KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100115

Malaysia kena bina lebih banyak Klinik 1Mental

Pada tahun 2008 Malaysia ada 400,227 pesakit mental.
Pada tahun 2003 Malaysia ada 190,255 pesakit Schizophrenia
Pada tahun 2006 N.Sembilan mempunyai pesakit mental paling ramai di Malaysia iaitu 21.1 peratus dari penduduk di negeri ini.

Tan Sri Lee Lam Thye menegaskan pesakit mental telah dikategorikan sebagai OKU (Orang Kurang Upaya) menunjukkan betapa seriusnya pesakit mental ini perlu perhatian. Mungkin sekarang ada setengah juta OKU Mental di Malasyia.

Kosmo 15 Jan 2010 melaporkan Malaysia ada 300,000 orang penganggur.

Harga barang makin naik. Yuran sekolah makin naik. Kita tunggu pula masalah mereka yang nak masuk IKM, IPT, Politeknik selepas ini.

Nak kahwin, Mas Kahwin dah naik , Hantaran melambung naik macam pasaran saham RM 5000, RM 10000, RM 15000.

Nampaknya bukan sahaja Klinik 1Malaysia patut diadakan , tapi Klinik 1Mental perlu ditubuhkan.

Cakap banyak tak guna. Marilah kita tengok jiran tetangga, saudara mara kita yang susah. Tubuhlah Tabung Keluarga dikalangan sanak saudara kita, sepupu sepapat, rapatkan kembali silaturrahim.

Duit tabung masjid , gunakanlah sebaiknya untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan makanan, pelajaran dan sebagainya. Buat majlis perkahwinan berama-ramai bukan setakat untuk jimat kos , dapat kurangkan pesakit mental, gejala sosial dan sebagainya.

Yang lelaki banyaklah solat jemaah di masjid dan surau. Bukan setakat dapat pahala berlipat-lipat kali ganda, dapat bincang dan selesai masalah setempat insyaAllah.

Apo kan dayo. Orang politik dok sibuk berpolitik yo. Siapa patut jadi calon ? Siapa patut jadi Ketua Bahagian ? Siapa patut jadi JKKK ? Tambah ahli, tambah bini.

***************
Utusan Malaysia 15 Jan 2010
Ramai gagal urus tekanan hidup

Kemunculan kes mental yang banyak pada hari ini menggambarkan keadaan kritikal dalam masyarakat yang perlu dibendung segera.

Banyak lagi kempen gaya hidup sihat, bengkel atau ceramah tentang kemahiran penyelesaian masalah dan emosi positif, program kesihatan mental perlu dilaksanakan secara berterusan dan dinilai keberkesanannya demi menjadikan keluarga dan ahli masyarakat sihat bukan sahaja dari segi fizikal malah mempunyai fikiran, emosi dan rohani yang berkualiti tinggi dan sahsiah diri yang dihormati.

ABDUL RAZAK ABD. MANAF, PhD
Program Pengurusan Kerja Sosial,
Universiti Utara Malaysia,
Sintok, Kedah

Artikel penuh di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

***************
Berita Harian 15 Jan 2010
Pesakit mental dikategori OKU

MERUJUK laporan dalam Berita Harian pada 3 Januari lalu yang membawa berita petikan Bernama melaporkan saya atas kapasiti sebagai Pengerusi Institut Keselamatan Pekerja dan Kesihatan Kebangsaan (Niosh) mencadangkan kepada kerajaan untuk memasukkan pesakit mental di bawah kategori orang kurang upaya (OKU).

Perhatian saya dialihkan kepada fakta bahawa kerajaan pada Julai 2009 meluluskan tujuh kategori OKU dengan mengambil kira individu yang mengalami sakit mental.

Di sini saya ingin membuat penjelasan bahawa saya tidak sedar mengenai kemasukan kategori itu ketika membuat komen di media oleh kerana sejak beberapa tahun lalu, saya mencadangkan supaya pesakit mental di negara ini di letakkan dalam kategori OKU.

Saya menyambut baik dan menyokong langkah kerajaan untuk memasukkan pesakit mental dalam kategori OKU.

Saya turut yakin ia akan dikongsi bersama oleh semua pihak yang terbabit membantu golongan pesakit mental.

TAN SRI LEE LAM THYE,
Kuala Lumpur. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Surat/20100114230334/Article/index_html

***************
190,255 rakyat Malaysia hidap Schizophrenia setakat 1 Julai 2003.
Sumber http://www.cureresearch.com/s/schizophrenia/stats-country.htm

***************
Utusan 22 Jun 2009 – Pertambahan pesakit mental yang berterusan boleh mengakibatkan negara mengalami kerugian sehingga mencecah RM1 bilion kerana produktiviti negara terjejas akibat masalah tersebut.

Beliau mengulas kesan daripada jumlah pesakit mental di negara ini yang terus meningkat sebanyak 400,227 kes pada tahun lalu (2008) berbanding 364,196 kes pada tahun sebelumnya (2007).
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0623&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm&arc=hive

***************
Kosmo 27 Nov 2008
Negeri Sembilan paling ramai sakit mental

Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental mental, diabetes dan obesiti paling tinggi di seluruh negara di kalangan orang dewasa.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ismail Taib berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan 2006 lalu yang mendapati seramai 15.33 peratus penduduk negeri ini yang berusia 18 tahun ke atas dikesan menghidap diabetes, diikuti masalah kesihatan mental (21.1 peratus) dan obesiti (18.6 peratus).

Beliau yang juga ADUN BN Linggi memberitahu, masalah kesihatan mental kanak-kanak dan remaja seramai 31.2 peratus dan berada pada kedudukan kedua seluruh negara.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm

***************
Kosmo 15 Jan 2010
Nasib 300,000 penganggur dibela

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengumumkan langkah drastik mewujudkan segera pusat komuniti pekerjaan untuk membantu 300,000 penganggur di negara ini mendapatkan pekerjaan.

Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, tumpuan utama pihaknya tahun ini adalah menyediakan perkhidmatan sokongan kepada golongan pencari kerja bagi memastikan penempatan pekerjaan bertepatan dengan kelayakan dan minat mereka.

"Kita berharap dalam tempoh empat atau lima bulan ini dapat mewujudkan 11 pusat komuniti pekerjaan ini di beberapa tempat seperti pusat beli-belah dan stesen bas.

"Di samping itu kita juga akan gunakan bangunan-bangunan Perkeso untuk mewujudkan pusat tersebut dengan menempatkan pegawai yang berpengalaman untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada pencari kerja ini,'' katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Tiada ulasan: