil dibasmi. Tetapi kemiskinan tidak mustahil dibantu. Setiap seorang miskin yang kita bantu, akan muncul 10 orang lagi miskin.

Justeri itu apa yang harus kita semarakkan ialah program membantu mereka yang miskin dan memerlukan ini dalam apa jua bentuk bantuan baik bantuan program untuk berdikari menjadi usahawan, membantu dari segi kewangan, barangan bahkan memberi bantuan kata-kata semangat.

Pada Sabtu 13 September 2008 bersamaan dengan 13 Ramadhan 1429 H saya berkesempatan menyertai rombongan ADUN Paroi YB Tn Hj Mohamad Taufek Abd Ghani http://mohdtaufek.blogspot.com dan Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar http://zulkeflyomar.blogspot.com mengiringi sebuah persatuan sukarela PIFA untuk menghulurkan sumbangan kepada lebih kurang 30 keluarga yang memerlukan sekitar Senawang.

Walaupun Senawang ini tidaklah seperti kawasan pendalaman atau kampung, namun terdapat sebilangan besar keluarga yang memerlukan bantuan. Pelbagai masalah keluarga yang amat memerlukan bantuan yang kami ditemui dari ibu tunggal (cerai mati, cerai mati, gantung tak bertali) , anak yatim , mereka yang diberhentikan kerja , mempunyai tanggungan anak yang ramai dan masih bersekolah , menghidap pelbagai penyakit dan komplikasi serta seribu satu macam masalah lagi.

Mereka yang kami temui ini bukanlah dari golongan yang meminta-minta, tapi akibat beberapa masalah seperti diatas sudah pasti tersentuh hati semua yang melihatkan keadaan mereka.

Cubalah kita bayangkan sebuah keluarga yang mempunyai anak yang ramai lebih daripada 7 orang tinggal di rumah yang agak sempit, disempitkan lagi dengan ketua keluarga yang mempunyai masalah kesihatan , tiada pekerjaan tetap. Sudah semestinya jiran tetangga , pihak jawatankuasa taman atau surau , JKKK, Tok Ompek, Wakil Rakyat, Pegawai Kebajikan Masyarakat , Pegawai Baitul Mal seharusnya memainkan peranan.

Kebanyakan keluarga yang ditemui sesetengah mereka ada mendapat bantuan Baitul Mal , Jabatan Kebajikan Masyarakat namun ianya masih tidak mencukupi.

Oleh yang demikian semua pihak haruslah saling bantu membantu. Bayangkan keadaan anak-anak dari keluarga susah ini sekiranya terbiar tiada pembelaan. Kita takut lama kelamaan tanpa bimbingan dan sokongan semua pihak mereka-mereka ini akan memberi kemudaratan kepada masyarakat.

Seperkara lagi ialah kebiasaan atau “trend” masyarakat kita untuk memberi bantuan mereka yang memerlukan bantuan ini dengan mengadakan majlis besar-besaran. Walaupun niatnya baik untuk menghulurkan bantuan pada fakir miskin dalam satu majlis yang rasmi tetapi mereka yang menghulurkan bantuan tidak akan tersentuh hati melihatkan keadaan keluarga susah tersebut yang berpakaian kemas apabila datang ke majlis rasmi.

Orang-orang politik haruslah mendidik anak-anak politik mereka agar membiasakan diri masuk ke ceruk kampung, memanjat rumah-rumah pangsa, meredah rumah mesra rakyat serta setinggan serta melihat sendiri kesusahan rakyat Malaysia pada ketika ini.

Mungkin sebab orang-orang politik jarang turun padang bersalaman dengan orang yang susah di rumah usang mereka menyebabkan mereka asyik memikirkan tarikh 16 September 2008.

20080911

Begitu Mudah Untuk Menjadi Bijak

Majlis Pelancaran Kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’
Program Sayangi Remaja peringkat Negeri Sembilan.
Tarikh : 13 Sept 2008 (Sabtu)
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, Seremban
Masa : 4.00 petang – 8 malam (Lepas Asar dan disudahi dengan majlis Berbuka Puasa)
Penceramah Jemputan: Roha Hasan, AJK Wanita JIM Pusat.
Anjuran : Wanita Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) Negeri Sembilan dengan kerjasama Masjid Bandar Baru Senawang

Semua dijemput hadit terutamanya para remaja, belia, guru-guru, pelajar sekolah atau sesiapa sahaja yang prihatin terhapa kebajikan dan kesihatan remaja.

Maklumat lanjut Kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ boleh dirujuk dalam beberapa pautan seperti berikut:
http://mejawanitajim.blogspot.com/2007/05/anda-bijak-jauhi-zina.html
http://krjpetaling.blogspot.com/
http://intim.wordpress.com/2007/07/03/seks-bebas-di-kalangan-remaja-membimbangkan/

20080909

Mencari Kedai Gunting Rambut Muslim di Perak

Sesiapa yang ada maklumat Kedai Gunting Rambut Muslim di Ipoh atau pekan-pekan sekitar Perak harap maklum kepada saya rozmal@yahoo.com . Kawan saya yang tinggal di Ipoh kata dia tak jumpa lagi Kedai Gunting Rambut Muslim di sana.

Mualaf perlu sokongan material, emosi

SEORANG mualaf berasal dari Australia memilih memeluk Islam pada 1 Ramadan, selepas mengenali dan mengkaji Islam beberapa lama kerana katanya Ramadan adalah bulan penuh rahmat, pengampunan dan janji syurga daripada Allah. Cerita lanjut di http://jendelahikmah05.blogspot.com/2007/09/mualaf-perlu-sokongan-material-emosi.html

Apakah itu Hidayah Centre? Hidayah Centre yang dikendalikan bersama oleh sukarelawan NGO (JIM) adalah merupakan penempatan sementara saudara baru , pusat perlindungan saudara baru , pusat pendidikan dan bimbingan saudara baru

Setelah 3 tahun beroperasi dan memberikan sokongan kepada saudara baru antara pencapaian Hidayah Centre ialah , beroperasi di 14 lokasi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak , memberikan bimbingan kepada saudara baru , memberikan kaunseling pemulihan dan pemantapan akidah saudara baru

Justeru itu pihak Hidayah Centre sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini menyeru kepada semua umat Islam memberi sokongan moral dan material kepada saudara baru ini dengan menyertai atau membiayai program berikut :

MAJLIS BERBUKA PUASA KALI KE-4 "SAUDARA BARU, SAUDARA KITA"
Tarikh : 20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429H (Sabtu)
Masa : 5.00 petang - 10.00 malam
Tempat : Dewan Persidangan Utama, Kompleks Perbadanan Putrajaya

Mari menyumbang dengan membeli RM 100.00 satu kerusi atau RM 1,000.00 bagi satu meja

Anjuran : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Hidayah Centre (Pusat Sokongan Saudara Baru)

Objektif Program : Mengumpulkan dana demi menjayakan pengoperasian Hidayah Centre di seluruh Malaysia

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Tuan Haji Nicholas (019-333 5549)
En. Dhany Sarip (012-930 7522)
Pn. Ummi Roses (019-238 6333)
Ibupejabat JIM (03-4108 9669)

Aturcara Program
5.00 petang: Ketibaan tetamu
5.10 petang: Ucapan aluan Pengerusi Majlis
5.30 petang: Forum: "Ke Arah Memperkasakan Saudara Baru di Malaysia "
Panelis
Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)
Ustaz Kamaruddin Abdullah (Presiden IPCI)
Sister Latifah Tamerlan (Pendakwah Bebas)
7.15 malam: Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
7.45 malam: Makan Malam dan Persembahan Nasyid oleh kumpulan Saff-One
8.00 malam: Perasmian
8.20 malam: Solat Isyak dan Tarawikh
Dipimpin oleh Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)
9.40 malam: Tazkirah
Disampaikan oleh Tuan Haji Ayub Abdul Rahman (Pendakwah Rabithah A-Alam Al-Islami)
10.00 malam: Moreh dan Bersurai

Info Hidayah Centre di http://www.jim.org.my/e-bazaar/index.php?main_page=product_free_shipping_info&cPath=3&products_id=28

20080907

Berdakwah melalui kereta

Pagi tadi dalam perjalanan ke Pasar Ampangan , saya dan isteri ternampak kereta Proton Saga berwarna hitam plet NCC tertulis dengan besar menggunakan stiker pelekat khas di cermin belakang belakang JOM KE MASJID yang dibuat sendiri.

Begitu mudah pemilik kereta tadi mendapat pahala apatah lagi di bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Dan jika mereka yang membacanya tergerak hati hendak ke masjid untuk beribadat maka pemilik kereta tadi akan mendapat pahala orang yang pergi ke masjid tadi.

Sekarang menjadi “trend” pemilik kereta untuk menghiasi kereta mereka dengan pelbagai stiker-stiker pelekat.

Tetapi di kalangan pencinta-pencinta Islam begitu kurang yang menghias kereta mereka dengan kata-kata untuk mengajak manusia ke arah kebaikan dalam dunia yang penuh mencabar ini.

Semoga lebih ramai lagi akan mencontohi sikap pemilik kereta JOM KE MASJID tadi agar masyarakat kita akan menjadi masyarakat yang tawadhuk, berkasih sayang, tolong menolong, maaf memaafkan, menjaga kebersihan dan lain-lain sikap terpuji hanya semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH.

Hanya Dengan Mengingati ALLAH Jiwa Kita Akan Tenang

Siapa ada telinga baik, bersyukurlah banyak-banyak

Ayah saya berusia 70 tahun minggu ini telah mendapat alat bantuan pendengaran yang disumbangkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran , Angkatan Tentera Malaysia.

Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran di Kem Terendak yang meguruskan proses permohonan dan Angkatan Tentera Malaysia yang telah membiayai kos alat pendengaran tersebut. Juga ucapan terimakasih kepada pakar telinga di Hospital Seremban yang menguruskan pemeriksaan telinga ayah saya.

Maklumlah ayah saya setelah berpuluh tahun dulu dalam tentera , telingya terdedah dengan pelbagai tembakan senapang, mortar, meriam, RPG dan sebagainya. Malah telah mewakili negara ke Sukan SEA (dulu Sukan SEAP) dalam acara menembak dan berjaya meraih 5 pingat emas untuk Malaysia pada ketika itu. ( dulu atlit Malaysia yang mewakili negara tiada ganjaran wang ringgit, tapi mereka merasa amat bangga mewakili negara apatah lagi meraih kejayaan seperti Allahyarham Mokhtar Dahari yang begitu merendah diri).

Sebelum mendapat alat bantuan pendengaran , ayah saya kurang jelas pendengarannya. Selalunya kena cakap kuat sikit.

Lepas menggunakan alat pendengaran tersebut, ayah saya kata sekarang semua bunyi dapat dengar. Bunyi burung berkicau, bunyi cicak, bunyi kertas jatuh yang sudah lama dia tidak dengar. Ayah saya kata sedap betul dengar bunyi burung berkicau.

Untuk kita yang masih ada telinga yang masih baik ini. Banyak-banyaklah bersyukur. Kerana telinga yang baik adalah satu nikmat yang ALLAH berikan kepada kita daripada berjuta-juta nikmatnya yang tidak terkira.

Bayangkanlah dapat mendengar burung berkicau adalah satu perkara yang begitu menyeronokkan kepada mereka yang tidak dapat mendengar sebelum ini.

Janganlah kita bersedih hati kalau kita gagal dalam percintaan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam perkahwinan, gagal dalam politik dan sebagainya, kerana nikmat ALLAH itu terlalu banyak hinggakan kita lupa nikmat yang ada pada diri kita, yang kita nampak ialah orang lain yang berkereta mewah tetapi hakikatnya kita tidak tahu samada mereka mempunyai jiwa yang tenang.

Hanya Dengan Mengingati ALLAH Jiwa Kita Akan Tenang

20080906

Program Menyayangi Fakir Miskin N.Sembilan

Pihak Jawatankuasa Jejak Fakir Negeri Sembilan 2008 dengan ini merayu sumbangan kepada mereka yang berkemampuan untuk bersama menyumbang bagi menzahirkan sedikit senyuman pada wajah keluarga fakir miskin yang amat memerlukan khususnya di bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelang tiba.

Program ini adalah merupakan kali ketiga setelah bermula sejak tahun 2005. Misi program ini adalah untuk mendekati masyarakat yang memerlukan bantuan barangan dan kewangan secara terus. Jawatankuasa program telah mengenal pasti 47 keluarga fakir miskin setakat ini.

Bantuan kali ini akan ditumpukan di kawasan Rembau dan sekitarnya seperti Linggi dan Tampin.

Pihak Jawatankuasa akan cuba mengumpulkan bantuan barangan makanan asas, pakaian (baru dan terpakai) serta bantuan kewangan untuk keluarga tersebut.

Bantuan barangan atau kewangan yang diperlukan disenaraikan dibawah. Sumbangan boleh diserahkan kepada cheGuBard http://chegubard.blogspot.com atau kepada Penyelaras Program Sdr Azizi Aziz 0123696474

Laporan program akan dihantar kepada semua penyumbang.

Senarai Barangan Bantuan:
Beras 15% hancur Cap Rambutan 10 Kg - 1 Pek RM 35.00
Gula pasir 1Kg x 2 pek - RM 2.90
Susu Pekat Manis 2 Tin x RM 2.10 RM 4.20
Tepung Cap Sauh 1Kg x RM 2.20 RM 2.20
Minyak Masak Cap Kapal 1Kg x 2 Pek x RM 2.50 RM 5.00
Bihun Cap Bintang 1 x 1 pek x RM 2.20 RM 2.20
Biskut Hup Seng x 1 Pek x RM 4.00 RM 4.00
Duit Tunai RM 50 x 1 Keluarga RM 50.00

Peruntukan yang diperlukan untuk satu keluarga ialah RM 105.50. Jumlah keseluruhan untuk menjayakan program ini ialah RM 105.50 x 47 keluarga : RM 4,958.50.

Pihak Jawatankuasa mengharapkan sumbangan dari pihak yang prihatin. Resit akan dikeluarkan atas permintaan. Semoga Allah dapat membalas atas jasa dan sumbangan para penyumbang yang budiman.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank A/c Bank Hong Leong 19951001018 (Badrul Hisham Shaharin) , sila emailkan ( chegubard@gmail.com ) atau sms 0176688404 makluman jumlah bank in tersebut.

atau boleh hantar ke Pusat Khidmat Rakyat Rembau, No. 390, Taman Seri Rembau, 71300 Rembau, N.Sembilan

20080901

51 Tahun Merdeka, sampah pun tak tahu buang


51 tahun sudah kita merdeka. Ke angkasa raya pun orang Malaysia sudah sampai. Tapi rata-rata rakyat Malaysia mengambil mudah perkara kebersihan. Sebelum ini begitu banyak kedai makan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan kerana terlalu jijik, kotor dan memualkan di Dataran Senawang. Salah siapa , kalau bukan salah pengunjung sendiri yang gemar mengunjungi kedai yang tidak bersih tetapi tidak gemar makan di rumah bersama ibu bapa , isteri serta anak-anak.

Dalam senario politik pula rata-rata rakyat mahu kan perubahan selepas 51 tahun merdeka. Mahukan pemimpin yang bersih dari rasuah.

Ya mahukan pemimpin yang bersih. Sedangkan rata-rata minda rakyat kita belum bersih. Sampah yang mudah pun tidak terurus. Semuanya mengharapkan ada tukang kutip sampah untuk mereka.

Antaranya ialah sikap masyarakat yang gemar membuang slip ATM di mesin-mesin ATM. Berat sangatkah slip ATM ini hinggakan susah hendak dibuang dalam tong sampah ? Sebelum ini saya telah menyiarkan gambar betapa kotornya mesin ATM di Maybank Dataran Senawang. Pada 30 Ogos 2008 pula sekali lagi saya perhatikan perkara yang sama di RHB Bank Dataran Senawang.

Sekiranya rakyat mahukan perubahan pada pimpinan negara ini , janganlah harapkan pemimpin sahaja perlu ditukar atau ditukar cara pemikiran dan tindakan mereka , rakyat juga haruslah ditukar cara pemikiran dan tindakan mereka.

Itu baru bab sampah , belum masuk lagi bab tandas , bab pakaian , bab merokok , bab menyusun troli di pasaraya , bab menyusun selipar di masjid dan sebagainya. Bandingkan cara hidup rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam dengan cara hidup masyarakat barat yang majoritinya bukan beragama Islam. Bagaimana kita hendak menarik orang bukan Islam untuk mendekati agama Islam jika kita umat Islam memandang ringan isu kebersihan dan alam sekitar.

Selamat Berbuka Puasa , Bertarawih dan Bersahur.