KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101031

Pengetua kayuh basikal kumpul duit buat surau sekolah

Sesuatu yang sukar untuk kita lakukan. Tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah (SMK) Segambut Jaya yang mengayuh basikal dalam usaha kumpul duit RM1.5 juta untuk bina surau sekolah kerana surau sedia ada tak mampu lagi menampung jumlah pelajar yang ramai dan memerlukan belanja yang besar untuk hantar pelajar solat Jumaat. Marilah kita sama-sama membantu, tak perlu kayuh-kayuh, kalau 150,000 umat Islam di Malaysia derma RM10 dah cukup dah.

Berita Harian 30 Okt 2010
Pengetua naik basikal kutip dana di China

Sekolah perlu RM1.5j bina surau

KUALA LUMPUR: Niat mengumpul dana untuk pembinaan surau baru menguatkan semangat Pengetua Sekolah Menengah (SMK) Segambut Jaya, Muhamad Khailani Abdul Jalil, mengayuh basikal sejauh 190 kilometer (km) dalam Program Kayuhan Sejaya dari Lexiaguo ke Kunming, daerah Yunnan, China, baru-baru ini.

Muhamad Khailani berkata, keadaan berbukit dan cerun tidak menjadi penghalang kerana pemandangan indah kawasan pertanian yang diusahakan secara tradisional itu mampu menghilangkan penat lelah.

Katanya, pemandangan sangat menakjubkan seolah-olah satu panorama lukisan luas terbentang dan program kayuhan amal itu berjaya ditamatkan dalam masa empat hari walaupun melalui cuaca sejuk, hujan serta angin kencang sepanjang perjalanan pada hari ketiga dan keempat.

“Saya memulakan kayuhan setiap pagi di lokasi berbeza menuju ke Kunming.

“Sepanjang perjalanan saya sempat singgah di enam masjid untuk menguatkan semangat, solat serta berehat. Setiap pekan ada restoran makanan Islam,” katanya.

Muhamad Khailani berkata, anggaran kos pembinaan surau itu ialah RM1.5 juta dan setakat ini pihaknya baru menerima RM20,000 dan berharap jumlah itu akan terus bertambah seterusnya pembinaan surau baru akan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah kewangan.

Katanya, surau sedia ada hanya mampu menempatkan 500 jemaah dan apabila siap, surau itu boleh digunakan untuk solat Jumaat seperti jaminan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Buat masa ini kami menyewa empat bas dari syarikat swasta bagi menghantar 600 pelajar lelaki ke Masjid Manjalara dengan kos RM11,000 sebulan. Setiap bas perlu berulang-alik dua kali untuk tujuan itu.

“Selepas siap pembinaan surau baru ini, banyak kos yang boleh dijimatkan dan usaha saya membuat kayuhan amal ini diharap dapat membantu kutipan dana yang kami perlukan,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PengetuanaikbasikalkutipdanadiChina/Article

Kem Quran dan B Arab 5 ke 17 Dis 2010 Seremban

KEM MANTAP AL-QURAN & BAHASA ARAB
Tarikh : 5 - 17 Disember 2010 (2 minggu)
Tempat : Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, Taman Rashidah Utama, Senawang, N.Sembilan
Yuran : RM400 (termasuk makan & penginapan)

Pengisian :
- Al-Quran (Hafazan, Talaqqi, Tajwid, Ulangkaji)
- Bahasa Arab (Qawaid, Mufradat, Qiraah, Muhadathah, Nasyid, Permainan)
- Kuliah
- Tayangan Video Islam
- Riadhah
- Pertandingan & Anugerah
- Aktiviti ibadah
- dan banyak lagi....

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh dibuat melalui nama berikut :

Ustaz Suhaimi bin Kassim (019-2025048) Penyelaras
Ustaz Nasrudin bin Shahrani (014-2644310)
En. Shahid Mukhlis bin Ahmad Ghazilan (013-2965240)

Maklumat lanjut di http://www.saidiyyah.com/kursus2010.html

20101030

Video Puting Beliung di Perlis pada 28 Okt 2010










Pada 28 Oktober 2010 Perlis telah dilanda angin puting beliung atau twister atau cyclone. Kejadian tersebut telah dirakamkan oleh beberapa orang. Sebuah van keselamatan telah diterbangkan sejauh 30 meter. Kawan saya kata , bekas Mufti Negeri Sembilan kata, kalau berlaku ribut, laungkanlah Azan. Kembalilah kepada Islam sepenuhnya, makmurkan masjid dengan solat jemaah dan majlis ilmu.

Empat kampung dilanda puting beliung
Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN
utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 29 Okt. - Sebuah van syarikat keselamatan dan sebuah lori kecil diterbangkan puting beliung, ketika bencana alam itu melanda empat kampung dan sebuah taman perumahan di sini petang semalam.

Kedua-dua kenderaan yang sedang dibaiki di Taman Seri Lanchang itu, terapung beberapa meter dari bumi, sebelum dialihkan oleh puting beliung tersebut antara 20 hingga 30 meter dari tempat ia diletakkan untuk dibaiki di bengkel berkenaan.

Ketika diterbangkan puting beliung yang berlaku antara pukul 6 hingga 6.15 petang itu, van milik sebuah syarikat keselamatan itu berputar-putar di udara beberapa kali sebelum terhempas berhampiran pintu masuk ke bengkel Abau Motor.

Pemilik bengkel terlibat, Kelean a/l Eim, 45, memberitahu, dia melihat pusaran puting beliung putih telah menerbangkan kedua-dua kenderaan berkenaan bermula kira-kira pukul 6 petang.

"Saya nampak satu putaran angin berbentuk tajam iaitu besar di atas dan mengecil (tirus) ke bawah. Ia berwarna putih. Putaran itu pula secara bergulung. Takut ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu.

"Apatah lagi ketika van keselamatan di bengkel saya diterbangkan kira-kira 30 meter dari tempat ia dibaiki. Sebuah lori kilang gula di bengkel ini juga diterbangkan kira-kira 20 meter.

"Turut rosak akibat puting beliung tersebut ialah sebuah kereta kerana pecah cermin, begitu juga sebuah bas yang cerminnya pecah akibat terkena objek terbang," ujarnya ketika ditemui di bengkel itu di sini malam tadi.

Sewaktu kejadian, Kelean juga memberitahu, dia sempat melihat pelbagai objek seperti papan ikan besar, tiang besi, papan tanda arah jalan dan batang-batang kayu diterbangkan secara berpusing-pusing.

Seorang lagi mangsa ribut di Taman Seri Lanchang, Rozana Abdul Rahman, 52, memberitahu, sebahagian daripada bumbung dan pintu utama rumahnya pecah akibat puting beliung tersebut.

"Kira-kira pukul 6 petang ketika sedang memasak, saya terdengar bunyi bising yang agak pelik di hadapan rumah. Apabila keluar ke ruang tamu saya melihat satu gumpalan putih merempuh cermin pintu utama rumah sehingga pecah.

"Selepas itu, terdengar pula satu rempuhan kuat di tingkat atas. Apabila naik saya dapati bumbung telah rosak. Syukur kepada Allah kerana saya selamat," ujarnya.

Empat kampung yang dilanda puting beliung itu ialah Kampung Alor Lanchang, Kampung Pulau, Kampung Kubang Gajah dan Kampung Padang Petani manakala sebuah taman perumahan pula ialah Taman Seri Lanchang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan, Hal Ehwal Pengguna, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Tugas-Tugas Khas negeri, Mansor Jusoh serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, Abdullah Ali turut bergegas ke tempat kejadian malam tadi.

Mansor memberitahu, puting beliung kali ini mengakibatkan lebih 30 rumah rosak, tetapi ia tidak mencederakan mangsa.

"Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bancian JKM menunjukkan 30 rumah terlibat. Jumlah kerugian belum diketahui. Bantuan berkenaan akan disampaikan tidak lama lagi kepada keluarga yang layak," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm


Saturday October 30, 2010
Mini twister blows through Perlis town
By FLORENCE A. SAMY
newsdesk@thestar.com.my


PETALING JAYA: These two pictures captured by The Star reader Ng Hock Hoo show a mini twister sweeping through Mata Air, Jejawi, Perlis.

Roofs were blown off while signboards were uprooted and houses damaged during the incident, which took place on Thursday evening. A van was also overturned.

Ng, an assistant maintenance manager in his 40s, captured the images while driving from Mata Air to his home in Arau.

“I have seen something similar before but never this close. I have also never seen this kind of damage before.

“It happened just before a heavy rain and thunderstorm. The ‘twister’ started moving a few kilometres ahead of me and caused a lot of damage and a traffic jam,” he said yesterday.

A Meteorological Department forecast officer said an intense thunderstorm could create very strong winds.

“There will be an up-and-down draft if there is a strong thunderstorm cell. There can be very strong winds when a thunderstorm is forming,” the officer said.

However, it was not a twister or tornado since it was small with low magnitude, the officer said.

His counterpart in George Town said that it was an isolated incident, reports FONG KEE SOON.

“Our radars in Butterworth and Bayan Lepas did not detect any unusual cloud formations or strong winds associated with cyclones over the last two days,” he said, adding that the department would study the video recording of the phenomenon to determine the causes.

Bernama reported that the gale damaged more than 50 houses, foodstalls and motor workshops in Jejawi, near Kangar. The van, belonging to a security firm, was at a workshop.

No one was reported injured in the 6pm incident, according to Perlis Welfare Committee chairman Mansor Jusoh.

Rohana Abdul Rahman, 52, said she was alone at home when she felt the house move.

“All of a sudden, the front door gave way and the roof blew off,” said Rohana, who lives with her husband and daughter Raja Raine Shasha Raja Shariman, 30, who works at Universiti Malaysia Perlis.

Mansor said the gale caused damage estimated at more than RM100,000 but the actual amount was expected to be known after a welfare department census.

He said a relief centre was opened last night but the victims preferred to stay with relatives.

He said Baitulmal Perlis and the Perlis Human Development Unit would help the victims repair their houses.

The Yayasan Pok dan Kassim provided RM100 and rice to each of the victims.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F10%2F30%2Fnation%2F7332113

20101029

Promosi Barangan terus dari China di Seremban


Menjual barangan terus dengan harga borong, murah dan berpatutan juga menyediakan maklumat dan pakej tentang memborong di China termasuk penyediaan

Kepada yang berminat sila hubungi 012-3535698 atau email terus ke rizahuddynmdithnan@yahoo.com di Seremban

Maklumat lanjut di blog http://rizal-baranganterusdarichina.blogspot.com/

Pakej Perkhemahan dan Rekreasi Kem Sri Pilah N.Sembilan

KEM SRI PILAH
No 70 Kg Sri Pilah, 72000 Kuala Pilah, N.Sembilan

Lokasi : Jalan antara Seri Menanti dan Senaling

Laman Blog http://kemsripilah.blogspot.com

HUBUNGI
Zulkarnain b. Taib 012-3150437
Norzarisah bt. Jamaludin 19-2364670

AKTIVITI

Perkhemahan
Menyediakan program perkhemahan kepada semua agensi seperti jabatan kerajaan, swasta, sekolah, org perseorangan dll.

Kursus/Motivasi
Menyediakan kemudahan untuk kursus dan program motivasi.

Hari Keluarga
Menyediakan kemudahan untuk hari keluarga bagi semua agensi seperti jabatan kerajaan,swasta,orang perseorangan dll.

Jungle Tracking
Bagi pengunjung yang berminat untuk mencuba aktiviti jungle tracking, kami menyediakan aktiviti tersebut yang terletak di kawasan hutan yang berhampiran.

Mengambil Madu Lebah
Pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana cara - cara mengambil madu lebah. Aktiviti ini akan dibuat secara pakej tertakluk kepada musim lebah.

Lawatan Ke Gua-Gua Batu (Eco Tourism)
Terdapat banyak gua - gua batu yang boleh dikunjungi oleh pengunjung dimana deruan airnya yang mengasyikkan boleh dinikmati di sini.

Pendakian Gunung
Bagi pengunjung yang berminat kepada aktiviti lasak boleh membuat pendakian. Biasanya pendaki akan di bawa naik ke Gunung Sri Pilah.

Bengkel Kereta dan Drag Race di Senawang

PUSMAN9 (Pusat Usahawan MARA Negeri Sembilan) ingin memperkenalkan sebuah syarikat Bengkel kereta milik penuh usahawan Melayu di Seremban yang melakukan pelbagai khidmat seperti berikut:

Syarikat juga sangat aktif dalam menyertai pelbagai drag race di sekitar Negeri Sembilan. Bolehlah datang ke kedai untuk tengok trofi2 yang ada.

MAG AUTO GARAGE
No: 76, JALAN TPS 4
Senawang Business Park
70450, Seremban, Negeri Sembilan

General Mechanical & Servicing
* Engine Conversion Upgrading
* Modification Of Engine & Parts
* New & Used Performance Parts

Cawangan :
Aboy Service Centre
6 Jalan 2/27 F, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur
Office (Seremban, Negeri Sembilan) : O6 - 6770002
Office (Wangsa Maju, Kuala Lumpur) : 03 - 41426654

Untuk sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi

ZAMANI : 019 - 3874976
HAFIS : 013 - 3958637
BOY : 019 - 3397400
email : mag_apprentice@yahoo.com
LAMAN BLOG MAG-AUTO Garage http://mag-auto.blogspot.com

Sumber http://pusman9.blogspot.com/2010/10/mag-auto-garage.html

20101028

Pelbagai Kursus Jangka Pendek MARA Rembau

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Jangka Pendek, kerjasama antara Pejabat MARA Daerah Rembau, GiatMARA Rembau dan Kolej Komuniti Masyarakat Rembau bolehlah menghubungi talian 06-685 1354 atau datang terus ke Pejabat MARA Daerah Rembau http://pmdrembau-v1.blogspot.com

Antara pilihan kursus yang disediakan seperti berikut :-

1. GiatMARA
Jahitan Manik (terhad kepada 15 peserta)
Sulaman Mesin atau Ayak (terhad kepada 6 peserta)

2. Kolej Komuniti Masyarakat
Simen Fero
Penternakan Ikan Keli
Masakan
Pelancongan
Jahitan
Pertanian / Agro
Automotif
Pelukis Pelan
Bakeri dan Pastri
Bahasa Inggeris
Landskap
Kimpalan
Keusahawanan
Komputer
Dandanan dan Solekan

Bayaran RM 5.00 - RM 20.00 mengikut pilihan kursus. Manakala tempat kursus akan ditentukan oleh tenaga pengajar

Maklumat lanjut di http://pmdrembau-v1.blogspot.com/2010/10/kursus-jangka-pendek.html

20101027

Piala Malaysia rancak kerana tiada pemain import, GO N9

Aku memang minat bola walaupun kaki bangku. Minat setakat sokong je. Dari bangku sekolah lagi kalau pasukan sekolah main sampai Pilah, sanggup bersama pasukan pergi sokong. Aku tak minat ke stadium, sebab tak suka bersesak. Kalau pergi stadium, masa game yang tak glamour. Jadi tengok TV jelah dengan anak-anak.

Of course kami anak beranak semua sokong Negeri Sembilan. Kalah Menang tetap sokong N.Sembilan.

Tahu tak sejak akhir-akhir ni semakin ramai penonton minat Piala Malaysia, sejak 2009. Dulu kalau perlawanan akhir banyak tiket tak terjual. Sekarang naik harga tiket pun orang tetap beli.

Nak tahu sebab apa sekarang ramai minat tengok bola ? Pada pandangan saya, ianya berpunca sejak FAM perkenalkan peraturan tiada lagi pemain import sejak 2009. Bila tiada pemain import, pemain tempatan semakin menyerlah di barisan serangan.

Jadi eloklah dikekalkan peraturan tiada pemain import. Player pun puas hati, mereka tak akan membanding-bandingkan gaji mereka dengan pemain import. Kalau tak player harap pemain import jelah untuk score sebab mereka dapat elaun lebih.

Kepada peminat Negeri Sembilan dan Kelantan, enjoy the game.

Ada juga jasa Khairy ni dalam bolasepak.

TIADA LAGI PEMAIN IMPORT
Oleh SAYED HESHAM IDRIS

KUALA LUMPUR – Dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negara, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan drastik apabila mengumumkan bahawa khidmat pemain import tidak lagi dibenarkan dalam saingan Liga Malaysia musim 2009.

Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu bertujuan untuk memberi lebih peluang kepada pemain tempatan beraksi dalam pasukan masing-masing.

Tambahnya, ketiadaan pemain import akan mempercepatkan lagi proses pembangunan bola sepak tempatan apabila lebih banyak peluang diberikan kepada pemain muda untuk beraksi.

‘‘Atas kepentingan pembangunan bola sepak untuk pemain muda, FAM memutuskan bahawa khidmat pemain import tidak lagi dibenarkan pada musim akan datang.

‘‘Kita berpendapat kehadiran pemain import tidak banyak memberi kesan positif kepada pembangunan bola sepak negara.

‘‘Bola sepak kita juga masih belum matang untuk kita menggunakan khidmat pemain import.

‘‘Untuk itu kita perlu kembali kepada asas bola sepak kita sendiri iaitu memberi peluang dan tumpuan hanya kepada pemain tempatan,’’ katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan FAM di sini, semalam.

Ini merupakan kali kedua FAM mengambil tindakan sedemikian selepas 1999 hingga 2001.

Namun pada 2002, FAM kembali membenarkan khidmat pemain import beraksi dalam saingan bola sepak tempatan.

Pemain import mula beraksi dalam liga bola sepak negara ini pada 1989 iaitu ketika era semi-pro, seterusnya liga profesional sepenuhnya pada 1994 sehinggalah Liga Super diperkenalkan pada 2004.

Berikutan keputusan tersebut, Khairy berkata, mana-mana pasukan yang mempunyai kontrak jangka panjang pemain import perlu menyelesaikan perjanjian supaya khidmat mereka ditamatkan sebelum bermula musim 2009.

‘‘Kita akan memantau kaedah penyelesaian yang akan digunakan untuk menangani isu berkaitan pemain import yang mempunyai kontrak jangka panjang,’’ katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy turut mengumumkan Liga Malaysia Musim 2009 akan bermula pada Januari hingga Oktober.

Beliau berkata, jumlah pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana juga akan ditambah daripada 13 kepada 14 pasukan.

‘‘Untuk musim depan, dua pasukan dari Liga Perdana iaitu Kuala Muda Naza dan KL PLUS akan beraksi dalam Liga Super manakala Sarawak turun ke Liga Perdana.

‘‘Kita juga memutuskan perlawanan Liga Super dilangsungkan pada setiap Rabu dan Ahad, manakala Liga Perdana pada Isnin dan Jumaat.

‘‘Ini bagi menarik kunjungan lebih ramai penonton kerana jika perlawanan diadakan pada Sabtu seperti sekarang, liga bola sepak kita bertembung dengan perlawanan Liga Perdana England atau aktiviti-aktiviti lain pada malam minggu,’’ katanya.

Kes anak derhaka meningkat, Melayu menuju kehancuran

Semalam kes anak nak campak ibu dari rumah pangsa di Cheras. Hari ni akhbar melaporkan anak tumbuk ibu sampai koma di Kemaman, anak ugut bakar rumah ibu di Ampang, isteri dibelasah suami dah 18 tahun di Ipoh. Apa nak jadi dengan masyarakat kita? Adakah ini Bala Gejala Sosial? Kita sentiasa dimomokkan dengan pembangunan fizikal, tetapi pembangunan mental dan spiritual sering dikesampingkan.

Semua pihak, semua parti politik, semua individu harus menumpukan pembangunan mental dan spiritual ketika ini yang semakin parah.

Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi. Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Analisis kes sakit mental di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Tumbuk ibu sampai koma
Harian Metro 27 Okt 2010

KEMAMAN: Akibat berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, seorang lelaki sanggup menumbuk muka ibunya itu sehingga terjatuh dan koma.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin, ibu malang itu yang juga seorang suri rumah mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, akibat kesan tumbukan itu, mangsa mengalami patah tulang kening manakala hidung dan mulutnya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) oleh seorang anak saudaranya yang melihat kejadian itu.

“Bagaimanapun wanita berusia 49 tahun itu dikatakan koma ketika dalam perjalanan ke HK dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, mangsa mula sedar pada awal petang semalam dan menunjukkan tanda pulih.

Abdullah berkata, pemeriksaan imbasan yang dilakukan terhadap wanita berkenaan di HTAA bagaimanapun menunjukkan tidak berlaku sebarang pendarahan dalam otak dan dia dirujuk semula ke HK untuk rawatan lanjut.

“Susulan itu polis menahan reman seorang lelaki yang juga anak ketiga mangsa berumur 25 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian itu suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sementara ibunya sedang mengemas rumah.

Abdullah berkata, suspek dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada 6 November depan dan inginkan kepastian daripada ibunya mengenai perkembangan persiapan perkahwinan seperti kelengkapan pelamin, barangan hantaran dan jamuan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tumbukibusampaikoma/Article/index_html

Ugut bunuh, bakar rumah emak
Harian Metro 27 Okt 2010

AMPANG: Seorang anak sanggup mengugut mahu membunuh dan membakar rumah didiami ibunya hanya semata-mata mahu rumah itu yang terletak di Kuala Ampang, di sini dijual.

Akibat perbuatan anak derhaka terbabit, ibu malang berkenaan yang baru bersara daripada perkhidmatan kerajaan melarikan dan menumpang di rumah saudara kerana khuatir anak kandungnya itu akan bertindak di luar dugaan.

Malah, anaknya yang bekerja sebagai pegawai di sebuah bank itu sanggup menakut-nakutkan ibunya apabila membawa sebatang besi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya yang enggan menjual rumah itu.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, ketika mangsa berada di rumahnya sebelum didatangi anak lelakinya itu yang berusia lingkungan 30-an.

“Dalam keadaan marah, anaknya mengamuk dengan menyepak perkakas rumah dan turut mengugut akan membunuh ibunya itu jika enggan menjual rumah dan memberikan wang yang diperolehi kepadanya. “Bagaimanapun, si ibu cuba mententeramkan keadaan dan menerangkan kepada anaknya itu yang dia kini dalam proses untuk menjual rumah berkenaan dan memintanya bersabar,” katanya.

Menurutnya, mangsa turut memberitahu akan mendapat hak sewajarnya selepas segala urusan jual beli rumah selesai kelak.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahanan suspek.

“Lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ugutbunuh_bakarrumahemak/Article/index_html

18 tahun dibelasah suami
Harian Metro 27 Okt 2010

IPOH: “Saya tak pernah kenal erti kebahagiaan sejak berkahwin dengannya lebih 18 tahun lalu. Sudah kering air mata mengenangkan nasib diri kerana syurga rumah tangga diimpikan pada awal perkahwinan bertukar menjadi igauan ngeri,” kata seorang suri rumah, Salina, 39, yang mendakwa didera suaminya secara fizikal dan mental sejak 18 tahun lalu.

Ibu kepada tiga anak perempuan berusia lima, 16 dan 18 tahun itu akhirnya nekad membuka mulut kelmarin selepas tidak sanggup lagi menanggung sengsara diperlakukan seperti ‘beg pasir’ oleh suaminya yang berusia 40 tahun.


“Saya dilayan seperti hamba oleh suami. Malah, nasib saya juga seperti digantung tidak bertali sejak lima tahun lalu apabila terpaksa mengerah kudrat dan menebalkan muka bekerja di kilang dan kedai makan bagi menyara perbelanjaan harian dan anak-anak kerana suami tidak lagi memberi nafkah.

“Sikap buruknya tak berubah. Dia hanya pulang ke rumah seminggu sekali dan setiap kali pulang, meminta wang daripada saya. “Jika tidak diberi, dia pukul saya malah dia juga pernah beberapa kali menghalau saya keluar dari rumah tapi disebabkan tiada tempat dituju dan memikirkan nasib anak, saya pulang semula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Pengkalan, dekat sini, kelmarin.

Salina berkata, dalam kejadian terbaru minggu lalu, suaminya bertindak ganas memukul kepalanya dengan kerusi sehingga dia terpaksa melarikan diri ke rumah anak sulung tidak jauh dari rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh.

Salina yang cedera di kepala dan menerima rawatan pesakit luar di sebuah hospital berkata, sebelum ini dia tidak berani melaporkan kejadian dia didera kepada polis kerana takutkan suami yang juga bekas askar tetapi dibuang kerja atas kesalahan disiplin pada 2002.

“Tidak lama selepas berkahwin dengan saya, suami bernikah seorang lagi tapi isteri keduanya diceraikan tidak lama kemudian kerana perkahwinannya tidak mendapat persetujuan saya. “Dia kemudian berkahwin sekali lagi tapi bercerai kerana isteri ketiganya kerana menerima nasib sama seperti saya tetapi dia berkahwin kali keempat pada 2008,” katanya.

“Saya pernah beberapa kali minta cerai tapi dia enggan melepaskan saya. Saya berharap ada pihak sudi membantu menguruskan proses perceraian saya dan kini saya hanya bergantung hidup atas bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/18tahundibelasahsuami/Article/index_html

20101025

Bersama Cegah Jenayah


Sesiapa yang ada maklumat kumpulan samun yang sedang mengganas di Senawang ini harap hubungi pihak polis

Samun kedai buah
Sinar Harian 25 Okt 2010

SEREMBAN – Empat penjenayah berjaya melarikan diri selepas merompak sebuah kedai buah-buahan di Taman Tasik Jaya, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, keempat perompak berumur lingkungan 18 hingga 19 tahun itu turut menetak seorang pekerja di kedai terbabit, sebelum mengambil wang hasil jualan.

Dua daripada perompak itu bagaimanapun meninggalkan sebuah motosikal yang dinaiki mereka dan terus melarikan diri di kawasan gaung berdekatan sebaik saja menyedari kehadiran polis.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8330884.asp

Kedai Bundle di Senawang kena samun

Penyamun tetak kepala pekerja kedai
Harian Metro 25 Okt 2010

SEREMBAN: “Keempat-empat remaja itu dilihat melepak di kedai pakaian terpakai (bundle) berdekatan sebelum mereka merompak kedai mangsa dengan bersenjatakan parang beberapa minit kemudian,” katanya seorang saksi kejadian yang enggan dikenali.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, seorang pekerja sebuah kedai buah berusia 30-an parah ditetak di kepala oleh sekumpulan penjenayah dalam kejadian rompakan di Taman Tasik Jaya, Senawang, di sini.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan empat remaja berusia antara 18 hingga 19 tahun yang melarikan wang perniagaan premis berkenaan sejurus seorang daripada mereka menetak mangsa.

Menurut saksi kejadian itu, mangsa ditetak selepas dikatakan enggan mengikut arahan suspek dan dia yang terkejut segera menghubungi polis.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyamuntetakkepalapekerjakedai/Article/index_html

Konvoi Anak Muda Rembau ke Penang 5 ke 7 Nov 2010


KONVOI ANAK MUDA REFORMASI
Dari Rembau ke Permatang Pauh
5 hingga 7 November 2010 (Jumaat-Ahad)

Anjuran :
SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia)
Yayasan AMAN
United Sharks Bikers 250 Malaysia
bersama
Belia Senawang, DACS ARC, AMK Rembau dan AMK Permatang Pauh

Pertanyaan hubungi Yaser 012-6794704

Sumber http://chegubard.blogspot.com/

Kelas Agama Khas Cuti Sekolah 22 Nov ke 24 Dis Seremban

KELAS AGAMA CUTI SEKOLAH
Kelas Pengajian Agama Harian Khas
Peserta : Anak-anak tahap II Sekolah Rendah (lelaki dan perempuan)
Tarikh : 22 Nov ke 24 Dis 2010 (25 hari belajar )
Hari : Isnin hingga Khamis
Masa : 8 pg ke 5 ptg , hari Jumaat, 8 pg ke 12 tgh.
Tempat : Surau Al-Hidayah, Bandar Warisan Puteri, Seremban

Tenaga pengajar : 6 orang guru agama dan seorang guru pakar Bahasa Inggeris

PENGISIAN :
Bacaan dan hafazan Quran
Amali Solat
Latihan Imam Kecil
Latihan Puasa Sunnat Isnin dan Khamis
Syarahan dan Kuliah Agama

Yuran RM150 sahaja ( tidak termasuk makan minum ).
Penyertaan terhad 30 orang
Tarikh tutup ialah pada 15 November 2010
Sebarang pertanyaan hubungi : Ust Hj. Kamal 017-6150169

Anjuran : Biro Pendidikan dan Dakwah, Surau Al-Hidayah, Bandar Warisan Puteri

Maklumat lanjut di http://surau-alhidayah-bwp.blogspot.com/2010/09/kelas-pengajian-agama-harian-sempena.html

20101024

Marah betul Cina Malaysia ni pada orang Melayu, bedebah

Marah betul orang Cina bernama Lim ni pada orang Melayu di Malaysia ni. Lebih-lebih lagi kepada orang Melayu di Negeri Sembilan. Ayuh, bangkit orang Melayu semua, orang Cina bernama Lim ni telah mencabar dan marah pada orang Melayu. Jangan berdiam diri sahaja, kalau betul kita orang Melayu anak jantan atau anak betina, bangkit.

Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Baca sendiri kisah orang Cina yang bernama Lim ni yang marah dan kecewa sangat pada orang Melayu sejak berpuluh tahun dulu pada Blog sahabat saya Ustaz Abdul Halim bin Abdullah , Naib Presiden ISAM pada pautan berikut http://inijalanku.wordpress.com/2010/10/24/kisah-benar-aku-lim-islam/#more-3359

Tahniah Ustaz Abdul Halim, satu penulisan yang membuatkan kita merenung jauh, ke mana nasib anak bangsa kita. Adakah orang Cina akan mengambil alih tugas dan amanah yang berat ini ?

Nasib seorang Melayu bernama Ibrahim di Rembau



Kerajaan harus mengkaji semula system pemulihan projek perumahan terbengkalai. Memulihkan rumah yang sudah berpuluh tahun terbengkalai tidak semestinya diutamakan. Ini terbukti kalau sesiapa pergi ke pekan Senawang ada satu perumahan yang baru dipulihkan iaitu Taman Senawang Jaya Fasa 1 C yang telah terbengkalai sejak tahun 1983, lebih 25 tahun terbengkalai. Apabila telah siap dipulihkan, sekarang bila kita lalu banyak rumah ini tiada berpenghuni, penuh dengan semak samun setinggi bumbung rumah.

Mungkinkah ramai pembeli asal sudah meninggal dunia ? Justeru itu sukar untuk menentukan siapa waris yang layak ? Atau pembeli asal sudah membeli rumah lain ?

Ingat lagi kisah Ibrahim yang saya tulis pada tahun 2008 di sini http://waghih.blogspot.com/2008/05/pembeli-rumah-di-parlimen-rembau-tiada.html
? Dia adalah antara beberapa pembeli rumah yang masih terbengkalai di Projek Perumahan Desa Indah, Lubuk China, Rembau.

Impiannya untuk memiliki rumah sendiri masih belum tercapai. Mungkin dia perlu tunggu lagi 20 tahun , supaya projek perumahan tersebut dapat dipulihkan. Adakah beliau masih hidup lagi 20 tahun akan datang.

Nasib Ibrahim, seorang Melayu hanyalah secebis kecil sahaja daripada ribuan, mungkin puluhan ribuan lain yang masih terbelenggu dengan masalah rumah terbengkalai.

Kepada yang dah ada rumah sendiri tu, bersyukurlah banyak-banyak. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Walaupun ianya hanya sebuah rumah pangsa, apartment, flat, teres setingkat, teres dua tingkat, semi D, apatah lagi bangle atau mahligai.

Mereka yang baru balik dari PWTC tu, tengok-tengoklah, cari-carilah orang seperti Ibrahim ini.

Lagi lemas di Port Dickson 22 Okt 2010

Ajal maut kita semua telah ditentukan secara tepat sejak kita dilahirkan. Bagaiamanapun sebagai insan kita harus sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Pantai Port Dickson , walaupun ianya secara mata kasarnya tidak sebahaya pantai di Kelantan dan Terengganu, namun ianya adalah berbahaya mengikut tempat dan keadaan. Antara risikonya ialah Tsunami kecil, tiba-tiba bergelora, kawasan pasir jerlus, batu karang, kawasan air pusar, kawasan pasir yang disedut untuk aktiviti pembangunan, buaya, ular dan sebagainya.

Disebabkan kita di Malaysia ini tidak peka dengan perkara begini, tiada statistik berapa ramai dah mati lemas seluruh Malaysia, berapa ramai dah mati kena panahan petir, berpa ramai lemas di kolam renang dan sebagainya maka yang penting ialah kita berusaha dan bertawakal.

Mungkin sekarang ini Jabatan Perangkaan dan SPR hanya sibuk dengan statistik pendapatan isu rumah, berapa ramai yang keluar mengundi, berapa ramai belum mengundi agaknya ?

Buatlah persiapan yang terbaik selepas mati. Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal selama-lamanya.

*****************************
Pemancing lemas air laut bergelora
Harian Metro 24 Okt 2010

PORT DICKSON: Memilukan apabila seorang lelaki yang memancing dan menjala ikan di pantai Telok Pelandok, Batu 10, di sini, ditemui lemas kerana dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri apabila air laut bergelora, kelmarin.

Mayat mangsa dikenali sebagai Mohd Azhari Tahari, 41, ditemui anggota Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat di sekitar Pulau Judi, Batu 12, kira-kira jam 7 malam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, mangsa sebelum itu dikatakan memancing dan menjala ikan bersama empat rakannya di kawasan pantai berkenaan.

“Hasil siasatan awal polis mendapati keadaan bertukar kecoh apabila mereka menyedari laut tiba-tiba bergelora, menyebabkan mereka segera menyelamatkan diri menuju ke tepi pantai, namun terkejut mendapati mangsa hilang,” katanya di sini, semalam.

Menurut Baljeet, selepas usaha mencari mangsa gagal membuahkan hasil, mereka menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di Pulau Judi dan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

“Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan mayatnya dituntut ahli keluarga,” katanya.

Berikutan kejadian itu, sebagai langkah keselamatan, Baljeet menasihatkan orang ramai supaya tidak mandi atau melakukan aktiviti pantai di luar kawasan umum atau yang diwartakan selamat.

“Ini kerana tidak semua pesisiran pantai Port Dickson sesuai untuk sebarang aktiviti dan ia turut mengundang bahaya kepada orang awam,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemancinglemasairlautbergelora/Article/index_html

Berita Harian 23 Feb 2010
PORT DICKSON: Pembangunan pesat dan sejarah aktiviti menyedut pasir suatu ketika dulu di sebahagian kawasan pantai di daerah ini menyebabkan wujudnya tebing tinggi yang didakwa menjadi punca kebanyakan kejadian lemas.

New Straits Times 4 Oct 2010
PORT DICKSON: A father jumped into a swimming pool to retrieve the body of a child who drowned at a resort here on Saturday, not realising that it was his own son. Norain Mohd Rahim, 38, jumped into the 1.5m-deep pool at the Bougainvilla Resort in Telok Kemang here when he heard someone shouting that there was a body in it.

Sinar Harian 17 Feb 2010
PORT DICKSON – Belum pun reda kesedihan tiga keluarga apabila salah se-orang daripadanya mati lemas ketika berkelah di pantai Port Dickson seperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam, sekali lagi pantai Port Dickson dikejutkan dengan penemuan mayat remaja lemas.

Utusan Malaysia 15 Feb.2010
PORT DICKSON - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi bersama lima saudaranya di Pantai Batu 1 di sini, semalam, ditemui lemas awal pagi tadi.

MStar Januari 31, 2010
PORT DICKSON: Seorang pemuda ditemui mati lemas di Pantai Batu 8, dekat sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Mazlan Othman berkata, mayat Siow Hon Peng, 33, dari Taman Rasah Jaya, Seremban ditemui orang ramai terdampar di tepi pantai itu pada kira-kira pukul 7.40 pagi.

Bernama 22 Jul 2007
PORT DICKSON, 22 Julai (Bernama) — Kejohanan Triathlon Antarabangsa 2007 Port Dickson (PDIT) yang berlangsung di sini hari ini mencatat sejarah hitam dalam sukan tanah air apabila seorang atlet dari Malaysia mati lemas pada cabaran pertama acara itu, pada pukul 10 pagi ini.

Utusan Malaysia 13 Jun 2005
PORT DICKSON 12 Jun - Kegembiraan sebuah keluarga dari Batu Pahat, Johor yang menghabiskan cuti sekolah berakhir dengan tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka mati lemas di kolam renang sebuah hotel di sini, semalam.

PORT DICKSON, Tues. - A family outing ended in tragedy when a 24- year-old man drowned while swimming with a new friend at Km7.2 Jalan Pantai yesterday.
While Muhammad Kadis Untung Kadir's body was recovered four hours after the incident at 9pm, a search involving seven frogmen from the Fire and Rescue Department is still under way for his missing friend whose identity is not known.
http://www.encyclopedia.com/doc/1P1-82624421.html

SEREMBAN: A 6-year-old boy was found drowned at a swimming pool in a Port Dickson resort near here on Friday. G. Adiland's body was found floating by hotel guests who alerted police of the 7pm
http://www.encyclopedia.com/doc/1P1-163562839.html

KUALA LUMPUR, Wed. - Seven-year-old Radin Najme Radin Shamsul Kamar, who
drowned in a swimming pool in Port Dickson yesterday, was an intelligent
and mature boy.
http://www.highbeam.com/doc/1P1-106446463.html

Adakah Masjid Bongek nak diroboh buat jalan ?


Masjid Kg Bongek terletak di Rembau, di tepi jalan utama Seremban-Tampin. Kalau kita lalu Masjid Bongek sekarang ini kita akan lihat dari pekan Chengkau hinggalah sebelum Masjid Bongek tanah di tepi jalan utama sudah diratakan, beberapa rumah sudah dirobohkan, ada antaranya yang baru dibina. Ini adalah sebahagian daripada projek landasan keretapi berkembar.

Setakat yang saya lalu semalam 23 Oktober 2010, pagar dan tembok Masjid Bongek masih utuh, tetapi tanah-tanah untuk pelebaran jalan sudah sampai ke sempadan Masjid Bongek.

Adakah Masjid Bongek akan dirobohkan ? Kalau benar, sedih juga rasanya, kerana banyak sejarah tercatat di masjid ini. Sedih juga, kerana banyak rumah ibadah lain di Negeri Sembilan ini , terutamanya di Seremban yang terlibat dalam projek pelebaran jalan Seremban-Tampin, projek linkaran tengah Seremban tidak jadi dirobohkan kerana mendapat bantahan dan tentangan hebat penganut agama rumah ibadah tersebut.

Mungkin umat Islam tidak ada rasa cinta pada masjid, masjid lama di N.Sembilan ini yang banyak seni bina unik pun tidak dipelihara, kuliah-kuliah pun yang datang boleh dibilang dengan jari, sebab itu mereka tidak ada perasaan untuk mempertahankan mana-mana masjid atau surau yang akan dirobohkan atas nama pembangunan.

Kita bukan menghalang pembangunan, kita minta hanya dialihkan pembangunan ini ke tepi sedikit jika ianya melibatkan rumah ibadah, apatah lagi masjid. Takkanlah kita nak penganut agama berbaring di jalan raya untuk menghalang perobohan masjid ?

Entahlah, bukan salah pembangunan, salah umat Islam sendiri yang tak kisah.

20101022

Tawaran Ibadah Korban Istimewa YAMNS 1431H

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Program Ibadan Korban sempena Hari Raya Idil Adha 1431H.

Ibadah korban ini akan dikhususkan di kawasan penempatan, taman perumahan, projek perumahan rakyat, rumah pangsa di mana terdapat lebih ramai penduduk-penduduk di kawasan ini yang kurang berkemampuan sekitar Seremban dan Negeri Sembilan.

Daging korban ini akan diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Tawaran untuk 1 bahagian lembu ialah RM350 dan untuk 1 bahagian kambing ialah RM450.

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat dialu-alukan.

Untuk penyertaan dan pertanyaan sila hubungi :
Sufian 013-3589328 xupmxutm@yahoo.com
Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com

Motivasi Remaja 20 Nov ke 5 Dis 2010 di Rembau

PROGRAM “DIARI KEHIDUPAN MUSLIM”
Tarikh : 20 Nov - 5 Dis 2010 (dua minggu, Sabtu-Ahad)
Tempat : Madrasah Islamiah Haji Ibrahim , Kg Bongek, Rembau, N.Sembilan
Peserta : 12 - 20 tahun, lelaki sahaja
Yuran : RM 200 sahaja ( termasuk, tempat tinggal bahan pembelajaran dan tenaga pengajar)
Terhad kepada 40 orang sahaja (yang daftar awal diutamakan)
Hubungi : Ustaz Mohd Khairuddin b Yusoff , 012-3752240

APA YANG MENARIK ?
Madrasah Islamiah Haji Ibrahim, Bongek http://madrasahbongek.blogspot.com terletak berhampiran jalan utama Seremban – Tampin dalam suasana kampung yang tenang dan menyegarkan.

OBJEKTIF PROGRAM :
- Memberi motivasi kepada pelajar untuk melakukan ibadah dengan sempurna
- Mendedahkan kepada pelajar syarat kecemerlangan berteraskan ibadah
- Menanamkan benih kecintaan kepada Allah, Rasul, Ibu bapa dan kecemerlangan
- Mewujudkan rasa tanggungjawab di dalam diri pelajar

Syazwani Boutique Online dari Senawang

SYAZWANI BOUTIQUE SENAWANG
Blog : http://srcantik.blogspot.com
E-mail : srcantik@gmail.com
Tel : 019-9106420
Koleksi Royal Muslimah, Solah
Koleksi Royal Abaya, Aksesori, Fabric
Syazwani Chocolate Cheese Cake
Beauty and Health

20101021

Karnival Usahawan dan ICT N.Sembilan 6 ke 7 Nov 2010


KARNIVAL USAHAWAN DAN ICT
MSC – GPMS NEGERI SEMBILAN
6 & 7 Nov 2010 (Sabtu & Ahad)
Di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah
Maklumat lanjut di http://karnival-gpmsns.blogspot.com/

Acara Menarik :
Pameran dan Jualan IKS
Forum Perdana Ehwal Islam
Bengkel Usahawan
Pertandingan Mewarna
ICT Speed Wall Climbing
GPS Hunt Challenge
Virus Target Shooting

20101020

Pelawaan Sertai Kadet Sukarelawan Dakwah N.Sembilan

Kadet Sukarelawan Dakwah akan diwujudkan untuk membantu kerja-kerja dakwah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan. Beberapa kategori akan diwujudkan bagi membuka peluang kepada orang ramai ataupun individu yang berminat untuk mencurah tenaga bakti mereka melalui gerakerja sukarela.

Gerakerja Sukarela yang dimaksudkan ialah aktiviti rakan kerja sukarela dengan beberapa institusi yang memerlukan khidmat bakti daripada tenaga sukarelawan. Di antara institusi yang memerlukan sumbangan bakti ialah Pengurusan Saudara Baru, Gerakerja Dakwah Untuk Masyarakat Belum Islam, Hospital, Rumah-rumah kebajikan dan perlindungan sama ada yang dimiliki oleh kerajaan mahupun swasta.

Kadet Sukarelawan Dakwah akan dibekalkan dengan latihan-latihan kemahiran, pertolongan cemas, mencegah kebakaran, latihan kawad kaki, kemahiran pengurusan jenazah, latihan komunikasi walkie talkie, kerja-kerja berunsur kebudayaan seperti nasyid, marhaban, berzanji, kumpulan kompang dan sebagainya.

Untuk permulaan ini, kita akan mempromosikan Penubuhan Pasukan Kadet Sukarelawan Dakwah bagi beberapa kategori. Di antara kategorinya ialah Kategori Kadet Sukarelawan Dakwah (KSD) Sepenuh Masa, KDS ( Separa Masa ) dan KDS ( Sahabat ).

Bagi mereka yang berminat untuk melibatkan diri dalam KDS diharapkan dapat menghantar Maklumat Peribadi seperti Nama, alamat dan no telefon ke email yksnegerisembilan@gmail.com

Maklumat lanjut di http://yksnegerisembilan.blogspot.com/2010/09/kadet-sukarelawan-dakwah.html

Tawaran Sertai Ibadah Korban DUN Paroi 1431H

PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1431H
Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan

Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk menyertai ibadah korban

Maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942 atau e-mel mtdparoi@yahoo.com

1 Bahagian RM 350.00 (Lembu)

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

20101019

Reformasikan Adat Perpatih di Negeri Sembilan

Artikel dari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan http://www2.ns.gov.my
Apabila kaum perempuan meninggalkan kampung, maka tanah akan terbiar dan sistem kekeluargaan atau kekerabatan yang menjadi ikatan yang kukuh dalam masyarakat tani Negeri Sembilan menjadi longgar dan terungkai. Daripada faktor-faktor di atas, dapatlah kita merumuskan bahawa perubahan zaman telah menuntut perubahan kepada adat tradisi agar ianya seiring dengan keperluan semasa.

ADAT PERPATIH SEMAKIN TERPINGGIR
Posted on October 9, 2010 by multimedia

Adat perpatih adalah tulang belakang tradisi masyarakat dan budaya adat di Negeri Sembilan. Ianya diamalkan semenjak turun-temurun dari lapisan generasi terdahulu, bak kata pepatah tak luput dek hujan tak lekang dek panas. Adat ini banyak memberi keistimewaan kepada kaum perempuan, terutama dalam masalah nasab dan pembahagian harta. Mentaliti masyarakat luar selalunya pesimis (kecewa) kepada adat perpatih kerana ianya digambarkan secara negatif, seolah-olah kaum lelaki tidak berkuasa ke atas harta-benda di bumi Minangkabau tersebut. Sepatutnya mereka mengkaji dahulu apakah sangkaan ini benar, bak kata adat: kata adat banyak kiasan, ditunjuk dia tetapi bukan, bergulung pendek, panjang terentang, tak faham kalau tak direnungkan.

Setelah beberapa kurun adat perpatih ini diamalkan di Negeri Sembilan, zaman mutakhir ini kita dapati ianya semakin dilupakan terutama generasi baru yang lahir di sekitar tahun 60-an ke atas. Rata-rata anak watan Negeri Sembilan tidak memahami adat perpatih, mereka hanya tahu menyebut nama sahaja tetapi inti pati dan pengajarannya tidak diketahui secara mendalam.

Seorang tokoh veteran Adat Perpatih, Datuk Seri Utama Abdul Samad Idris menyatakan di dalam artikelnya yang bertajuk “Sejarah Adat Merentas Zaman” bahawa sebahagian besar rakyat Negeri Sembilan tidak mendalami adat perpatih, apatah lagi anak-anak muda yang lama merantau sehingga melupakan asal-usul adat warisan. Malahan pemuka-pemuka adat sendiri ramai yang tidak mengetahui secara mendalam susur galur adat perpatih, teras adat serta sistem adat perpatih yang tiga iaitu adat yang sebenar adat, adat yang beradat dan adat yang diadatkan.

Profesor Madya Norhalim Ibrahim membuat kesimpulan bahawa kaum perempuan Negeri Sembilan tidak lagi menjaga dan mengambil berat kepada rumah pusaka dan sawah padi yang menjadi tonggak kekuatan adat perpatih. Ini kerana mereka telah berhijrah ke bandar-bandar atau ke negeri lain untuk bekerja di sektor kerajaan atau swasta.

Apabila kaum perempuan meninggalkan kampung, maka tanah akan terbiar dan sistem kekeluargaan atau kekerabatan yang menjadi ikatan yang kukuh dalam masyarakat tani Negeri Sembilan menjadi longgar dan terungkai.

Menurut beliau, pembahagian harta mengikut nasab ibu telah diamalkan oleh penduduk watan Negeri Sembilan sejak 600 tahun lalu sebelum kedatangan orang Minangkabau Sumatera. Dengan itu adat yang mempunyai adat persamaan ini mudah diterima oleh penduduk tempatan.

Di antara sebab-sebab musnahnya tulang belakang adat perpatih di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu :

Pertama, lesunya aktiviti pertanian, khususnya sawah padi di Negeri Sembilan. Tanah adat yang dipegang milik oleh kaum perempuan selain tidak dikerjakan telah menjadi kering-kontang disebabkan oleh aktiviti pembalakan, pembinaan lebuh raya,serta perparitan yang tidak sempurna dan penanaman kelapa sawit sebagai gantian kepada padi yang begitu meluas. Penanaman kelapa sawit yang memenuhi sebahagian besar tanah-tanah sawah di Negeri Sembilan telah menjadi penyumbang utama kepada kepupusan adat perpatih.

Kedua, pertumbuhan sektor perusahaan yang pesat menarik penduduk watan merebut peluang meninggikan taraf hidup. Penerimaan kemudahan asas seperti jalan raya,paip air, kesihatan dan pendidikan mengubah pola ekonomi dan organisasi sosial serta nilai budaya masyarakat. Peluang pekerjaan di bandar menarik para belia bekerja makan gaji.

Ketiga, pola penggunaan yang mengutamakan pendapatan tunai bagi memenuhi keperluan dan kemudahan hidup menjadikan masyarakat desa keluar mencari pekerjaan.

Keempat, amalan demokrasi moden dalam pemilihan pemimpin atau ketua dalam perundangan dan pentadbiran birokratik telah mencabar sistem politik tradisi Negeri Sembilan yang bersandar kepada “bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.” Peranan buapak dan datuk lembaga menjadi tidak penting dengan adanya ketua kampung, penghulu, pegawai daerah dan wakil rakyat.

Kelima, pendidikan kini telah menjadi harta pusaka yang baru bagi masyarakat adat perpatih selain daripada sawah dan rumah pusaka. Kejayaan individu dalam bidang pendidikan dan bidang pekerjaan yang diperoleh menjadi kebanggaan bersama ahli keluarga. Dengan ini pendidikan diutamakan walaupun mengorbankan dan menjual harta pusaka yang ada.

Keenam, perubahan nilai yang terserap dalam masyarakat adat sehingga membelakangkan nilai-nilai budaya yang diamalkan turun-temurun. Hal ini berlaku kerana terikut-ikut dengan budaya barat yang diperlihatkan melalui televisyen, radio, Internet, majalah, akhbar dan bahan media massa yang lain.

Ketujuh, sebahagian daripada sistem adat perpatih menyulitkan masyarakat seperti kahwin suku, menurut adat sesiapa yang berkahwin dengan seseorang yang sama suku akan dikenakan denda seekor kerbau. Ini juga menyebabkan generasi muda mencari jalan mudah dengan membelakangi sistem adat ini.

Kelapan, pembukaan tanah-tanah pertanian baru oleh Felda menyebabkan kemasukan orang-orang luar ke Negeri Sembilan. Dengan kemasukan orang luar yang terlalu ramai yang mengamalkan Adat Temenggung atau lainnya, telah menyebabkan Adat Perpatih bercampur aduk dengan Adat Temenggung atau adat-adat lain yang menyebabkan ianya dilupakan sedikit demi sedikit.

Kesembilan, para ibu bapa yang tidak mengambil berat untuk menurunkan ajaran adat perpatih kepada anak-anak menyebabkan generasi baru tidak minat untuk mendalaminya apatah lagi untuk mengamalkannya. Sebahagian masyarakat hanya mengamalkan adat ketika upacara perkahwinan sahaja.

Kesepuluh, kebanyakan peraturan adat perpatih dalam bentuk perbilangan dan bersifat lisan, juga memberi kesan kepada kepupusannya kerana pengajarannya apabila berpindah dari satu generasi kepada satu generasi ianya mudah terdedah kepada tokok-tambah atau semakin berkurangan.

Kesebelas, pendapat sebahagian alim ulama yang menyatakan terdapat percanggahan di antara syariat dengan sebahagian dari adat perpatih seperti pembahagian harta pusaka benar yang dikhususkan kepada anak perempuan sahaja. Di dalam syariat Islam, istilah pusaka benar tidak wujud di dalam ajarannya.

Tetapi di dalam masalah harta pencarian suami, ianya adalah sesuai dengan Islam. Prof. Madya Dr. Nadzan Haron di dalam kertas kerjanya Pelaksanaan Peraturan Adat dalam Sistem Adat Pentadbiran Tanah, beliau membicarakan tentang tanah pusaka, tanah carian bujang dan tanah carian suami isteri. Penjelasan ini amat penting untuk menghilangkan kekeliruan kepada jejaka luar adat perpatih yang ingin menyemenda atau berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan.

Harta hak milik terbahagi kepada dua jenis, pertama, harta pusaka benar dan keduanya ialah harta carian. Tanah pusaka benar memang jelas iaitu tanah yang diwarisi oleh kaum perempuan dalam sesuatu suku, tanah pusaka benar ini tidak dibenarkan dijual atau digadai tanpa syarat-syarat tertentu.

Manakala dalam konsep hak milik harta carian bujang atau carian sendiri, ia adalah hak milik bebas yang membolehkan individu yang memiliki harta itu bebas melakukan apa jua bentuk urusan dagang. Mengenai harta carian suami isteri pula sebarang bentuk transaksi atau jual beli hendaklah mandapat persetujuan bersama. Sekiranya berlaku perceraian atau pertikaian ke atas harta carian suami isteri, biasanya ianya diselesaikan mengikut hukum Islam.

Dalam masalah harta carian suami isteri ini, hukum adat menyatakan carian bahagi, dapatan tinggal, bawaan kembali. Ianya bererti, harta yang dicari semasa hidup akan dibahagi sama rata jika ditakdirkan berpisah. Adapun harta dapatan iaitu harta yang didapati dari pusaka akan ditinggalkan kepada pewaris asal. Manakala harta bawaan iaitu harta yang dibawa dan didapati sebelum perkahwinan akan diambil oleh yang empunya harta tersebut.

Dengan ini tiada sebab orang luar untuk merasa takut atau bimbang kepada harta mereka, sama ada dicari semasa bujang atau selepas berkahwin dibolot oleh isteri dan balik sehelai sepinggang apabila ditakdirkan berlaku perceraian. Si isteri hanya mengambil haknya sahaja dan menyerahkan semula semua hak suami.

Daripada faktor-faktor di atas, dapatlah kita merumuskan bahawa perubahan zaman telah menuntut perubahan kepada adat tradisi agar ianya seiring dengan keperluan semasa.

Sumber : http://www2.ns.gov.my/adat_perpatih/?p=53

20101018

Program Angkasawan Malaysia perlu diteruskan, sebab murah


Mungkin ramai yang tidak setuju dan merasa pelik, kenapa Malaysia perlu meneruskan program menghantar angkasawan ke angkasa lepas. Ianya penting untuk memajukan industri angkasa lepas dan aero angkasa negara ini. Saya dimaklumkan terdapat alternatif lain di mana kos misi ini hanyalah di antara 0.5% hingga 1% daripada misi ISS.

Kalau program ISS mungkin memerlukan RM 100 Juta untuk menghantar angkasawan kedua negara ke angkasa lepas, alternatif lain hanya memerlukan antara RM 0.5 juta ke RM 1 juta sahaja.

Adakah kenyataan ini main-main ? Tidak. Sila cari sendiri bagaimana kita boleh menghantar angkasawan dengan cara yang murah. Kalau tak tahu, tanya mereka yang berkecimpung di bidang aero angkasa, atau sila buat search di internet , kata kuncinya ialah Virgin Galactic.


Harian Metro 18 Okt 2010
Program Angkasawan Kedua Negara tangguh

KUCHING: Program Angkasawan Kedua Negara terpaksa ditangguhkan kerana tumpuan utama peruntukan kewangan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) adalah untuk 12 projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang sedang dilaksanakan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, peruntukan spesifik tidak diberikan untuk program terbabit dalam RMK10, namun ia tetap diteruskan sebaik kerajaan berpuas hati dengan pencapaian semua sasaran di bawah NKRA.

“Kini fokus kerajaan untuk memastikan kejayaan NKRA yang antara lain bertujuan merapatkan jurang di antara wilayah, kesejahteraan masyarakat dan membangunkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi. “Jika dalam lima tahun ini ekonomi negara bertambah baik, diharapkan program Angkasawan Kedua Negara diteruskan kerana kerajaan tidak berhasrat membatalkannya,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Promosi Karnival Malaysia Inovatif 2010 di Tebingan Kuching di sini, semalam. Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum ini merancang menghantar angkasawan kedua Malaysia antara 2010 atau 2011 dan antara nama disebut adalah Mejar Dr Faiz Khaleed.

Selain itu, katanya, program dan aktiviti mengenai angkasa lepas terutamanya di kalangan pelajar masih berjalan dengan sokongan berterusan kementerian kerana ia penting bagi mencambahkan minat di kalangan orang ramai termasuk memastikan minat terhadap bidang ini tidak hilang.

“Malah, pada Karnival Malaysia Inovatif ini kami akan menganjurkan Larian Angkasawan-Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, di mana pemenangnya berpeluang menyertai program latihan angkasawan di Amerika Syarikat atau Rusia,” katanya.


Sementara itu, katanya, Karnival Malaysia Inovatif 2010 diadakan bagi memupuk budaya kreativiti dan inovasi di kalangan rakyat khususnya di negeri Sarawak, seperti dilakukan di beberapa zon di seluruh negara termasuk di Kota Kinabalu; Zon Timur, Zon Tengah, Zon Utara dan Selatan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20101018013040/Article/index_html

Utusan Malaysia 19 Apr 2010
Nasib Program Angkasawan Malaysia kedua

PROGRAM Angkasawan Malaysia iaitu misi untuk menghantar rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas tidak pernah sunyi menerima kritikan dan teguran sehingga ke hari ini walaupun Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah berjaya melaksanakan amanah tersebut dengan cemerlang sekali.

Teguran lebih banyak berkisar kepada soal pembaziran wang dan masa kerana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dituduh tidak menumpukan kepada soal pokok apabila berhadapan dengan isu sains angkasa.

Belum sempat Parlimen bersidang hujung April ini, isu sensitif itu telah mula kembali menjadi panas. Persidangan Parlimen kali ini dijangka membangkitkan isu pelaksanaan program tersebut bukan sahaja kerana ramai ahli Yang Berhormat (YB) muka baru, tetapi apa yang lebih penting adalah MOSTI juga diterajui oleh menteri baru.

Jangkaan bergolaknya isu angkasawan ini timbul kerana minggu lepas Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili membuat kenyataan bahawa kajian mengenai Program Angkasawan Malaysia sedang dilaksanakan untuk menilai kembali buruk baik pelaksanaan program tersebut.

Memang benar kos penyertaan Dr. Sheikh Muszaphar ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) tidak melibatkan wang rakyat secara langsung kerana dibiayai melalui program timbal balas pembelian pesawat pejuang Sukhoi SU-30, tetapi kos sampingan telah menelan belanja yang bukan sedikit.

Ada juga yang membuat teguran bahawa MOSTI yang terlalu memberi tumpuan kepada Program Angkasawan, telah lalai dalam tanggungjawab memajukan lagi penyelidikan berkaitan dengan sains angkasa.

Tetapi apabila Dr. Sheikh Muszaphar sendiri yang membuat teguran dengan saranan supaya dihentikan buat sementara waktu misi penghantaran angkasawan kedua, kenyataan sedemikian rupa sudah tentu akan menarik perhatian orang ramai.

Ramai yang sudah tentu akan tertanya-tanya adakah kerana misi angkasawan pertama kurang berjaya mencapai objektif yang disasarkan, membuatkan beliau meragui keberkesanan menghantar angkasawan kedua, adalah tidak jauh dari kebenaran. Malah Dr. Maximus sendiri telah memberi reaksi dengan menyatakan kerajaan akan menimbang saranan angkasawan pertama Malaysia itu.

Begitu ironis sekali apabila angkasawan pertama Malaysia membuat cadangan supaya kerajaan perlu kembali semula kepada usaha memberi perhatian pada pendidikan bidang angkasa dan menggemblengkan usaha menarik minat golongan muda.

Ironis kerana jika diteliti tafsiran kenyataan tersebut ia membawa maksud objektif utama Program Angkasawan Malaysia telah gagal dicapai. Lebih menarik lagi apabila beliau berhujah dengan kos penghantaran angkasawan kedua yang akan menelan belanja RM100 juta, adalah lebih berbaloi wang sebanyak itu dibelanjakan terhadap aktiviti akar umbi sains angkasa.

Isu penghantaran angkasawan ke angkasa adalah satu perkara yang agak sensitif kerana ia melibatkan perbelanjaan yang begitu besar tidak kira bagi negara yang sudah maju ke hadapan dalam bidang sains angkasa seperti Amerika Syarikat dan Rusia ataupun kepada negara yang baru berjinak dalam bidang ini seperti Malaysia dan Korea Selatan.

Ia juga sukar dipertahankan kerana manfaat yang diterima adalah begitu tersirat dan kebiasaannya tidak boleh dinyatakan secara kuantitatif.

Vietnam adalah negara Asia pertama yang memiliki angkasawan pada tahun 1980 di atas ihsan keakraban negara tersebut dengan Rusia (Soviet Union pada ketika itu).

Tetapi oleh kerana tiada tindakan susulan, Vietnam tidak banyak menerima faedah daripada misi tersebut. Walaupun negara tersebut memiliki angkasawan Asia pertama, faktor tersebut langsung tidak memajukan aktiviti sains angkasa Vietnam.

Korea Selatan pula adalah negara Asia kesembilan dan terbaru yang mempunyai seorang angkasawan. Yi So-Yeon dijangka kembali ke Bumi pada hari ini (19 April) setelah berada di ISS selama 10 hari.

Seoul telah bekerja keras untuk mendapatkan tempat di dalam kapal Soyuz dan membayar AS$20 juta (RM62.8 juta) kepada Rusia. Mengapakah Korea Selatan yang dianggap lebih maju berbanding Malaysia dalam bidang sains angkasa sanggup mengeluarkan wang yang sebegitu banyak, sudah tentu ia menarik perhatian.

Seperti Malaysia, harapan Korea Selatan adalah untuk menyemarakkan lagi semangat anak muda mereka tentang kebolehan menerajui bidang sains angkasa. Malah proses pemilihan calon angkasawan jauh lebih hebat kerana jika 11,275 rakyat Malaysia yang mengambil bahagian, Korea Selatan pula menyaksikan 36,000 yang mencuba nasib.

Malah So-Yeon menaruh harapan kejayaan angkasawan Korea Selatan dapat menyatukan rakyat kedua-dua Korea yang terpisah akibat perbezaan ideologi politik pemimpin mereka. Begitu hebatnya kesan Program Angkasawan Korea Selatan.

Peluang dan kesempatan yang timbul dari program timbal balas Sukhoi SU-30 sepatutnya digunakan sepenuh-penuhnya dan tidak terhenti setakat angkasawan pertama sahaja. Elemen manusia di angkasa adalah begitu unik sekali kerana kesan yang bakal diterima tiada sempadan. Dr. Sheikh Muszaphar sudah pasti dapat mengesahkan fenomena tersebut.

Britain umpamanya telah merasai kesan ekoran dari dasar sains angkasa mereka yang tidak menitik beratkan penglibatan manusia dalam aktiviti penerokaan angkasa.

Walaupun Agensi Angkasa Eropah (ESA) mempunyai program angkasawan, Britain tidak bersama konsortium ESA kerana polisi sains angkasa mereka melarang penglibatan sedemikian rupa.

Dasar yang digubal lebih dari dua dekad lepas telah mula memberi kesan kerana pada ketika ini program angkasawan NASA adalah begitu terhad sementara tempat dalam Soyuz habis ditempah. Rakyat Britain yang menjadi angkasawan, seperti Piers Sellers terpaksa bernaung di bawah bendera 'Stars and Stripes' AS dan bukannya 'Union Jack' Great Britain.

Jika Malaysia mempunyai peluang menghantar angkasawan kedua dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sehingga RM100 juta, wang yang dilaburkan itu adalah berbaloi kerana faedah yang diterima tiada nilainya.

Cuma perlu dipastikan angkasawan kedua tersebut perlu berada di ISS pada jangka masa yang lebih lama kerana 10 hari seperti yang dialami oleh Dr. Sheikh Muszaphar hanya mampu memberi ruang yang terhad untuk melaksanakan uji kaji saintifik.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Gempa bumi melanda Malaysia 18 Okt 2010

Gempa lemah dikesan di Tawau
Berita Harian 18 Okt 2010. TAWAU: Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter dikesan berlaku di Tawau kira-kira jam 4.37 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kira-kira jam 5.05 pagi tadi di sini menyebut bahawa pusat gegaran itu dikesan di latitud 4.4 Utara dan longitud 118.1 Timur iaitu lapan kilometer dari barat laut Tawau.

Menurut kenyataan itu, gegaran lemah dapat dirasai di sekitar Tawau dan jabatan itu sedang memantau perkembangan berkenaan dan akan memaklumkan orang ramai jika ada perkembangan terbaru. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GempalemahdikesandiTawau/Article

GEGARAN LEMAH DI RANAU, SABAH - 27 April 2010
2.9 pada skala Richter

GEMPA BUMI LEMAH DI SABAH - 7 Feb 2010
2.6 pada skala Richter

GEMPA LEMAH DI BATU NIAH, SARAWAK - 2 Feb 2010
3.2 pada skala Richter

GEMPA BUMI LEMAH DI KUALA PILAH - 30 Nov 2009
3.3 pada skala Richter

Sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garisan gempa bumi di Bentong, Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

JMM dilaporkan berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas, sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong.

Sumber http://waghih.blogspot.com/2010/04/lagi-gempa-bumi-di-malaysia-27-april.html

Xpedisi Remaja Kental 30 Nov ke 2 Dis 2010 di PD

XREK 2010 - Xpedisi Remaja Kental
Tarikh : 30 Nov - 2 Dis 2010 (Selasa-Khamis)
Tempat : Brindley Training & Camp , Port Dickson, N.Sembilan
Yuran : RM 80 (Lelaki),- RM 90 (Perempuan)

Tarikh tutup pendaftaran : 15 Nov 2010

Maklumat lanjut di http://xrek2010.blogspot.com

Anjuran : Jawatankuasa Pembangunan Remaja JIM Pusat dengan kerjasama Unit Remaja IKRAM WP dan KRJ Negeri Sembilan.

20101017

Rembau boleh jadi daerah Hantu, perlu diselamatkan


Cerita ini tiada kaitan dengan kemalangan ngeri di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Rembau. Sebagai renungan anak Rembau dan beberapa daerah lain yang banyak tanah dan rumah terbiar yang lama-kelamaan boleh jadi rumah dan daerah hantu. Di Rembau dan beberapa daerah lain di N.Sembilan ini banyak rumah terbiar, terutama yang didirikan di atas tanah adat. Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai usaha agar rakyat dapat memiliki rumah sendiri.

Namun apa pula peranan kerajaan negeri, ketua adat, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat setempat ?

Dahlah di Rembau ni banyak rumah terbiar , bukan rumah setinggan, tapi rumah bangle dengan tanah yang luas. Nak buat rumah baru pula pelbagai syarat dan bayaran yang dikenakan.

Abang sepupu saya dalam proses untuk membina rumah di Rembau. Pelbagai syarat yang dikenakan, dari kelulusan pelan dan banyak juga bayaran diperlukan. Nak masuk paip air pun kena belanja deposit ribuan ringgit, atas alasan tanahnya ada tanah pertanian, justeru itu perlu bayar deposit yang tinggi.

Macam ni makin terbiarlah dan larilah anak Rembau untuk kembali ke Rembau. Kerajaan sedang memujuk rakyatnya yang berada di luar negara untuk kembali berkhidmat di Malaysia.

Melaka pun menjalankan usaha yang serupa untuk menarik kembali anak Melaka ke Melaka.

Tapi macam tak ada nampak usaha serius semua pihak untuk menarik anak Rembau balik Rembau, anak Pilah balik Pilah dan sebagainya.

Apakah kita semua menjadikan rumah dan daerah kita , daerah hantu. Sekarang pun kat Malaysia ni dah macam-macam cerita hantu dan pelik kita dengar.

Mungkin Menteri Besar Negeri Sembilan perlu menuntut dengan Ketua Menteri Melaka macamana proses membina rumah cukup mudah untuk orang Melaka, kisahnya pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/09/kisah-ketua-menteri-melaka-rumahnya.html . Kalau tak nak ikut cara Ketua Menteri Melaka mungkin boleh belajar dari Menter Besar Kelantan, atau Menteri Besar Terengganu. Isteri saya orang Terengganu, saya perhatikan saudara mara di Terengganu, adik beradiknya cukup mudah buat rumah di sana, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi kerajaan tak mengenakan pelbagai syarat di sana.

Kisah sebelum ini Rembau bakal jadi daerah hantu di http://waghih.blogspot.com/2010/06/rembau-bakal-jadi-daerah-hantu.html

Kisah Hantu Pocong Rembau di
http://waghih.blogspot.com/2010/09/hantu-pocong-rembau-pontianak-pilah-api.html

SERUAN SELAMATKAN TANAH DAN RUMAH ADAT PERPATIH di http://waghih.blogspot.com/2010/02/selamatkan-tanah-dan-rumah-adat.html

Rintihan bekas tentera, siapalah yang sudi mendengar

Tadi saya bawa anak saya gunting rambut di pekan Senawang, berhadapan kedai judi berlesen yang ramai orang Melayu kunjungi. Pemilik kedai gunting tu Shamsul namanya, merupakan seorang bekas tentera. Dia panggil saya ustaz, segan pula rasanya, saya ni bukan ustaz hanya seorang pekerja kilang di Senawang. Nak tanyalah ustaz katanya. Macamana nak siarkan kedai gunting rambut saya ni dalam akhbar , muka hadapan.

Saya tanya kenapa , sebab saya tengok kedai gunting dia agak maju jugalah, walaupun premis tersebut dia menyewa dari seorang Cina, bukan di premis MARA, premis MAINS, premis Melayu, premis PBTM dan sebagainya.

Dia kata ramai skot (rakan bekas tentera) tak tahu mana kedai dia. Saya kata, kat Taman Kemuning sebelah tu kan ada pejabat Persatuan Bekas Tentera Malaysia. Dia kata , dah tutup dah ustaz.

Inilah peranan PBTM kata saya, mempromosi perniagaan bekas tentera. Banyak manafaat bekas tentera yang bekas tentera tak tahu. Contohnya Jabatan Hal Ehwal Veteran. Pegawai JHEV untuk satu negeri kadang-kadang tu cuma ada seorang, mana boleh nak cover ribuan bekas tentera dalam negeri tersebut.

Inilah peranan PBTM yang ada ribuan ahli. Juga peranan masyarakat setempat yang tahu mengenai JHEV ini untuk membantu bekas tentera.

Macam nilah, saya kata pada Shamsul, cuba hubungi wartawan, ceritakan kisah abang, katakan abang satu-satunya tukang gunting rambut Melayu yang merupakan bekas tentera di Senawang, mungkin di Negeri Sembilan juga. Dia pun setuju.

Kemudian Shamsul kata lagi, dia ada tukang gunting baru, tengah gunting rambut anak saya. Orang susah katanya. Orang Palong 4. Dah berkeluarga dan tinggal berhampiran. Alhamdulillah , walaupun Shamsul ni bukan usahawan hartawan, namun jiwanya kaya untuk membantu sesiapa sahaja mengikut kemampuan dia.

Kepada mana-mana wartawan media elektronik atau media cetak bolehlah kunjungi dan dengar cerita menarik Abang Shamsul ini di :

KEDAI GUNTING RAMBUT SHAMSUL
Pekan Senawang , Taman Senawang Jaya ( deret kedai pekan Senawang , sebelah kedai 7 Eleven)
Isnin hingga Ahad 10 pg - 10 mlm
Hubungi Shamsul 019-6524990

Disamun lepas keluar duit di Bank Senawang, TIP cegah samun

Sebelum ini pihak polis telah memberitahu penduduk di taman saya agar behati-hati keluar duit dengan jumlah yang banyak di bank dekat Dataran Senawang, terutama ada satu bank tu. Dah banyak kes, kalau ada orang keluar duit dengan jumlah yang banyak, penjenayah akan ikut orang tersebut. Pelik juga ya, bagaimana penjenayah tadi boleh menghidu siapa yang keluar duit dengan jumlah yang banyak.

Beberapa langkah keselamatan :
1. Sentiasa mohon perlindungan keselamatan daripada Allah. Belajar doa khusus.
2. Parking kereta di tempat laluan orang ramai
3. Masuk kereta terus kunci pintu
4. Keluar kereta sekejap walaupun untuk isi minyak, kunci pintu, untuk mengelak penjenayah masuk menyorok di tempat duduk belakang
5. Pasang cermin pelindung UV yang tahan pecah tingkap pada kereta
6. Elakkan keluar duit tunai yang banyak, gunakan kemudahan bank draf, pemindahan wang dan sebagainya.
7. Pandu terus ke balai polis berhampiran jika mengesyakki apa-apa.
8. Letak beg duit bila memandu di tempat kaki penumpang hadapan, bukan di tempat duduk yang memudahkan penjenayah lihat dan pecah tingkap di trafik light.
9. Simpan no tel balai polis terdekat dalam handphone, jangan dail 999, kerana 999 akan disambung ke pusat, kemudian ke negeri, ke daerah dsbnya, lagi lambat tindakannya.

***********************
Samun duit RM20,000
Harian Metro 16 Okt 2010

SEREMBAN: Seorang wanita hanya mampu melihat dua penjenayah bertopeng melarikan wang tunai lebih RM20,000 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank dalam kejadian samun di depan rumahnya di Taman Jasmin, Senawang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dua penjenayah bersenjatakan objek tajam itu menyerbu kereta mangsa sebelum memecahkan cermin kereta itu lalu melarikan wang tunai yang diletakkan di dalam sebuah beg.

Penjenayah dipercayai warga asing itu melarikan diri menggunakan sebuah kereta sebaik berjaya melarikan wang berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masrof, berkata wanita berusia 30-an itu pergi ke sebuah bank di Senawang untuk mengeluarkan duit, dan dia menyedari seseorang sedang mengekorinya sebaik masuk ke dalam kenderaan.

Menurutnya, mangsa segera memandu pulang ke rumah dalam usaha untuk menyelamatkan diri dan wang yang baru dikeluarkannya.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di depan rumahnya, dia diserbu dua lelaki bertopeng yang bersenjatakan objek tajam memecahkan cermin kereta dipandunya sebelum mengambil wang yang baru dikeluarkan dari bank.

“Mangsa gagal mengecam identiti suspek kerana mereka memakai topeng, namun penjenayah dipercayai warga asing berdasarkan dialek percakapannya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan kejadian itu kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan.

“Polis juga menasihatkan mereka yang mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak di bank supaya lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian sama berulang di masa depan.

“Elakkan daripada pergi mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak seorang diri terutamanya golongan wanita dan segera menghubungi polis sekiranya didatangi atau diekori orang yang mencurigakan,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di talian 06-7619999 atau balai polis berhampiran.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SamunduitRM20_000/Article

Program Cuti Sekolah 19 ke 25 Dis 2010 Rembau


PROGRAM CUTI SEKOLAH : TAFAQQUH FI AL DIN
Tarikh : 19-25 Dis 2010
Tempat : Sekolah Tinggi Islam As Sofa , Rembau
Umur : 9-12 tahun
Yuran : RM350
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
Cik Nor Azura (017-6047058 )
En. Muhammad Fazli ( 013-7137752 )
Info lanjut di http://yayasansofa.blogsome.com/2010/10/13/tafaqquh-fiddin-2010/

20101014

Tahanan Israel di Jempol N.Sembilan 16 Okt 2010


PENGALAMAN TAHANAN ISRAEL
Bersama Tn Hj Jamaludin Elias sukarelawan ke Gaza kapal Mavi Marmara , Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net/
16 Okt 2010 , SABTU
Jam 9 malam
di Muassasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol, N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi 019-3941353

Ir Khalid Samad 24 Okt 2010 di Port Dickson


CERAMAH PERDANA
YB Ir Khalid Samad
che'GuBard
Nazree Yunus , Mantan Pengerusi GERAK
24 Oktober 2010 , AHAD
Masa : 8.30 malam
Di MTD Teluk Kemang, Port Dickson

Maklumat lanjut hubungi Eja 010-3428260

Poster program di http://dacsarc.blogspot.com/2010/10/ceramah-umum-dacs-arc-telok-kemang-akan.html

Semua dijemput hadir

YB Ust Zaki Ibrahim 18 Okt 2010 di Seremban


CERAMAH UMUM
YB Ust Zaki Ibrahim, Timbalan Speaker DUN Kelantan
Shamsul Iskandar Mat Akin
Zulkefly Mohamad Hj Omar

Tarikh : 18 Oktober 2010 , ISNIN
Masa : 9 malam
Tempat : Lot 13051, (sebelah Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Semua dijemput hadir

20101013

Pembuat parang cantik di N.Sembilan, kenapa tak bantu ?

Kepantang orang tua-tua kalau tak ada parang. Parang ni penting masa gotong royong dan kenduri kendara. Kepantang orang tua-tua juga, kalau ada parang tapi tumpul, orang N.Sembilan kata Maja. Industri parang sepatutnya dimajukan sepenuhnya. Ianya boleh menjadi industri seni dan kraf yang ada potensi. Semua pihak sepatutnya memberi sokongan dalam industri ini.

Majlis Agama juga boleh memainkan peranan. Kerana parang adalah penting untuk menyembelih. Parang yang baik kualiti tak perlu diasah untuk sembelih berpuluh ekor lembu. Bukankah itu yang dianjurkan Nabi, parang hendaklah paling tajam kalau nak sembelih binatang ?

Sebelum ni saya terjumpa blog pembuat parang di Jelebu iaitu di http://zamri-tukangparang.blogspot.com/

Rupanya ada lagi anak Melayu Negeri Sembilan yang boleh menghasilkan parang yang berkualiti dengan seni yang cantik.

Ada sesiapa tahu maklumat, no telefon En Anizam Mohd. Deris, pembuat parang di Kuala Pilah ?

Puas saya cari dalam laman web tak ada. Dalam laman web MARA tak ada, laman web KEMAS tak ada, laman web Kementerian Kesenian tak ada, laman web Menteri Besar Negeri Sembilan tak ada, laman web Majlis Agama Islam Negeri Sembilan tak ada.

*******************
Anizam tukang parang
Utusan Malaysia


KUALA PILAH 11 Sept. 2008 - Setiap kali Hari Raya Aidifitri menjelang, seorang tukang parang di daerah ini, Anizam Mohd. Deris, 38, pasti bertungkus-lumus menyiapkan parang-parang yang ditempah pelanggan.

Menurut beliau, sebanyak 50 bilah parang khusus bagi kegunaan menyembelih haiwan dan melapah daging perlu disiapkan sepanjang bulan Ramadan setiap tahun.

Jelas Anizam, kadangkala beliau terpaksa bekerja hingga ke malam bagi menghasilkan sekurang-kurangnya dua bilah parang dalam masa sehari.

''Memanglah penat... namun permintaan pelanggan mesti saya penuhi," kata beliau ketika ditemui di bengkel pertukangan parang miliknya di Rumah Rakyat Ampang Tinggi dekat sini hari ini.

Ujarnya, di luar musim perayaan jumlah parang yang ditempah lazimnya antara 20 dan 30 bilah sebulan.

Anizam berkata, seni pertukangan parang mula dipelajarinya sejak lapan tahun lalu semasa masih bekerja sebagai pemandu lori.

Jelasnya, pada ketika itu, dia berguru dengan seorang tukang parang berpengalaman yang hanya dikenali sebagai Haji Razal.

Beliau terdorong untuk belajar seni pertukangan parang setelah tertarik dengan kehalusan reka bentuk hulu serta sarung parang yang dihasilkan oleh gurunya yang kini telah pun meninggal dunia.

''Arwah datuk saya juga merupakan seorang tukang parang yang mahir. Jadi, 'darah tukang parang' memang telah sedia mengalir di dalam tubuh saya.

''Mungkin itu juga salah satu faktor yang menyebabkan saya begitu berminat berkecimpung dalam bidang ini," jelas beliau.

Setelah yakin dengan kemahiran yang dimiliki, pada 2006, Anizam nekad meninggalkan pekerjaan sebagai pemandu lori untuk menceburi bidang pertukangan parang secara sepenuh masa.

Menurut bapa kepada dua anak lelaki ini, berkat sokongan dan dorongan keluarga menjadikannya cekal menjalani kehidupan sebagai tukang parang.

''Bidang ini juga memberi kepuasan kepada diri saya lebih-lebih lagi setelah berjaya menyiapkan parang seperti yang dikehendaki pelanggan," ujarnya.

Beliau juga tidak keberatan untuk menurunkan ilmu pertukangan parang kepada sesiapa sahaja yang berminat mempelajarinya agar kemahiran tersebut tidak terus pupus ditelan zaman.

Kata Anizam lagi, seseorang yang ingin bergiat dalam bidang pertukangan parang perlu mempunyai minat yang mendalam serta bersemangat kental.

Selain itu, ujarnya, individu berkenaan juga hendaklah memiliki sifat sabar dan daya kreativiti yang tinggi.

''Maklumlah, sebilah parang mengambil masa tidak kurang daripada tiga jam untuk disiapkan hulu dan sarungnya. Selain memakan masa yang panjang, prosesnya juga agak rumit dan teliti.

''Jika sifat-sifat tersebut tiada dalam diri, sudah tentu kita cepat rasa jemu serta mudah putus asa," jelas beliau.

Di samping itu, Anizam berpandangan sokongan dan insentif kerajaan juga perlu bagi memartabatkan lagi industri pertukangan parang di negeri ini.

Beliau percaya, selain untuk kegunaan harian, parang juga berpotensi dikomersialkan sebagai salah satu produk kraf tangan atau perhiasan dalaman.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Parang hiasan lebih susah
Kosmo 8.10.2008


Bermula dengan hanya melihat jirannya membuat parang, Anizam akhirnya kini menjadi seorang pembuat parang terkenal di Kuala Pilah.

KEMODENAN yang dikecapi negara ini tidak pernah menghalang masyarakat Melayu untuk terus menggunakan parang melakukan pelbagai kerja seharian terutama di kawasan desa.

Kegunaan parang banyak membantu masyarakat Melayu melakukan kerja seharian seperti memotong kayu, membelah kelapa, melapah daging sewaktu majlis kenduri dan pelbagai lagi kerja seharian.

Tampak senang digunakan tetapi pembuatannya bukan satu perkara mudah lebih-lebih lagi ia dibuat secara tradisional.

Paling cepat membuat sebilah parang yang lengkap dengan sarung dan hulunya mengambil masa selama sehari.
Malah, pembikinnya juga harus mempunyai sikap penyabar untuk menghasilkan parang bermutu tinggi dan cantik selain mempunyai pengalaman serta daya kreativiti tinggi.

Kelebihan ini dimiliki seorang pembikin parang di Rumah Rakyat Ampang Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Anizam Mohd Deris, 38, kerana kemampuannya menghasilkan parang bermutu tinggi.

Menurut Anizam, beliau mula menunjuk minat dalam seni pembuatan parang pada tahun 2000 apabila melihat pembikin parang yang tersohor berdekatan kawasan rumahnya begitu mahir serta penyabar dalam menghasilkan sebilah parang. "Saya banyak memerhatikan seni pembuatan parang sebelum mula berjinak-jinak membuat parang untuk kegunaan sendiri serta ahli keluarga yang lain.

"Pada waktu itu, saya tidak mempunyai masa kerana terikat dengan tugas sebagai pemandu lori dan menjadikan pembuatan parang sebagai hobi pada masa lapang," katanya ketika ditemui di bengkelnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau nekad berhenti daripada menjadi pemandu lori pada tahun 2006 untuk meneruskan minatnya dalam pembuatan parang dengan lebih serius agar khazanah tradisional itu tidak luput ditelan dek zaman.

"Semua orang boleh membuat parang tetapi membuat parang yang baik dan tahan lama adalah tugas yang memerlukan kesabaran, minat mendalam serta kemahiran tinggi kerana jika tidak memiliki ciri-ciri ini kita akan cepat bosan sehingga melakukan kerja dengan sambil lewa.

"Untuk menghasilkan sebilah parang yang berkualiti, saya bekerja tanpa menentu masa di bengkel setiap hari apabila menerima tempahan daripada pelanggan," katanya.
Katanya, terdapat kira-kira 20 hingga 30 tempahan bilah parang yang diperoleh dalam masa sebulan dan ia akan meningkat setiap kali menjelang musim perayaan terutama pada Hari Raya dan juga Hari Raya Korban.

Namun begitu, katanya, disebabkan kekurangan masa dan hanya membuat parang seorang diri beliau hanya mampu menyiapkan 20 bilah parang dalam masa sebulan.

"Walaupun mempunyai pengalaman membuat parang tetapi saya tidak mampu menyiapkan lebih sebilah sehari kerana banyak perkara rumit lain terpaksa dilakukan seperti membuat sarung dan hulunya.

"Caj yang dikenakan pula berbeza-beza antara RM70 hingga RM150 mengikut kualiti kayu serta hasil rekaan dikehendaki oleh pelanggan-pelanggan," katanya.

Ujarnya lagi, untuk membuat hulu dan sarung parang, beliau akan menggunakan kayu kemuning, kemuning hitam, sepetir, angsana dan pokok rhu.

Katanya, pelanggan-pelanggan yang menempah bukan sahaja datang dari negeri ini tetapi ada juga yang datang dari Melaka, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur," katanya.

Selain daripada membuat parang sembelih dan melapah daging, beliau turut mendapat tempahan parang hiasan daripada pelanggan-pelanggannya.

Tambah beliau, membuat parang hiasan lebih rumit kerana memerlukan daya kreativiti yang tinggi serta kesabaran kerana untuk menyiapkannya ia mengambil masa dalam dua hari bergantung kepada kehalusan seni ukiran dikehendaki.

Katanya, pemilihan kayu juga memerlukan pemerhatian yang baik untuk melihat 'bunga' kayu berkenaan sesuai dijadikan sebilah parang cantik serta berkualiti tinggi.

"Paling merumitkan dalam pembikinan sebilah parang adalah semasa hendak menghaluskan hulu dan sarung parang berkenaan kerana mengambil masa yang lama untuk melakukannya.

"Kadangkala saya terpaksa juga berjaga malam untuk menyiapkan parang hiasan kerana kekangan masa," katanya.

Walaupun, membuat parang mengambil masa, beliau tidak pernah jemu dengan kerja itu kerana ia adalah mata pencariannya untuk menyara isteri serta dua anak.

"Saya minat serta seronok dengan pekerjaan yang dilakukan ditambah pula dengan sokongan keluarga, apatah lagi apabila dapat menyiapkan tempahan mengikut tarikh dijanjikan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap suatu hari nanti dapat mengembangkan lagi perniagaan membuat parang yang selama ini menjadi sumber rezeki kepada keluarganya.

"Selagi terdaya saya akan terus melakukan pekerjaan yang diminati ini kerana tidak ramai generasi muda ingin menceburi bidang pembuatan parang. "Saya juga berharap kerajaan akan membantu serta memberi sokongan kepada pembuat-pembuat parang di negara ini agar generasi baru tidak terlupa tentang keindahan seni pembuatan parang," katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm