KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101130

JUALAN AMAL KAMI PRIHATIN


JUALAN AMAL KAMI PRIHATIN
Tarikh : 25 Disember 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi – 10 malam
Tempat : Kawasan letak kereta, premis perniagaan Taman Matahari Height, Senawang
Objektif : Membantu Pelajar dari Keluarga Miskin Bandar kembali ke Sekolah tahun 2011
Maklumat lanjut di http://yam-ns.blogspot.com/2010/11/jualan-amal-kami-prihatin.html


Jualan Amal Kami Prihatin 25 Dis 2010 Senawang
JUALAN AMAL KAMI PRIHATIN
Tarikh : 25 Disember 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi – 10 malam
Tempat : Kawasan letak kereta, premis perniagaan Taman Matahari Height, Senawang

Objektif : Membantu Pelajar dari Keluarga Miskin Bandar kembali ke Sekolah tahun 2011

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/ dengan kerjasama AJK Surau Taman Matahari Height

Menyedari saban hari semakin ramai pelajar dari golongan miskin bandar menghadapi kesukaran menempuh tahun baru persekolahan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Jualan Amal Kami Prihatin untuk membantu pelajar-pelajar dari kumpulan ini dalam meringankan beban ibu bapa serta penjaga mereka.

Justeru itu orang ramai yang ingin membantu menjayakan jualan amal ini boleh membantu dengan cara berikut :

1. Membeli Kupon Jualan Amal untuk membeli barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

2. Membeli Kupon Jualan Amal dan diberikan kepada keluarga yang memerlukan untuk mereka tukar dengan barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

3. Memberi sumbangan kewangan.

4. Memberi sumbangan barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk Jualan Amal seperti buku novel, majalah, komik, barangan elektrik, beg sekolah, komputer, permainan dan sebagainya. (Sumbangan pakaian terpakai ditangguhkan untuk masa ini kerana pihak penganjur masih mempunyai banyak stok pakaian terpakai).

Kupon JUALAN AMAL KAMI PRIHATIN ialah RM 10 untuk satu Kupon

Barangan yang dijual semasa Jualan Amal ini adalah diantara RM0.50 hingga RM100, bergantung kepada jenis barangan.

Untuk sebarang pertanyaan, maklumat, pembelian kupon dan sumbangan bolehlah menghubungi AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan yang berikut :

En Sufian 013-3589328 xupmxutm@yahoo.com
Pn Norwani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
En Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com
En Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
En Nazri Esa 013-3098775

Kuliah Ust Dato Arshad 3 Dis 2010 Senawang

KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
Jumaat 3 Dis 2010 Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20101129

Negara amat perlukan lebih banyak Hospital Gila


Nampaknya negara kita Malaysia memerlukan lebih banyak hospital khusus untuk merawat pesakit mental. 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, bermakna hampir 3.3 juta orang. 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia. Bacalah sendiri rintihan, penderitaan, kisah seorang ibu dibawah ini :

HARIAN METRO 29 NOVEMBER 2010

Tiada siapa peduli...

KUALA TERENGGANU: “Sehingga kini masih tiada siapa yang sudi membantu, malah anak saya semakin agresif kerana dia akan membawa bersama kayu, besi, atau mentol lampu ketika berjalan.

“Ada kalanya dia mengacukan kepada saya dan saya khuatir dia akan dipersalahkan atau ada orang tidak berdosa akan cedera,” kata Rokiah Ngah, 60, ibu seorang lelaki yang mengalami gangguan mental.

Menurutnya, anaknya Ahmad Shaari Mohamed, 27, turut mengoyak baju sebagai tanda protes ketika mereka bertemu baru-baru ini dan keadaan itu cukup meresahkan beliau.

Dia yang berasal dari Kampung Laut dekat sini berkata, dalam keadaan sekarang, ubat yang diberikan bagi mengurangkan tekanan jiwa juga dibuang anaknya itu.

“Saya sungguh sedih memikirkan masalah anak saya ini kerana bimbang dia akan mencederakan orang lain kerana dia sering berada di tempat saya bekerja dan tidak pulang ke rumah,” kata ibu tunggal berkenaan.

Harian Metro sejak seminggu lalu melaporkan mengenai keluhan Rakiah berikutan anaknya yang mengalami masalah mental sering kali bertindak ganas.

Sejak berita itu disiarkan, pelbagai pihak berkuasa memberikan kenyataan.

Sehingga kini, belum ada sebarang tindakan diambil walaupun tiga pihak sudah memberikan kenyataan.

Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr T Ramelah T Senik, sebelum ini memberitahu, pemeriksaan dan penilaian doktor ke atas pesakit mental akan menentukan sama ada seseorang pesakit akan berada lebih lama di wad mental atau sebaliknya.

“Penilaian bergantung kepada satu-satu kes yang dikendalikan doktor sebelum keputusan seterusnya diambil dan sekiranya masih terkawal, pesakit akan dibenarkan pulang,” katanya.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zuhami Omar, pula pernah memberitahu, JKM tidak mempunyai tempat perlindungan untuk menempatkan pesakit yang mengalami masalah mental.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar, turut berkata, kes seperti itu harus dilaporkan kepada pihak polis terlebih dulu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin pula berkata, keluarga lelaki berkenaan perlu berunding dengan pihak hospital.

Rakiah berkata, sebagai orang kampung, tidak banyak dapat dilakukan dan dia kecewa apabila kisah hidupnya tidak ditangani oleh pihak berkenaan.

Menurutnya, dia tidak mampu menghantar anaknya untuk mendapatkan rawatan kerana setiap kali dia menyuarakan hasrat itu, anaknya akan menunjukkan sikap ganas.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadasiapapeduli/Article/index_html


Beberapa artikel sebelum ini mengenai pesakit mental di Malaysia :

11.3 PERATUS RAKYAT MALAYSIA SAKIT MENTAL, GILA
http://waghih.blogspot.com/2010/11/113-peratus-rakyat-malaysia-sakit.html

ORANG GILA MAKIN RAMAI DI MALAYSIA, DOKTOR SIKIT, JAKIM?
http://waghih.blogspot.com/2010/11/orang-gila-makin-ramai-di-malaysia.html

MAKIN RAMAI ORANG, REMAJA 1MALAYSIA BUNUH DIRI
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

MALAYSIA KENA BINA LEBIH BANYAK KLINIK 1MENTAL
http://waghih.blogspot.com/2010/01/malaysia-kena-bina-lebih-banyak-klinik.html

Kejohanan Futsal 25 Dis 2010 di Nilai, N.Sembilan

KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA 2010
Sabtu 25 Disember 2010
8.30 pagi - 2.30 ptg
Di Gelanggang Futsal Nilai, N.Sembilan

Yuran penyertaan RM80

Tarikh tutup penyertaan 20 Dis 2010

Maklumat lanjut hubungi :
Khalid 013-2657932
Zul 016-2097990
Husain 019-3329691

Dapatkan Borang Penyertaan, Syarat Pertandingan dan Senarai Hadiah Kejohanan pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/11/kejohanan-futsal-25-dis-2010-di-nilai.html

Nasi Lemak Daun Pisang Tampin


NASI LEMAK DAUN PISANG TAMPIN
Pembekal Nasi Lemak Daun Pisang sekitar Tampin, N.Sembilan
Hubungi Adenan Yusof 019 6310356

Kem PIJD 9 ke 10 Dis 2010 Gombak

KEM PENGHAYATAN ISLAM & JATI DIRI
Pada 9 - 10 Disember 2010 (Khamis-Jumaat)
Di Kem Sri Raudhah, Gombak
(Untuk remaja berumur 12 – 17 tahun)
Yuran: RM 39 sahaja

Anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) & Surau Taman Jasmin, Senawang

Sila hubungi : Zuhairi (019-320 8809) atau Arif (016-373 3607)
Tempat adalah Sangat Terhad
Bayaran RM39 tersebut meliputi bayaran makan minum, penginapan, ceramah, aktiviti jungle trekking & outdoor dan pengangkutan dari Seremban.

(Bertolak daripada Surau Taman Jasmin pada 9 Dis 2010 jam 8 pagi)

Cara pendaftaran:
i) Sila emelkan maklumat berikut ke zuhairi3@yahoo.com
1. Nama peserta
2. Nama penjaga
3. No tel dan emel penjaga

ii) Sila bank in ke:
No. akaun: 1550 8701 5931 (Maybank)
Nama: Zuhairi Mohd Nopiah
Jumlah: RM39 seorang (peserta)

iii) Sila emel butiran pembayaran ke zuhairi3@yahoo.com selepas bank-in

MAX Camp 19 ke 21 dis 2010 d Talang, K.Pilah

KEM MOTIVASI ANAK EXCELLENT – MAX CAMP 2010
Tarikh : 19 - 21 Dis 2010
Hari : Ahad - Selasa
Tempat : Kem D’Kok, Kg Talang, Kuala Pilah, N.Sembilan

Terbuka untuk lelaki dan perempuan berumut 13 hingga 17 tahun

Yuran penyertaan : RM 240 seorang , RM 120 jika daftar sebelum 5 Dis 2010

3 Capaian Utama Program :
Excellent Taqwa : Beri Tahu
Excellent Future : Cetuskan Mahu
Excellent Amal : Pastikan Mampu

Aktiviti Menarik :
Flying Fox
Ceramah Interaktif Teknik V.A.K.
Qiamullail
Berkayak
Workshop/Bengkal

Pakej :
Makan minum (6 kali makan sehari)
Kit peserta, alat tulis, bahan-bahan modul
Sijil, tempat penginapan chalet/dorm
Outdoor games (Berkayak, Jungle Tracking)

Hubungi :
Pejabat : 06-6797048 , 013-6807592
Tampin & Rembau : Ust Fahri 013-6588240
Seremban, Rasah, Port Dickson : Ust Mohamad 017-3994432
Jelebu, Kuala Pilah, Jempol : Ust Said Jamalludin 019-2377240

Anjuran : Sekutu Dinamik Perundingan Pembangunan Pelajar N.Sembilan Enterprise (SDPPNS Enterprise)

Dapatkan Poster Program dan Peta Kem D’Kok pada pautan berikut http://masjidsenawang.blogspot.com/2010/11/max-camp-19-ke-21-dis-2010-d-talang.html

Laman web Kementerian tak bantu pencari kerja

BERITA HARIAN 29 NOVEMBER 2010

Laman web tak membantu

SAYA ingin penjelasan Kementerian Sumber Manusia berhubung laman web Jobs Malaysia yang pada hemat saya tidak membantu mereka yang mencari pekerjaan. Saya sudah banyak kali memohon pekerjaan di laman ini baik untuk sektor awam atau swasta.

Tetapi, tiada maklum balas atau panggilan temu duga diterima selama saya menggunakan perkhidmatan laman web ini selama dua tahun.

Berbanding Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, jika mengisi borang online sudah tentu akan dipanggil untuk ujian apabila ada kekosongan. Apakah Jobs Malaysia masih berfungsi atau sebaliknya?

INGIN TAHU,
Kuala Lumpur.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lamanwebtakmembantu/Article

20101126

Kursus Pecah Rumah Musim Cuti Sekolah


Rasanya malas dah nak tulis mengenai isu pecah rumah, jenayah, curi motosikal yang makin meningkat di sekeliling kita, terutama di musim cuti sekolah. Kerana media hanya sibuk tertumpu soal politik negara. Akibatnya kita dan jiran-jiran kita lupa musuh kita yang hampir dengan kita, iaitu pencuri, perompak, peragut, perogol, nyamuk Aedes, tikus dan lain-lain. Semangat kejiranan, kekampungan, gotong royong makin luntur. Masing-masing jagalah kubur masing-masing nampaknya.

************

Utusan Malaysia 26 Nov 2010

Polis tahan lapan pelajar pecah masuk rumah ketika pemilik bercuti

KUANTAN 25 Nov. - Polis menahan lapan pelajar selepas mereka memecah masuk sebuah rumah di Kampung Sungai Temau, Merapoh di Kuala Lipis, kelmarin.

Pelajar yang ditahan berusia antara tujuh hingga 15 tahun itu dipercayai menjadikan rumah tersebut sebagai tempat melepak pada waktu siang selain mencuri beberapa barang dalam rumah itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, kumpulan pelajar itu dipercayai melepak di rumah tersebut sejak minggu lalu ketika pemiliknya tiada di rumah kerana bercuti.

"Bagaimanapun kehadiran kumpulan pelajar terbabit disedari oleh jiran selepas terdengar bunyi bising pada pukul 12 tengah hari," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Haris, menyedari kehadiran pelajar di rumah mangsa yang berusia 33 tahun itu, jiran terbabit terus menghubungi pihak polis.

"Berdasarkan keadaan rumah yang berselerak, mereka dipercayai memecah masuk melalui pintu belakang rumah itu," ujarnya.

Katanya, antara barangan yang didapati hilang adalah pemain video cakera padat, mesin pencetak dan beberapa barang lain dengan kerugian dianggarkan bernilai RM2,500.

Tambah beliau, kesemua pelajar terbabit ditahan untuk siasatan sebelum dibenar ikat jamin RM1,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_09.htm

Di bawah ini berita berkaitan seriusnya jenayah di sekeliling kita :

Polis stress kerja, 3 juta rakyat Malaysia sakit mental
http://waghih.blogspot.com/2010/10/polis-stress-kerja-3-juta-rakyat.html

N.Sembilan kena tubuh Sekolah Remaja Ponteng
http://waghih.blogspot.com/2010/10/nsembilan-kena-tubuh-sekolah-remaja.html

Murid tahun 3 diajar mencuri sebab susah
http://waghih.blogspot.com/2010/11/murid-tahun-3-diajar-mencuri-sebab.html

Kes pecah rumah makin meningkat di Malaysia, polis tolong dedahkan
http://waghih.blogspot.com/2010/11/kes-pecah-rumah-makin-meningkat-di_18.html

Disamun lepas keluar duit di Bank Senawang, TIP cegah samun
http://waghih.blogspot.com/2010/10/disamun-lepas-keluar-duit-di-bank.html

Kes jenayah semakin menggila, Jom mohon pada Allah
http://waghih.blogspot.com/2010/09/kes-jenayah-semakin-menggila-jom-mohon.html

Pelajar 11 tahun koma dikelar perompak di Seremban
http://waghih.blogspot.com/2010/09/pelajar-11-tahun-koma-dikelar-perompak.html

Terkini 2 kes pecah rumah siang hari di Senawang 20 Nov 2010
http://waghih.blogspot.com/2010/11/terkini-2-kes-pecah-rumah-siang-hari-di.html

Pecah rumah di Alamanda, Senawang, samun di Seremban 2
http://waghih.blogspot.com/2010/11/pecah-rumah-di-alamanda-senawang-samun.html

Curi wang isteri bayar hutang kahwin

Dalam Islam kahwin itu mudah, tetapi adat manusia yang menyusahkan. Formula kahwin mudah cara Islam tanpa perlu berhutang di http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html

KOSMO 26 Nov 2010


Foto menunjukkan wang tunai dan barang kemas yang dirampas daripada seorang lelaki untuk membayar hutang kahwin di Muar semalam.
---------------------

MUAR – Buntu mahu menyelesaikan baki hutang semasa berkahwin Februari lalu, seorang lelaki tergamak mencuri barang kemas dan wang tunai isterinya sendiri sebelum membuat laporan polis palsu mengatakan dia dirompak pada malam Selasa lalu.

Sebelum itu, suspek, 22, seorang pemandu lori membuat laporan polis mendakwa dia dirompak ketika pulang kerumahnya di Taman Temiang Jaya, Jalan Kim Kee di sini pukul 8.40 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Lee Choon Guan berkata, hasil siasatan bagaimanapun mendapati keterangan suspek mencurigakan sebelum lelaki itu mengaku mencuri barangan kemas dan wang tunai milik isterinya yang berusia 32 tahun.

“Ketika disoal siasat, suspek mendakwa diserang tiga lelaki warga asing yang bersenjatakan senapang patah dan parang ketika pulang ke rumah.

“Namun keterangannya didapati meragukan sebelum polis menemui barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM2,017 di dalam sebuah beg galas yang disembunyikan dalam but kereta Perodua Kancil milik suspek,” katanya kepada pemberita semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Pertandingan Memburu 7 Dis 2010 Senawang


GOTONG ROYONG CEGAH WABAK DENGGI
Tarikh : 7 Disember 2010
Hari : Selasa
Masa : 8 pagi – 11 pagi
Tempat : Taman Alamanda , Senawang

SEMUA DIJEMPUT HADIR
Sila Bawa Peralatan Gotong Royong Masing-Masing

ACARA MENARIK
Pertandingan Memburu dan Mengutip Bekas Pembiakan Jentik-Jentik Untuk Pelajar Sekolah
Penyertaan Percuma
Hadiah-Hadiah Menarik Disediakan

Anjuran Bersama :
Jabatan Kesihatan, Combi Taman Alamanda, Jawatankuasa Surau Dan Taman Alamanda dan Penduduk Taman Alamanda

Jom bantu banyak sekolah di Perak perlu Al Quran

Dari Blog TAYT

PELAWAAN WAKAF : QURAN/REHAL/SEJADAH/AL-MATHURAT

Salam,

Para dermawan sekalian,

Terdapat 14 buah sekolah tahfiz/agama/pusat pengajian di Perak yang sedang mencari sumbangan untuk wakaf quran, rehal, sejadah dan al-mathurat. Setiap sekolah dan pusat pengajian itu mempunyai tenaga pengajar yang terdiri daripada ustaz-ustaz yang merupakan pelajar-pelajar saya di IPG Kampus Pendidikan Islam.

Mereka merupakan ustaz senior yang melanjutkan pelajaran secara Kursus Dalam Cuti di tempat saya mengajar dan kursus mereka selama 4 tahun. Ustaz-ustaz ini telah mengenalpasti kekurangan quran/rehal/sejadah dan al-mathurat di sekolah mereka dan juga di pusat-pusat pengajian mereka. kadar penggunaan quran dan rehal /sejadah serta mathurat adalah di peringkat maksimum iatu penggunaan setiap hari untuk pembelajaran.

Sehubungan itu jika para dermawan berminat untuk mewakafkan keperluan di atas, keperluannya adalah seperti berikut:-

1. 260 quran (RM30.00 senaskhah)
2. 150 rehal (RM40.00 sebuah)
3. 50 sejadah (RM30.00 sehelai)
4. 50 al-mathurat (RM3.50 senaskhah)
5. 150 yassin ( telah diwakafkan oleh seseorang individu - habis)

Harga di atas ialah harga selepas diskaun yang diberikan oleh penerbit dan termasuk kos hantar dan urus sehingga sampai ke sekolah tersebut. Harga di pasaran adalah lebih mahal, misalnya harga quran yang sama di pasaran ialah RM53.90 tidak termasuk kos hantar dan urus. Wakaf ini diurus menggunakan sistem door to door service.

Penghantaran akan dibuat mulai 16 Disember 2010

Sekiranya sesiapa yang berhajat - sila bank in ke akaun maybank 162263219173 dan sms /emel/call saya dan maklumkan jumlah yg di bank in dan untuk wakaf apa supaya wang yang dimasukkan tidak tersalah guna untuk tujuan kebajikan yang lain.

Untuk makluman TAYT telah berjaya membantu hampir 40 buah sekolah agama/tahfiz di seluruh Malaysia mendapatkan bekalan quran dan rehal secara wakaf. boleh lihat gambar2 di Facebook mahawa pilus.

sekian.

MAHAWA PILUS

Maklumat lanjut pada pautan berikut : http://tabungtampin.blogspot.com/2010/11/fri-november-26-2010-121622-ampelawaan.html

20101125

Solat Hajat Cegah Pecah Rumah 1 Dis 2010 Senawang

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT
Mohon keselamatan dari kes pecah rumah, jenayah, wabak denggi/penyakit dan gejala sosial/maksiat
Tarikh : 1 Disember 2010, Rabu
Masa : 7 malam
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Promosi Parang Melayu Cantik 2 ke 6 Dis 2010 Kuala Lumpur


Satu-satunya pembuat parang Melayu dari A sampai ke Z yang mempunyai laman Blog yang menarik dan sentiasa dikemaskini serta kumpulan pekerja anak-anak Melayu di bengkel pembuat parang dengan hasil seni yang tinggi anak jati Negeri Sembilan akan mengadakan promosi di Kuala Lumpur.

Musim kenduri kendara perkahwinan ni, elok juga guna parang sebagai hantaran perkahwinan, jauh lebih cantik daripada sepasang kasut yang diletak atas dulang.

Mentaus Crafts akan menyertai Promosi Dan Jualan Kraftangan Hasil Rimba anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada ketetapan berikut :
Tarikh : 2 hingga 6 Disember 2010 (Khamis - Ahad)
Tempat : Kompleks Kraftangan Malaysia , Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Masa : 9.00 pagi - 10.00 malam

Maklumat lanjut di laman Blog Mentaus Crafts di http://zamri-tukangparang.blogspot.com/

20101124

Jualan Amal Roti Canai Unit Amal N.Sembilan

JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK
Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pagi - 11 pagi
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja

Objektif :
- Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Negeri Sembilan
- Memberi pendedahan kepada golongan remaja dan belia dalam aktiviti kemasyarakatan terutama di musim cuti sekolah

Hubungi :
Nazri 013-3098775 , Timbalan Pengarah 2 Unit Amal N.Sembilan
Izamri 013-2124086 , Pengarah Unit Amal N.Sembilan

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526

Layari Blog Unit Amal N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com

Tawaran Pembangunan 1Stop Centre Library di Seremban


Orang ramai dijemput untuk menjayakan pembinaan Perpustakaan atau Pusat Sumber Sehenti (1 Stop Centre Library) di Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah dan Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah di Seremban.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi :
Pn Malilah binti Hassan 012-2259181
Pn Rosminah binti Ismail 016-2342827
En Hasri bin Wazir 012-3364065

Atau disalurkan melalui
Nama : TABUNG PEMBINAAN PUSAT PERPUSTAKAAN AS-SA’IDIYYAH
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Cawangan : Seremban
No Akaun : 05012 0100 74425

Sumber : http://srias-saidiyyah.blogspot.com/2010/11/dana-1-library-pusat-sumber-sekolah.html

Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah http://www.saidiyyah.com/
Tel/Faks : 06-6771232 mtasns@yahoo.com , mtas@saidiyyah.com

Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah http://www.srias-saidiyyah.edu.my/
Tel : 06-677 1197 Faks : 06-679 8661 , sriasns@yahoo.com.my

Alamat : Taman Rashidah Utama, Jalan Paroi-Senawang, 70450 Seremban, N.Sembilan

Ceramah YB Dr Mujahid 27 Nov 2010 Seremban

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 27 Nov 2010 (Sabtu)
Masa : 9 malam
Tempat : PASTI Wildan, Taman Setia Jaya, Ampangan, Seremban (sebelah Masjid Jamek Ampangan, Jln Seremban-Jelebu)
Penceramah :
YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar
HJ MK Ibrahim, YDP PAS Seremban
Cik Kumutha a/p Raman, Ketua Wanita DHPP

Semua dijemput hadir

Sumber : http://czackpy.blogspot.com/2010/11/ceramah-umum-pas-kawasan-seremban.html

20101122

JOM NGAJI Cuti Hujung Tahun 2010 di PASTI Senawang

Pendaftaran Masih Lagi dibuka

PROGRAM MARI MENGAJI
Tempat : PASTI Amal, No. 984, Jalan Teratai 14, Taman Marida, Senawang
Tarikh : 22 Nov - 17 Dis 2010
Masa : 9 pg - 12 tgh (Isnin - Jumaat)
Peserta : Lelaki atau perempuan umur 6 ke 14 tahun

Program ini akan dibahagikan kepada Tiga Kelas iaitu:
Kelas 1 - Tahap Asas (Iqra 1,2,3)
Kelas 2 - Tahap Pertengahan (Bacaan Al-Quran)
Kelas 3 - Tahap Lanjutan (Bacaan Al-Quran, Tajwid & Tarannum)

Peserta dikehendaki membawa sendiri: Kitab Iqra (1,2,3) bagi tahap asas dan
Al-Quran bagi tahap pertengahan dan lanjutan.

Yuran cuma RM 45 ( RM 40 jika lebih seorang dari satu keluarga )
Setiap kelas terhad kepada 20 orang peserta sahaja

Makan dan minuman tidak disediakan
Pelajar perlu bawa rehal sendiri
Pengangkutan tidak disediakan

OBJEKTIF PROGRAM
- Menyemai dan menyuburkan cintakan Al-Quran kepada anak-anak
- Mengisi aktiviti bermanfaat untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah

Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi :
Hj. Faisol Abdul - 019-3440826 (Taman Guru), Nazri Zainal - 019-9103431 (Taman Tasik Jaya), Sufian - 013-3589328 (Taman Jasmin), Hamizi - 012-2832458 (Taman Seremban Jaya), Rozmal – 012-2267406 (Taman Alamanda)

Borang pendaftaran di http://pasti-n9.blogspot.com/2010/11/jom-ngaji-cuti-hujung-tahun-2010-di.html

Murid tahun 3 diajar mencuri sebab susah

Baru-baru ini saya berbual dengan seorang AJK PIBG di sebuah sekolah di kawasan bandar di Negeri Sembilan. Dia kata kawasan bandar lagi ramai murid susah, tak makan pergi sekolah dan sebagainya. Jadi PIBG sekolah dia ambil inisiatif buat tabung untuk bantu pelajar-pelajar yang susah ini. Malahan ada satu kes di mana pihak sekolah menangkap pelajar tahun 3 kerana mencuri.

Lepas siasatan rupanya ibu bapa pelajar ini yang ajar pelajar tadi mencuri di sekolah, mencuri duit guru. Pelajar tadi tidak diambil tindakan , tapi diberi kaunseling.

Hasil dari kerjasama erat PIBG dengan pihak sekolah beberapa pelajar telah dapat dibantu dan prestasi sekolah meningkat naik antara yang terbaik UPSR di Negeri Sembilan.

Sebelum ini ada juga saya jumpa seorang cikgu di kawasan bandar. Dia kata sebenarnya ramai orang yang miskin bandar di sekolah dia yang menghadapi masalah kewangan dan sebagainya.

Musim cuti sekolah ni, pelajar harus diperhatikan dan dibimbing. Jika tidak mereka akan melakukan kegiatan tidak sihat, antaranya mencuri.

Tidak hairanlah kes kecurian semakin bertambah masa cuti sekolah.

Sebelum ini saya dilaporkan terdapat 2 kes pecah rumah siang hari di Taman Alamanda, Senawang.

Lepas tu saya dapat laporan 2 minggu sebelum ini berlaku 2 kes kecurian di Taman Alamanda juga, kehilangan 2 basikal dan MAKANAN KUCING. Makanan kucing pun kena sapu.

Saya yakin setiap perumahan kita, di seluruh Malaysia ini banyak kes pecah rumah. Tetapi disebabkan kita sibuk kerja, dan tiada media yang menghebohkan kes pecah rumah di kejiranan kita , menyebabkan kita tidak ambil kisah.

Banyak kes kecurian melibatkan kelalaian kita, antara , ada dalam rumah tetapi tak kunci pintu depan atau pintu dapur, pencuri akan masuk, kalau terserampak penghuni , mereka akan selamba keluar. Tidak memasang lampu luar rumah, depan dan belakang masa tidur. Halaman rumah yang semak samun. Kawasan jalan belakang rumah yang semak samun,

Jadi sama-samalah kita mempertingkatkan keselamatan.

Media kita sekarang terlalu banyak tumpu isu politik , tak kiralah media BN atau PR, sehinggakan kita lupa keadaan sekeliling kita.

Seronoknya mandi jenazah, potong kapan, gali kubur

Datuk saya Kamaruddin bin Abdullah (mantan Tok Montoghi atau Tok Menteri) dari Kampung Tanjung, Gadong, Kota, N.Sembilan telah meninggal dunia pada 21 November 2010. Sekiranya almarhum datuk saya ada melakukan kesilapan kepada sesiapa yang mengenali beliau , saya mohon dimaafkan. Sekiranya almarhum datuk saya ada berhutang kewangan bolehlah tuntut daripada saya atau ayah saya atau waris terdekat yang lain.

Alhamdulillah majlis pengkebumian telah berjalan lancar. Saya juga sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam majlis tersebut , terutama Tuan Imam Masjid Gadong Cikgu Rahman, Buapak Cikgu Hassan, Pasukan Penggali Kubur yang diketuai oleh Abang Sahak, Team Mandi dan Kafan yang diketuai oleh Amir, juga pemandu van jenazah.

Pada pandangan saya, pasukan pengurusan jenazah Kg Gadong adalah yang terbaik yang saya pernah berurusan. Walaupun mereka ini merupakan orang kampung sahaja, tetapi mereka dari golongan yang muda dan masih sihat. Susah nak dapat team pengurusan jenazah dari kumpulan muda sebegini. Malahan di bandar sekali pun, seperti di Senawang, team pengurusan jenazah ini terdiri dari otai-otai yang uzur.

Justeru itu semua pihak perlulah menarik minat golongan muda menyertai team pengurusan jenazah. Mungkin dengan Tema SERONOKNYA MANDI JENAZAH, POTONG KAPAN, GALI KUBUR

Apa yang seronok mandi jenazah ? Seronok, inilah kali terakhir kita dapat berbakti kepada datuk kita, memandikannya di atas riba. Pengalaman mandi jenazah atas riba susah nak dapat sekarang, melainkan di kampung. Tak suka ke, dapat juga mandi datuk atas riba kita sendiri, kalau kita tak banyak berbakti kepada orang tua kita, atau memandikannya sebelum ini, dapat juga mandikan mereka pada kali terakhir.

Walau bagaimanapun sebagai anak atau cucu, berbakti kepada orang tua bukan setakat memandi, mengkafan dan mengkebumikan mereka. Yang penting ialah menjadi anak dan cucu yang soleh. Anak dan cucu yang soleh, setiap amalan soleh kita akan menggembirakan orang tua kita dalam kubur.

Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal selama-lamanya.

Nota : Sempat berbual dengan AJK Masjid Gadong mengenai van jenazah. Saya kata kepada mereka masa Masjid Gadong baru dapat van jenazah 2 tahun lepas saya sempat memandunya. Tapi kena tolak nak start kerana bateri flat. Saya kata van jenazah ni kalau tak guna, kena start dan bawa selalu. Mereka pun kata begitu, tu sebabnya mereka bawa van jenazah tu pergi ronda-ronda, sebab sepanjang tahun ini hanya 4 kali van tersebut di pakai. Tapi bila bawa ronda-ronda orang pertikaikan kenapa bawa van untuk kepentingan individu. Saya kata, pedulikan apa orang nak kata, mereka perlu tahu bukannya senang nak urus jenazah ni dari A sampai Z, tambahan team Gadong ni bertugas secara sukarela bukan komersial.

20101121

Terkini 2 kes pecah rumah siang hari di Senawang 20 Nov 2010

Hari ini saya mendapat maklumat terdapat 2 kes pecah rumah pada siang hari di Taman Alamanda, Senawang, ketika penghuni keluar rumah. Kejadian berlaku antara jam 1 tgh hingga 5 ptg hari Sabtu 20 November 2010. Mangsa kehilangan barang kemas dan pencuri masuk dengan mengumpil tingkap/pintu belakang. Harap semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat laporan polis walaupun kes pecah rumah tidak melibatkan kerugian.

Nampaknya kes pecah rumah semakin meningkat akhir-akhir ini terutama pada musim cuti sekolah.

Sila rujuk balai polis berhampiran untuk maklumat terkini kejadian pecah rumah dan lain-lain jenayah sekeliling kita.

20101118

Mesti tonton, cerita Cina di TV2, hakim adil dan bijaksana


Saya amat kurang meminati cerita Cina. Dulu masa kecil minatklah juga tengok Kung Fu, Bruce Lee. Tapi lepas tu dah amat kurang minat, sebab ceritanya monotone. Drama Cina , soap opera Cina lagilah tak minat. Tapi entah macamana tertengok cerita Justice Pao di TV2, setia Isnin hingga Jumaat jam 6 petang. Pada saya orang awam, hakim, polis, SPRM dan sewaktu dengannya elok sangatlah tengok cerita ini.

Mulanya isteri saya marah jugalah, kenapalah saya suka sangat tengok cerita Cina yang ini. Akhirnya, isteri saya pun minat tengok. Saya ingatkah Justice Pao atau Hakim Bao atau Bao Dai ini cerita rekaan semata-mata. Rupa-rupanya memang ada Hakim bernama Bao di zaman Dinasti Song pada tahun 999 hingga 1062.

Rupa paras Hakim Bao ini memang agak pelik, kerana kulitnya hitam, tak seperti kulit orang Cina, sementara pada dahinya ada tanda lahir berbentuk bulan sabit yang amat jelas bewarna keputihan.

Hakim Bao ini amat ditakuti oleh para pegawai atasan, pegawai tertinggi, kerabat diraja pada masa itu kerana Hakim Bao ini amat adil dan tegas. Hakim Bao ini pula amat disayangi oleh rakyat jelata. Mana-mana rakyat yang hendak mengadu pada Hakim Bao, cuma perlu ketuk gendang di pejabatnya tanpa perlu buat appointment, tanpa perlu buat laporan polis, laporan SPRM, keluar Aduan Rakyat TV3 dan sebagainya.

Islam mula bertapak di Cina pada tahun 615. Adakah Hakim Bao ini seorang Islam atau pernah belajar mengenai sistem kehakiman Islam ?

Lagi satu yang seronok tengok cerita Justice Pao ini ialah tiadanya adegan yang menjolok mata, muzik yang tak tentu arah, tak macam kebanyakan drama dan filem Melayu sekarang.


****************
Bao Zheng

Known as Bao Gong, a symbol of justice and integrity.

Bao Zheng (999-1062), a household name in China, was an outstanding government official and statesman in the Northern Song Dynasty (960-1127). He was born of a scholar family in Luzhou, now renamed Hefei, in Anhui Province. At the age of 29, he passed the highest-level imperial examinations under the direct invigilation of the emperor and qualified himself as a Jinshi.

As laws and regulations of that time said that a Jinshi could be assigned a leading position, Bao Zheng was appointed magistrate, the head of Jianchang County. But as filial piety was regarded as a highly valued virtue, Bao resigned his position and went home to attend his old and weak parents for ten years. After his parents' death, he was reappointed magistrate of Tianchang County. That year, he was 40.

Bao Zheng proved to be a magistrate of justice, fearlessness and righteousness. His superior wit and talent profoundly impressed people across the nation, including Emperor Renzhong, who successively promoted Bao and assigned him to important offices in various parts of the country.

To most Chinese people, Bao Zheng is known for his strong sense of fair play, his determination to mete out justice without fear and favor and his ability to tell the truth from falsehood. He insisted that anyone, including close relations of the Emperor, deserves punishment if found guilty of wrong doings.

According to historical records, in the 30 odd years when he took office, more than 30 high officials, including some government ministers, were demoted or dismissed because Bao accused them of corruption, bribery, dereliction of duty, misprision, etc. He was such a firm and resolute man that he never gave up what he thought was right. He reported six times to the Emperor to impeach the high-ranked government official Zhang Yaozhuo, uncle of the high-ranked imperial concubine, 7 times to impeach Wang Kui, another official favored by the emperor, and several times to impeach Prime Minister Song Yang.

What is amazing is that as an imperial censor, Bao Zheng always succeeded in convincing the Emperor without inviting misfortune. In history, many imperial censors came to bad ends. Sima Qian (145 B.C. or 135 B.C. -), a great historian, thinker and litterateur, was castrated for a few words for Emperor Hanwu. Wu Kui, Chen Xu, Du Shu, three imperial censors living in Bao's time, all fell off the political stage for their expostulations. Bao Zheng, however, headed off one danger after another and stayed on the stage until his life end. We can't help marveling at this great man's intellect and personality.

Bao Zheng's personality was closely related to his early life. Though his parents could afford to send Bao Zheng to school, their life was not so rich. His mother had to climb up the mountain to collect firewood just before she gave birth to him. Before Bao became county magistrate, he had lived among the low working class, which helped him understand their trouble and hardships. He hated corruption and strongly desired for justice and probity.

His personality was also attributed to a man named Liu Yun. Liu was a magistrate of Luzhou District when Bao was looking after his parents at home. He was not only an excellent poet and litterateur but also a talented and fair-minded official abhorring all evils in the society. He was also a man respecting intellectuals and particularly appreciated Bao Zheng's abilities. As Liu and Bao got along well, Liu exerted great influence on Bao, who cherished loyalty to the throne and love for his country and the people.

Now there are many stories and operas about this extraordinary character in Chinese history. Bao Zheng is respectfully called Bao Gong. His stern black face, looked upon as a symbol of justice and integrity, is easily recognized by all Chinese opera fans, although this is more theatrical than real.

http://chineseculture.about.com/library/weekly/aa110200a.htm

Bukan Islam pun gembira di Hari Raya Aidil Adha

Alhamdulillah, semalam Surau Taman Alamanda, Senawang berjaya melaksanakan ibadah korban sebanyak 2 ekor lembu. Idil Adha disambut sederhana tetapi meriah dengan semangat gotong royong penduduk taman. Seronok rasanya semua berjalan lancar dengan izin Allah.

Agihan lancar, semua licin, sampai ke kepala diagihkan tak sampai sejam setengah semua selesai. Semua nampak ceria. Petugas-petugas dan peserta nampaknya bergembira.

Kemudian lepas solat Zuhur kita pun buatlah jamuan makan tengahari di luar perkarangan surau. Di akhir jamuan, budak-budak tanya saya dan imam, kata budak-budak tadi ada orang luar pagar, boleh tak masuk , dia nak makan.

Saya dan imam kata apa salahnya, masuklah. Seorang lelaki bukan Islam yang nampak kelaparan, datang membawa tupperware untuk bekalan bawa pulang. Dia minta bungkus.

Saya kata makan dulu bersama, kemudian bungkus untuk bawa pulang. Bukan main seronok tengok orang yang benar-benar amat memerlukan makanan menikmati jaman kenduri. Tetamu yang tidak diundang, tetamu yang Allah SWT kirim.

Cuma tertanya-tanya di masjid dan surau lain, yang ada korban sampai berbelas bahkan berpuluh ekor lembu. Kalau cukup petugas, memanglah elok, dari melapah hingga ke agihan.

Anak sahabat saya sepatutnya balik semalam awal untuk Idil Adha, tapi petang baru sampai, katanya dia terpaksa tunggu sampai petang satu masjid di Melaka, korban berbelas ekor, tak ramai yang tolong bergotong royong korban.

Sepatutnya masjid dan surau buat kaji selidik dan persiapan awal berapa had maksima lembu boleh dikorbankan dengan petugas yang ada. Kalau tak majlis korban jadi majlis mengumpat pula.

Sebaiknya dapatkan persetujuan peserta korban kalau dah melebihi had, hantar lembu korban tadi ke tempat dan kawasan perumahan yang susah, terutama di kawasan miskin bandar, kawasan rumah murah, kawasan rumah pangsa, setinggan, gelandangan dan sebagainya.

Kes pecah rumah makin meningkat di Malaysia, polis tolong dedahkan

Saya dimaklumkan terdapat sekurang-kurangnya 3 kes pecah rumah di Taman Desa Dahlia, Senawang semasa cuti Deepavali pada 5 ke 7 November 2010. Sebelum ini kenalan saya di Taman Kobena, Senawang juga berlaku kes pecah rumah. Di Taman Alamanda, Senawang juga berlaku kes pecah rumah pada 17 Nov 2010.

Saya minta sangatlah kepada Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Negeri agar sentiasa kemaskini laman web mereka , kalau boleh siarkan berapa banyak kes jenayah setempat, terutama kes pecah rumah, ragut dan sebagainya agar masyarakat boleh berhati-hati. Lagi elok keluarkan amaran dalam akhbar.

Saya nampak trend pecah rumah ini macam dilakukan oleh remaja sekolah menengah dan mungkin remaja sekolah rendah. Ini adalah kerana mereka mensasarkan hanya wang tunai yang mudah dibawa, barang kemas kadang-kadang mereka tak ambil kerana mungkin nak gadai barang kemas perlukan MyKad.

Tidak hairanlah dalam akhbar akhir-akhir ini semakin banyak laporan remaja bawah umur terlibat dengan jenayah. Ini musim cuti sekolah ni, mungkin mereka akan menambahkan kemahiran untuk pecah rumah siang hari, curi motosikal dan sebagainya.

Lagi satu kalau bolehlahkan Menteri Dalam Negeri beri arahan dan bajet kepada pihak polis supaya menaikkan seberapa banyak banner, bunting , kain rentang dan sebagainya di setiap taman dan kawasan perumahan yang ada kes pecah rumah dan jenayah seperti pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/07/kes-pecah-rumah-serius-di-pahang.html

Kalau tak masyarakat buat tak kisah, kerana mereka menyangka Malaysia adalah kawasan paling selamat.

Dan masyarakat pula, kalau ada kes pecah rumah, tapi tidak melibatkan kerugian yang besar, TOLONG, TOLONG, TOLONG buat laporan polis, entah-entah kita mangsa yang ke 100 tapi polis tak tahu pun ada sampai 100 kes pecah rumah di tempat kita kerana kita ingat kita sorang saja yang kena.

Kes pecah rumah makin meningkat di Malaysia, polis tolong dedahkan

Saya dimaklumkan terdapat sekurang-kurangnya 3 kes pecah rumah di Taman Desa Dahlia, Senawang semasa cuti Deepavali pada 5 ke 7 November 2010. Sebelum ini kenalan saya di Taman Kobena, Senawang juga berlaku kes pecah rumah. Di Taman Alamanda, Senawang juga berlaku kes pecah rumah pada 17 Nov 2010.

Saya minta sangatlah kepada Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Negeri agar sentiasa kemaskini laman web mereka , kalau boleh siarkan berapa banyak kes jenayah setempat, terutama kes pecah rumah, ragut dan sebagainya agar masyarakat boleh berhati-hati. Lagi elok keluarkan amaran dalam akhbar.

Saya nampak trend pecah rumah ini macam dilakukan oleh remaja sekolah menengah dan mungkin remaja sekolah rendah. Ini adalah kerana mereka mensasarkan hanya wang tunai yang mudah dibawa, barang kemas kadang-kadang mereka tak ambil kerana mungkin nak gadai barang kemas perlukan MyKad.

Tidak hairanlah dalam akhbar akhir-akhir ini semakin banyak laporan remaja bawah umur terlibat dengan jenayah. Ini musim cuti sekolah ni, mungkin mereka akan menambahkan kemahiran untuk pecah rumah siang hari, curi motosikal dan sebagainya.

Lagi satu kalau bolehlahkan Menteri Dalam Negeri beri arahan dan bajet kepada pihak polis supaya menaikkan seberapa banyak banner, bunting , kain rentang dan sebagainya di setiap taman dan kawasan perumahan yang ada kes pecah rumah dan jenayah seperti pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/07/kes-pecah-rumah-serius-di-pahang.html

Kalau tak masyarakat buat tak kisah, kerana mereka menyangka Malaysia adalah kawasan paling selamat.

Dan masyarakat pula, kalau ada kes pecah rumah, tapi tidak melibatkan kerugian yang besar, TOLONG, TOLONG, TOLONG buat laporan polis, entah-entah kita mangsa yang ke 100 tapi polis tak tahu pun ada sampai 100 kes pecah rumah di tempat kita kerana kita ingat kita sorang saja yang kena.

Pecah rumah di Alamanda, Senawang, samun di Seremban 2

Kes jenayah semakin menjadi-jadi. Pada 17 Nov 2010 telah berlaku satu kes kejadian pecah rumah di Taman Alamanda, Senawang. Harap semua pihak ambil perhatian dan meningkatkan langkah keselamatan serta membuat laporan polis walaupun kerugian kecil, agar semua pihak sentiasa berwaspada

Tiga diikat sebelum disamun empat lelaki

Utusan Malaysia 18 Nov 2010

SEREMBAN 17 Nov. - Empat sekeluarga terpaksa menempuh pengalaman mencemaskan selepas diikat kaki dan tangan mereka oleh empat lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumah mereka di Park Avenue, Seremban 2, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, kesemua suspek bertopeng tersebut melarikan sebuah televisyen plasma, empat utas jam tangan, telefon bimbit serta sejumlah wang tunai yang kesemuanya bernilai kira-kira RM10,000.

Mangsa, Yap Siok May, 40-an berkata, ketika kejadian dia tidur bersama suami dan seorang anak perempuan berusia empat tahun di sebuah bilik manakala ibu mertuanya berusia 60-an tidur di dalam bilik lain.

"Tiba-tiba saya dan suami terjaga apabila melihat kelibat beberapa lelaki bertopeng berada di dalam bilik kami.

"Salah seorang daripada mereka mengacukan parang ke arah saya dan mengarahkan kami masuk ke sebuah lagi bilik untuk mengejutkan ibu mertua," katanya di sini hari ini.

Siok May memberitahu, kesemua mangsa dikumpulkan dalam sebuah bilik sebelum diikat dengan wayar kecuali anaknya itu.

Ujarnya, penjenayah berkenaan kemudian menggeledah rumah kira-kira sejam sebelum melarikan diri bersama-sama barangan berharga.

"Selepas penjenayah itu keluar, saya membuka ikatan tangan suami dan ibu mertua sebelum menghubungi polis.

"Saya dan keluarga masih trauma dengan kejadian itu bagaimanapun bersyukur kerana kami tidak diapa-apakan," katanya.

Siok May berkata, kumpulan suspek itu dipercayai memasuki rumahnya melalui pintu tepi rumah mereka dengan memotong jeriji besi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan operasi mengesan suspek sedang giat dijalankan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_10.htm

Sekitar Majlis Korban Idil Adha di Surau Taman Alamanda, Senawang 17 Nov 2010











20101116

Jualan Amal Roti Canai Unit Amal N9 12 Dis 2010

JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK
Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pg – 11 pg
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja

Objektif : Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Kawasan Rembau, N.Sembilan

Hubungi :
Nazri 013-3098775
Izamri 013-2124086

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah SAW : Setiap sendi ditubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah. Kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Layari laman blog Unit Amal Negeri Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com

Perkhemahan AMAL 17 ke 19 Dis 2010 Rembau

PERKHEMAHAN DAN MOTIVASI AMAL 2010
Tarikh : 17 – 19 Dis 2010 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Sungai Talan, Kg Bintongan, Rembau, N.Sembilan

Penyertaan terbuka kepada muslimin berumur 9 ke 55 tahun
Yuran RM30 seorang

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

AKTIVITI MENARIK
Kem Solat dan Ibadah
Teori dan praktikal roti canai
Riadah dan Silat Amal
Amal Race
Teori dan praktikal nasi lemak kukus
Malam kesenian
Kembara malam
Penerokaan dan pendakian alam
Teori dan praktikal lemang
Masakan survival
Bengkel Roket Air

Maklumat lanjut hubungi :
Nazri 013-3098775
Izamri 013-2124086
Hamizi 012-2832458

Borang penyertaan pada pautan berikut http://yam-ns.blogspot.com/2010/11/perkhemahan-amal-17-ke-19-dis-2010.html

Barangan yang perlu peserta bawa :
- Pakaian solat dan sukan
- Lampu picit
- Kelengkapan tidur
- Khemah jika ada

Barangan yang disediakan :
- Fail
- Hamper dan hadiah pertandingan
- Bahan membuat roti canai, nasi lemak kukus, lemang dan roket air
- Sijil penyertaan

Sebarang sumbangan kewangan, hamper dan hadiah untuk menjayakan program ini amat dialu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526

Ceramah Orang Asli 26 Nov 2010 Seremban

CERAMAH UMUM
Tajuk : Peranan Dakwah Dalam Perkembangan Islam
Tarikh : 26 Nov 2010 (Jumaat)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Negeri , Seremban
Penceramah : Prof Madya Dr Abdul Ghafar Don , Ketua Pusat Pengajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi, UKM

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut hubungi :
Ust Kamaruddin 019-6236743
Pejabat Masjid Negeri 06-7672890

Bengkel Bahasa Arab 4 Dis 2010 Seremban

BENGKEL BAHASA ARAB
Tarikh : 4 Dis 2010 (Sabtu)
Masa : 8 pg – 12.30 tgh
Tempat : Masjid Negeri, Seremban
Pembimbing : Dr Abd Razak b Abu Chik http://drarabic.blogspot.com
, Pensyarah Bahasa Arab IPGM
Yuran : RM 10

Maklumat lanjut hubungi :
Ust Kamaruddin 019-6236743
Pejabat Masjid Negeri 06-7672890

20101115

IPTA kita gagal lahir graduan buru kerjaya

Saya merasa agak sedih apabila menerima resume permohonan kerja dari lepasan IPT apatah lagi IPTA yang terkenal. Sedih sebab graduan tersebut pada fikiran saya membazirkan wang ringgit menyediakan resume setebal lebih 25 mukasurat siap gambar passport dan dijilidkan dengan plastik keras.

Pada saya ini menunjukkan IPTA tersebut gagal melahirkan graduan untuk memburu kerjaya mengikut kesesuaian tempat dan masa. Apatah lagi graduan tersebut mendapat ijazah kepujian.

Sekiranya graduan tadi memohon kerja di SPA, JPA atau Jabatan Kerajaan mungkin memerlukan resume dan dokumen tersebut. Tetapi pihak swasta tidak memerlukan kebanyakkan dokumen tersebut seperti sijil penghargaan peringkat sekolah, sijil berhenti sekolah rendah, sijil penyertaan, surat beranak dan sebagainya.

Malahan gambar cukup dengan dicetak sekali pada resume, melainkan syarikat tersebut memohon gambar passport.

Sedih tengok graduan peringkat sijil, diploma dan ijazah sekarang ini yang tercari-cari pekerjaan, tetapi gagal pada peringkat awal lagi. Memburu pekerjaan di peringkat swasta tidak sama dengan memburu pekerjaan di peringkat kerajaan dan tentera.

Media sekarang heboh dengan isu bukan bumiputera yang tidak minat menyertai tentera, tetapi lupa dengan bumiputera yang gagal untuk mendapat pekerjaan di syarikat swasta apatah lagi ianya bukan milik Melayu.

Untuk syarikat swasta, apa yang dicari ialah kemahiran , dan minat graduan terhadap syarikat tersebut dengan menjalankan kajian terhadap perkhidmatan dan produk syarikat sebelum hadir untuk temuduga atau menghantar surat permohonan kerja.

Harap semua IPTA, IPT, Kolej Kemahiran, ILP, IKBN, Politeknik mengambil serius pandangan saya ini demi untuk membantu anak bangsa.

Bantuan Mangsa Banjir 28 Nov 2010 Stadium Paroi

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR

Tarikh : 28 November 2010
Tempat : Tempat letak kereta Stadium Paroi, Seremban
Masa : 7.30am - 12.00pm

Ahli Pengakap KELANA A Seremban Timur (PPKAST) akan mengadakan misi mengumpul sumbangan utk mangsa banjir. Barang barang yg boleh di sumbangkan adalah seperti berikut:

1. Pakaian Lelaki Dewasa
2. Pakaian Wanita Dewasa
3. Pakaian Kanak kanak Lelaki dan perempuan
4. Pekaian dan peralatan bayi (pampers dan sebagai nya)
5. Bahan makanan (kering)
6. Barang keperluan harian
7. Lain lain yg difikirkan sesuai.

PPKAST juga menerima sumbangan kewangan dimana duit yg diterima akan digunakan untuk membeli kelengkapan lain yg difikirkan perlu. Tarikh dan tempat sumbangan akan dihantar akan dimaklumkan setelah kami mendapat maklumbalas dari rakan rakan di kawasan yg terlibat.

Segala sumbangan dari pihak tuan tuan/puan puan adalah sangat dihargai.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan:

1. Sdr Faries Faizal (014-5095046) - Pengarah Program
2. Sdr Hafiz Anuar (013-6402120) - Timb Pengarah Program

Sumber http://ppmn9.blogspot.com/2010/11/misi-bantuan-kemanusiaan-mangsa-banjir.html

Gubahan Bunga Intanscraft Seremban


PELBAGAI GUBAHAN BUNGA DARI INTANSCRAFT

Lokasi : Taman Bukit Chedang, Seremban
Hubungi Emel : intanscraft@yahoo.com
Laman Blog http://intanscraft.blogspot.com/

PRODUK :
- Bunga Dulang/Hantaran
- Bunga Hiasan
- Bunga Main Table
- Bunga Pahar /Merenjis
- Bunga Tangan

Pendaftaran Pelajar KAFA Taman Alamanda 2011

HARI PENDAFTARAN KAFA TAMAN ALAMANDA , SENAWANG
KEMASUKAN TAHUN 2011

Tarikh : 1 dan 2 Disember 2010 (Rabu dan Khamis)
Masa : 8.30 pg – 11.30 pg , 12.30 tgh – 5.30 ptg

Maklumat lanjut hubungi
Ustazah Siti Nawani 012-9433839
KAFA Alamanda
No 3A/4A & 4B , Jalan 1 , Taman Alamanda , 70450 Senawang , N.Sembilan
Laman web http://kafa-alamanda.blogspot.com

KEISTIMEWAAN
* Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 5
* Kelas selesa 30 pelajar satu kelas
* Buku Teks dan Aktiviti Percuma
* Pengajian Al Quran , Fardhu Ain , Tauhid , Feqah , Tajwid , Akhlak , Sirah

20101114

Kem Imam dan Bilal Muda 4 ke 5 Dis 2010 Seremban

KEM IMAM DAN BILAL MUDA
4 & 5 Dis 2010 (Sabtu & Ahad)
8.00 pagi - 5.00 petang.
di Surau al-Ikhlas, Garden Homes (Fasa F), Seremban 2.

Pelaburan :
Sebelum 25 Nov : RM 60 (Alumni INFITAH), RM 70 (Pertama kali)
Selepas 25 Nov : RM 90 (Alumni INFITAH), RM 100 (Pertama kali)

Aktiviti :
* Kepimpinan Melalui Solat
* Isu-isu solat berjemaah
* Solat is Simple
* Aplikasi azan dalam kehidupan
* Sains solat
* Aksesori Solat

Pendaftaran online : http://tinyurl.com/infitah-imammuda-s2
atau pun :

SMS nama peserta, umur, alamat rumah, nama penjaga, no. hp ke 016-373 3607 (Arif Asa'ad) @ 013-200 6840 (Mohd Noor)

1) Bank in yuran program & pengangkutan (bagi yang memilih pengangkutan) ke akaun
CIMB Infitah Training & Consultancy, 0507 0000 3581 04.

2) SMS maklumat bayaran (masa, tarikh, nama program & nama peserta) ke
016-373 3607 (Arif Asa'ad) @ 013-200 6840 (Mohd Noor)

* Simpan slip bayaran & bawa ketika hari pendaftaran
* Sebarkan kepada rakan taulan, jiran tetangga mahupun saudara mara untuk manfaat bersama :)

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk pada fan pages Facebook INFITAH Training & Consultancy pada link berikut :
http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/Seremban-Malaysia/INFITAH-TRAINING-CONSULTANCY/286358838873

Hidup melarat kerana Adat Perpatih di N.Sembilan ?


Tanah adat hanya boleh diturunkan kepada anak perempuan. Selain daripada tanah adat segala harta dan tanah boleh diturunkan menurut syariat Islam. Tanah adat sepatutnya adalah milik suku, bukan milik peribadi. Saya tak pasti samada ibu tunggal yang melarat di bawah ini orang luar N.Sembilan dan suaminya orang N.Sembilan. Tapi itulah hakikatnya jika suami tidak bertanah, isteri dan anak-anak mereka akan melarat jika sanak saudara tidak mengambil berat.

Jangan salahkan Adat Perpatih dalam isu ini, salahkan pengamal adat yang tidak mahu berkompromi yang akhirnya anak-anak buah memandang serong pada Adat Perpatih, apatah lagi orang luar.

Tepuk Dada, Tanya Iman.

Sila buat search di Google dan sebagainya untuk ADAT PERPATIH, TANAH TERBIAR, RUMAH TERBIAR, KEMISKINAN

Juga boleh baca artikel Rembau boleh jadi daerah Hantu, perlu diselamatkan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/10/rembau-boleh-jadi-daerah-hantu-perlu.html

SERAH ANAK KERANA MISKIN
Sinar Harian 14 Nov 2010

REMBAU - Kesempitan hidup selepas kematian suami tercinta tiga tahun lalu akibat penyakit jantung menyebabkan seorang daripada empat anaknya terpaksa diserahkan kepada orang lain kerana tidak mampu.

Ibu tunggal, Marzita Mazni, 46, berkata, dia kini menyewa di tingkat atas rumah kedai di pekan Kota sejak tiga tahun lalu. Dia yang tidak bekerja kerana menga-lami masalah kesihatan terpaksa bergantung kepada bantuan disalurkan pihak kerajaan untuk meneruskan hidup bersama anaknya.

Menurutnya, anak sulungnya berusia 20 tahun kini bekerja di Pulau Pinang selepas mengambil keputu-san berhenti sekolah ketika berada di tingkatan dua kerana hilang minat belajar.

“Walaupun tindakannya tidak disenangi ahli keluarga lain, tetapi kami terpaksa akur kerana dia tetap berdegil tidak mahu meneruskan pelajaran. Tetapi saya lega kerana setiap bulan dia tidak lupa mengirimkan wang. Walaupun dalam jumlah yang sedikit, tetapi sudah memadai,” katanya ketika ditemui pada Program Pembasmian Kemiskinan Bandar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota oleh Majlis Daerah Rembau (MDR) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Rembau.

Menurutnya, dia bergantung sepenuhnya wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal utnuk menyara kehidupan mereka anak be-ranak termasuk membayar bil air dan elektrik.

“Saya bersyukur kerana selama tiga tahun berturut-turut terpilih dalam program ini kerana saya tidak mampu membayar sewa rumah. Sekurang-kurangnya melalui program ini dapat mengurangkan beban ditanggung,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Dr Awaludin Said; ADUN Chembong, Zaifulbahri Idris dan Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau (MDR) juga Pegawai Daerah Rembau, Mohd Rawi Baharom.

Difahamkan, melalui peruntukan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar disalurkan kepada MDR diagihkan kepada penerima iaitu atas nama tuan rumah berikutan kegagalan penyewa membayar sewa rumah.

Pemberian RM1,488 berbentuk cek untuk satu tahun iaitu RM124 sebulan diharapkan mampu mengurangkan bebanan penyewa yang layak menerima bantuan terbabit.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8403029.asp

11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, gila


Laporan terkini pada 14 Nov 2010 menyatakan 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental. Penduduk Malaysia kini mencecah 29 juta orang, bermakna hamper 3.3 juta rakyat Malaysia sakit mental, gila dan sewaktu dengannya. Tapi kita masih disibukkan dengan cerita politik, hiburan, mengejar kemewahan, sedangkan saban hari semakin banyak kes bunuh diri, dera isteri dan anak yang berlaku.

Semua perlu bertindak. Media perlu hidupkan semangat cintakan keluarga, jiran tetangga, sanak saudara tanpa batasan agama, kaum dan parti politik. Klinik Mental 1Malaysia perlu diwujudkan di setiap DUN dan Parlimen. JAKIM dan Majlis Agama dicadangkan menubuhkan Unit Kaunseling Online di setiap kariah, daerah dan negeri.

Artikel 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/11/orang-gila-makin-ramai-di-malaysia.html


11.3 PERATUS RAKYAT SAKIT MENTAL
BERITA HARIAN 14 NOV 2010

MCPF minta kementerian sebar maklumat sindrom, cara tangani penyakit

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti tahap kesihatan mental suspek lelaki kes amuk menggunakan pedang samurai yang mencederakan sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki di Rumah Pangsa Alor Akar, Kubang Buaya, Kuantan, kelmarin.

Naib Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sekiranya laporan kesihatan mendapati lelaki itu menderita kerana penyakit kemurungan, Kementerian Kesihatan harus mengambil perhatian serius dengan menyebar maklumat lebih meluas mengenai sindrom itu serta langkah bagi menangani pesakit mental. Beliau berkata, kajian menunjukkan 11.3 peratus daripada 26 juta rakyat di negara ini mempunyai masalah mental dan sekiranya golongan itu tidak diberikan rawatan sempurna, dikhuatiri lebih ramai akan menjadi mangsa. Saya perhatikan trend jenayah dilakukan golongan itu (tertekan dan kemurungan) sering dilaporkan kebelakangan ini. Difahamkan, mereka akan bertindak ganas tanpa disedari sekiranya tidak makan ubat kerana mungkin tidak cukup wang atau lupa mengambilnya.

Ahli keluarga juga perlu lebih peka dengan tahap kesihatan saudara mereka yang mempunyai masalah kemurungan dan kelihatan suka bersendirian. Nasihatkan mereka mengambil ubat pada masa ditetapkan bagi mengelak pesakit bertindak di luar kawalan, katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun parah dengan ibu jari tangan kirinya hampir putus selepas ditetak dengan pedang samurai oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumah mereka.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/11_3peratusrakyatsakitmental/Article

Server Clock
Sunday, 14 November 2010 07:14:15
Malaysia Population Clock
28,362,039
http://www.statistics.gov.my/portal/clockpopulation/index.php

20101111

Teropong bulan, buat roket, belajar parang cuti sekolah

Cuti sekolah tak lama lagi. Banyak aktiviti boleh dibuat di peringkat surau dan taman. Semua pihak dialu-alukan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti. Majlis Agama, Jabatan Mufti pun boleh sediakan pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak ini. Buatlah teropong bulan ke, bengkel roket air ke dan macam-macam lagi. Jangan marahkan anak-anak remaja yang ramai pergi kafe siber main game, kerana kita yang tidak sediakan alternatif untuk mereka.

AJK Surau dan Masjid, Jabatan Agama, Majlis Agama, Jabatan Mufti, JAKIM kenalah berfikir cara Aznil Nawawi untuk menarik minat budak-budak ni ke surau dan masjid selain mengikuti kuliah, ceramah dan solat jemaah.

Pening kepala malam tadi tegur budak yang asyik tengok parang-parang cantik di surau, takutkan mereka terluka. Yang menariknya Encik Zamri tukang parang kata parang yang paling tajam ialah pedang Arab zaman Nabi SAW dan para sahabat. Baling saja kain sutera ke udara, tadah pedang, kain terbelah dua bila jatuh atas bilah pedang, punyalah tajam parang zaman dulu.

Perkembangan ilmu falak
Utusan Malaysia 11 Nov 2010

SETIAP kejadian yang berlaku di alam ini sama ada hujan, ribut petir, gerhana dan sebagainya perlu dikaji dan direnung secara empirik untuk mendapat formula kejadiannya serta bagaimana ia berlaku.

Ini termasuk menghasilkan output dalam bentuk produk yang dapat membantu meningkatkan keimanan dan kualiti hidup.

Dalam kehidupan masa kini, teknologi angkasa lepas yang paling ketara adalah teknologi satelit yang digunakan untuk tujuan kaji cuaca, komunikasi, penyelidikan alam sekitar dan atmosfera serta bagi tujuan ketenteraan.

Semua ini menunjukkan potensi dan manfaat hasil kajian manusia tentang ilmu falak.

Ini sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan hak. Allah menjelaskan tanda-tanda kebesaran-Nya bagi kaum yang mahu mengetahui. (Yunus: 5)

Ternyata, manfaat yang selama ini kita nikmati tanpa disedari daripada perkembangan ilmu falak adalah penentuan tarikh. Ini menjadi lebih penting terutama dalam merancang bilakah mulanya puasa Ramadan. Seterusnya menentukan cuti bagi membolehkan kita merancang perjalanan pulang berhari raya ke kampung.

Sumbangan ahli falak Yunani

Ahli astronomi purba telah memulakan beberapa teori dan siri pencerapan yang berguna untuk kajian falak seterusnya.

Antaranya, Aristarchus (310 SM -230 SM) yang membuat pengukuran saiz serta jarak bulan can matahari.

Erathosthenes (240 SM) mula membuat pengukuran diameter bumi manakala Hipparchus (150 SM) menggunakan kaedah matematik trigonometri untuk perhitungan astronomi.

Ptolemy (120 SM) pula mengemukakan konsep alam sistem geosentrik. Ia menunjukkan bahawa bumi menjadi pusat alam dengan planet lain serta matahari beredar mengelilinginya dengan jarak dan halaju tetap.

Ilmu falak dalam zaman tamadun Islam

Ahli falak Muslim memainkan peranan penting dalam perkembangan dan kemajuan ilmu ini. Mereka telah mengubah skop kajian ilmu falak yang bercorak tradisi kepada saintifik.

Pada zaman khalifah al-Makmum (813-833 M), beliau memerintahkan supaya ukuran lilitan bumi dibuat dengan menggunakan kaedah astronomi dan matematik.

Ahli falak Islam telah berjaya mendapatkan ukuran lilit tersebut sebagai 40,253 kilometer (km). Ukur lilit bumi yang diperolehi dalam pengukuran moden adalah 40,084 km.

Al-Makmum menjadikan kota Baghdad, Kufah dan Basraj sebagai pusat penyelidikan unggul dengan membina kompleks penyelidikan dan makmal yang dikenali Baitul Hikmah.

Pada masa yang sama, terdapat sekurang-kurangnya empat balai cerap yang aktif membuat penyelidikan iaitu balai cerap Kaherah, Qaisun di Damsyik, Shammasiya di Baghdad dan Maraghah di Turkistan.

Antara tokoh cendekiawan Islam dalam bidang ini ialah al-Biruni, al-Khawarizmi, Ibnu Sina dan al-Kindi.

Al-Biruni selain mengkaji tentang geografi dan geologi turut memperbaiki teori qamari mengenai saiz bumi, matahari dan planet.

Al-Khawarizmi pula membuat kajian qamari dan kenampakan anak bulan. Ibnu Sina pula pakar dalam astro fizik manakala ak-Kindi dikenali sebagai pakar matematik dan geografi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Dermasiswa Muallaf di Negeri Sembilan

DERMASISWA MUALLAF

Maklumat kepada Saudara Baru

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ada menyediakan kemudahan dermasiswa untuk saudara baru atau anak-anak saudara baru yang masih bersekolah sama ada sekolah rendah, menengah dan di Pusat Pengajian Tinggi.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan mereka yang berkelayakan untuk menghubungi Unit Ukhuwah Pusat Dakwah Islamiah Paroi ataupun Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan ataupun mana-mana badan NGO yang mereka sertai untuk dapatkan borang berkaitan.

Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar segera

Sumber dari Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
http://yksnegerisembilan.blogspot.com/2010/11/dermasiswa-muallaf.html

Program Berkhatan Kuala Pilah 25 Nov 2010

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI
Tarikh : 25 November 2010 (Khamis)
Tempat : PASTI Az Zaki, Melang, Kuala Pilah
Sunat biasa : RM 100.00, Sunatron : RM 120.00
Doa selamat dan kenduri disediakan.

Sila hubungi :
Mahmuda Aliman 0197613686 (Kuala Pilah/Pasti)
Karim Shahimi 0176019792 (Sri Menanti)
Lina Jali 0192135059 (Senaling)
Hj Saharudin 0136769492 (Bandar Pilah)
Norhayatimah 0136790459 (Juasseh/Pasti)
Rosli Mohamad 0196241581 (Johol)

KORBAN PERDANA
Tarikh : 20 November 2010 (Sabtu)
Tempat : Johol
1 bahagian RM 350.00

CERAMAH UMUM
Bersama Ust Taib Azamudin - YB Baling, Kedah
Tarikh : 11 November 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 malam
Tempat :Kepis Baru, Johol

Maklumat lanjut di Blog Muslimat PAS Kuala Pilah http://muslimatpaskualapilah.blogspot.com

Ijazah Kedoktoran Parang Melayu







Banyak yang dipelajari semasa lawatan Encik Zamri http://zamri-tukangparang.blogspot.com/ tukang parang dan pemilik Mentaus Craft ke Surau Alamanda pada 10 Nov 2010. Pada saya Encik Zamri ini bukan setakat tukang parang, tapi beliau sepatutnya layak mendapat Ijazah Kedoktoran Kehormat kerana ilmunya yang meluas dalam pertukangan parang, ilmu besi, ilmu kayu, ilmu seni Melayu, ilmu penyembelihan menurut cara Islam yang sebenar.

Beliau tidak kedekut untuk berkongsi semua ilmu yang ada, walaupun hanya seketika lawatan beliau ke Surau Alamanda, tapi banyak ilmu yang diperturunkan.

Antara beberapa ilmu yang saya pelajari pada malam tersebut ialah :

1. Ciri-ciri parang Negeri Sembilan ialah pengikatnya di luar. Hulunya ialah Buah Jering dan Tanjak Dendam Tak Sudah

2. Parang Pahang pengikatnya di dalam.

3. Parang Kelantan tiada pengikat, mereka akan selit sahaja di pinggang.

4. Parang untuk sembelihan mestilah betul-betul tajam sepertimana yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW. Tajamnya sampai boleh cukur bulu roma.

5. Parang untuk sembelihan yang terbaik guna besi D2, kemudian spring Land Rover

6. Untuk mengasah parang, pada asahan yang terakhir gunakan sabun mandi agar parang lambat berkarat, kerana sabun ada minyak.

7. Batu asah yang paling elok ialah batu jenama ..... , boleh dapat di selatan tanahair. Encik Zamri pun ada simpan sedikit stok batu asah ini.

8. Cara-cara mengeluar dan memasukkan parang ada caranya , untuk mengelakkan kemalangan dan kerosakan pada sarung.

9. Encik Zamri berpengalaman 16 tahun dalam pertukangan parang. Mempunyai 6 orang pekerja. Membuat dari A sampai Z. Bukan setakat sarung parang, malahan membuat bilah parang. Jarang orang Melayu yang pandai membuat bilah parang.

10. Parang juga boleh dibuat hantaran perkahwinan. Encik Zamri juga ada menyediakan parang untuk hantaran perkahwinan siap dengan bekasnya.

KESIMPULAN :

1. Parang ini boleh dimajukan sebagai industri yang boleh menjana hasil ekonomi negara dan negeri dan memberi banyak peluang perkerjaan kalau betul caranya.

2. Masjid-masjid, surau-surau perlu mempelbagaikan pelbagai ilmu dalam kuliah dan ceramah, kerana ilmu parang juga adalah sebahagian dalam tuntutan Islam dalam acara penyembelihan.

3. Perlu ada usaha terancang untuk mengekalkan dan memajukan industri pertukangan Melayu.
4. Perhimpunan Agung UMNO dan Muktamar PAS sepatutnya mempromosi industri sebegini kerana ianya memenuhi ciri seni Melayu dan ciri tuntutan Islam pada gerai jualan mereka.

5. Ilmu yang ada ini perlu dibukukan, diseminarkan, dibengkelkan, di SEJARAH kan dan sebagainya.

Kalau nak tahu lebih lanjut, jumpalah sendiri Encik Zamri di bengkelnya , di Jelebu , Negeri Sembilan.

Barulah kena dengan slogan HOBIN JANG HOBIN !

20101110

Kem Remaja Muslim 11 ke 13 Dis 2010 Kuala Pilah


KEM REMAJA MUSLIM 2010
Tarikh : 11 - 13 Dis 2010 (Sabtu-Isnin)
Tempat : D’Kok Eco Camp, Kuala Pilah, N.Sembilan

Peserta : Remaja 13 - 17 tahun lelaki dan perempuan
Pelaburan : RM 80 (Termasuk makan minum, penginapan, aktiviti, takaful, sijil penyertaan & pengangkutan dari Seremban)

ANTARA AKTIVITI MENARIK !
- Team Building dan Aktiviti Berkumpulan (Outdoor & Indoor)
- River Crossing
- Jungle Trekking
- Pengisian ruhi dan motivasi dari penceramah berpengalaman
- Solat jamaah, zikir Ma’thurat, kuliah Subuh, bacaan Al Quran dan Qiyamullail

Hubungi :
En Norhelmi Jamil 019-2445736 ibnujamil@yahoo.com
Pn Kaslawati Kassim 019-6230101 anaksemut2003@yahoo.co.uk
Ustaz Faisol 019-2239724

Anjuran :
Kelab Remaja ISMA NS (KRIM)
No. 32A, Jalan Bunga Raya 9
Senawang Business Centre
Taman Tasik Jaya , 70450 Seremban
Fax 06-6785268

KEPERLUAN PESERTA
- Keperluan peribadi
- Pakaian sukan
- Kasut
- Al Quran
- Al Ma’thurat
- Pakaian sembahyang
- Selipar
- Kain Basahan

Maklumat lanjut serta Borang Penyertaan di Blog Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) , N.Sembilan pada pautan berikut http://krimns.wordpress.com/2010/11/10/program-cuti-sekolah-kem-remaja-muslim-kembali/

20101109

Pemuda tetak ibu dengan kapak di Pahang


Berita Harian 9 Nov 2010

PEKAN: Seorang lelaki berusia 23 tahun menetak sehingga mati ibunya dengan kapak selepas mendakwa mangsa dirasuk makhluk halus di FELDA Chini, malam tadi.

**********
Kes pembunuhan 4 sekeluarga di Gemencheh sebelum ini bukan yang pertama dan terakhir.

FAKTA :
- Malaysia terlalu kurang doktor pakar sakit jiwa
- 3 juta rakyat Malaysia berisiko hidap sakit mental
- 50,000 cubaan kes bunuh diri setiap tahun di Malaysia
- JAKIM perlu tubuh banyak pusat kaunseling secara terus dan online
Semua Fakta ini pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/11/orang-gila-makin-ramai-di-malaysia.html

Adakah ini semua musibah atau bala ?

Peniaga Melayu tak pandai hidupkan Kompleks Perniagaan

Dimanakah silapnya banyak kompleks perniagaan Melayu di Malaysia ini kurang pelanggan ? Salah siapa ? Peniaga, agensi kerajaan seperti MARA, UDA atau salah kita orang Melayu? Tak payahlah salahkan sesiapa. Apa yang kita boleh bantu, kita bantu. Orang lain tak nak bantu, biarkanlah.

Contoh macam tukang parang Encik Zamri http://zamri-tukangparang.blogspot.com/ dari Jelebu. Saya tak kenal pun Encik Zamri ni, tapi terjumpa laman blog dia apabila saya sedang mencari parang sempena Idil Adha. Lantas saya ajukan kepada sahabat-sahabat mengenai parang Mentaus Craft, kerana saya lihat ianya memang berkualiti dan ada potensi besar untuk dijadikan sebuah industri seni, pelancongan yang dapat memberi keuntungan kepada semua pihak.

Saya tak tanya pun Encik Zamri ni orang parti apa pun, UMNO ke , PAS ke, PKR ke. Yang penting saya dapat lihat potensi industri ini. Dan saya dimaklumkan insyaAllah Rabu 10 November 2010 beliau akan muncul dalam Rancangan MHI TV3. Semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah kepada Encik Zamri dan semoga Encik Zamri dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Sebelum ini pun saya ada menulis artikel mengenai kurangnya sambutan pelanggan di Seremban milik orang Melayu seperti di Bazaar MAINS, Plaza MARA Seremban dan Plaza UDA Ampangan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2008/10/faktor-bazaar-mains-kurang-pengunjung.html

Juga kisah syurga kain di KM Plaza Seremban yang dijalankan oleh peniaga Melayu Champa (Kampuchea) http://waghih.blogspot.com/2008/01/seremban-syurga-kain-tudung.html . Mungkin KM Plaza ini boleh juga dipanggil Little Malay Champa.

Juga boleh kunjungi blog Usahawan N.Sembilan yang saya kemaskini , jika ada kelapangan tanpa sebarang bayaran di http://usahawann9.blogspot.com/

Harap pihak MARA atau Dewan Perniagaan Melayu atau Pusat Zakat dan sebagainya dapat menyediakan laman web yang ada direktori usahawan yang dikemaskini dari masa ke semasa.

Orang Melayu ni , kena banyak belajar merendah diri untuk maju. Macam resmi padi, makin berisi , makin tunduk. Bukan resmi lalang.

Macam Leman Dawi, yang berjaya memajukan gerai milik PBT yang bertahun-tahun terbiar di jalan Seremban-Tampin , akhirnya menjadi pusat jualan Cendol Leman Dawi

TAK SEHEBAT NAMA
Berita Harian 9 Nov 2010

KOMPLEKS Niaga Tongkang Pechah lengang, manakala ramai peniaga tutup perniagaan berikutan kurang sambutan.Kompleks Niaga Tongkang Pechah sepi, gagal tarik pengunjung

BATU PAHAT: Kompleks Niaga Tongkang Pechah di sini berada dalam keadaan seolah-olah ‘hidup segan, mati tak mahu’ apabila keadaannya semakin sepi dan terbiar berikutan kebanyakan peniaga menutup perniagaan mereka disebabkan jumlah pengunjung yang berkurangan, sejak dibuka empat tahun lalu. Entah di mana silapnya, kompleks niaga gah yang menjadi mercu tanda Pekan Tongkang Pechah itu kelihatan suram dan tidak bermaya walaupun kedudukannya di tengah pekan dan terletak di jalan utama.

Tinjauan Edisi Johor ke kompleks dua tingkat yang mempunyai kira-kira 40 lot niaga termasuk medan selera di tingkat atas bangunan berkenaan yang dibangunkan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) baru-baru ini, mendapati hampir semua lot niaga di situ tidak beroperasi melainkan empat kedai yang mengusahakan perniagaan dandanan rambut, gerai air, buah-buahan serta kedai jahit.

Malah, ketika tinjauan dijalankan, keempat-empat lot niaga berkenaan tidak dikunjungi pelanggan melainkan pengusaha perniagaan terbabit yang tetap setia menanti kedatangan pengunjung walaupun keadaan kompleks berkenaan tidak mengujakan mata yang memandang.

Seorang peniaga yang masih bertahan berniaga di situ yang hanya dikenali sebagai Ah Leng berkata, keadaan suram dan sepi kompleks berkenaan adalah pemandangan harian biasa yang ditempuhi beberapa kerat peniaga yang masih membuka perniagaan mereka di situ.

“Dulu masa baru dibuka, kompleks ini meriah kerana kebanyakan lot niaga terutama di bahagian dalam dan depan bangunan ini dibuka tetapi selepas beberapa bulan, mereka menutup perniagaan selepas kedatangan pengunjung mendukacitakan.

“Kini hanya kira-kira empat lot perniagaan saja masih membuka perniagaan termasuk saya selepas ia mula dibuka sejak Januari 2007. Kami tidak tahu mahu ke mana lagi selain berniaga di sini walaupun pendapatan harian tidak memberangsangkan tetapi lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa,” katanya.

Seorang penduduk, Taufik Hamsan, 36, berkata pihak yang menguruskan kompleks berkenaan seharusnya membuat perancangan teliti sebelum mahu membuka kompleks niaga seperti itu supaya tidak membazir, menjadi projek gajah putih dan hanya memanfaatkan golongan kontraktor saja.

“Jika dilihat daripada luarannya, kompleks ini lengkap kemudahannya kerana selain selesa dan besar, ia juga mempunyai tempat letak kereta di sekelilingnya, tetapi malangnya tiada tarikan kepada pengunjung.

“Niat MPBP untuk membina kompleks ini amat murni iaitu untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat yang berminat berniaga, tetapi malangnya ia tidak kesampaian pula.

“Bagaimanapun, mungkin pihak berkenaan boleh melakukan sesuatu termasuk mengadakan skim khas kepada golongan belia yang minat berniaga supaya kompleks ini dapat disemarakkan lagi,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Taksehebatnama/Article

WANITA KIAN AKTIF BERNIAGA
Utusan Malaysia 5 Nov 2010


Antara peniaga wanita yang kini boleh berbangga memiliki kedai berkonsepkan busana muslimah di KM Plaza Jalan Tuanku Munawir, Seremban.
---------------------------------

SEREMBAN 4 Nov. - Kuasa wanita dalam sektor perniagaan tidak boleh dipandang sepi, sebaliknya transformasi yang berlaku hari ini telah melonjak perubahan besar terutama dalam membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Hakikat itu menyebabkan semakin ramai golongan wanita yang dahulunya menghabiskan masa sebagai suri rumah, meneroka bidang perniagaan kecil- kecilan untuk menangkis persepsi kononnya mereka tidak mampu bersaing dalam sektor mencabar ini.

Justeru kini ramai wanita dilihat semakin berani menerobos perniagaan secara kecil-kecilan.

Ini diakui oleh seorang peniaga, Norlida Abd. Hamid, 30, yang berpendapat keadaan seperti ini bukan sesuatu yang janggal malah, ia juga dilihat sebagai satu cara bagi meningkatkan pendapatan keluarga.

''Saya fikir adalah baik wanita menceburi bidang perniagaan berbanding menjadi suri rumah sepenuh masa. Kalau ada masa yang terluang tidak salah bagi mereka untuk berniaga.

''Banyak tanggungan yang perlu di bayar seperti persekolahan anak-anak oleh sebab itu jugalah wanita dilihat perlu menerokai bidang perniagaan walaupun berskala kecil," katanya.

Bagi peniaga Mariah Arshad, 62, yang mengusahakan perniagaan pisang goreng berkata, dia kini mampu menyara kehidupan keluarganya sejak suaminya tidak lagi bekerja.

''Saya sudah mengusahakan perniagaan ini hampir 40 tahun. Desakan hidup menjadi faktor utama saya menceburi bidang ini.

''Kebetulan pula suami tidak mempunyai sebarang bantuan dan duit pencen, sebab itu saya perlu memikirkan sesuatu untuk menyara keluarga.

''Alhamdulillah, walaupun ada masanya perniagaan tidak begitu memberangsangkan, bolehlah menyara keluarga," ujarnya.

Bagi peniaga Yati Abu Bakar, 44, beliau memulakan perniagaan dengan berbekalkan sedikit modal dan minat yang mendalam.

''Saya mula berniaga secara kecil-kecilan sejak lima tahun yang lalu di pasar malam Kuala Lumpur dan kini saya dapat membuka sebuah kedai, hasil titik peluh sendiri.

''Kini impian saya telah tercapai untuk memiliki kedai berkonsepkan busana muslimah, yang di berikan nama An Najihin Collection di KM Plaza Jalan Tuanku Munawir,'' katanya.

Jelasnya, ini merupakan salah satu cabang utama untuk wanita terus berjaya walaupun kerjaya itu sangat mencabar.

Anaknya, Nuraini Nabila Adrizal, 22, turut menceburi bidang perniagaan itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=1105&pg=ws_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&y=2010