Rasanya kes pertama serangan ikan disyakki ikan yu ke atas pengunjung pantai Telok Kemang di Port Dickson.
Kerajaan sepatutnya mengarahkan supaya pantai ini ditutup serta merta sehingga dapat disahkan jenis ikan yang menyerang bekas pemain bolasepak Melaka dan tindakan susulan yang harus diambil.
Laman web ini http://www.flmnh.ufl.edu/fish/Kids/Avoid/avoid.htm
menyatakan antara sebab ikan yu menyerang manusia di pantai jika adanya sistem kumbahan atau sistem pembentungan yang mengalir terus ke pantai berkenaan. Air kumbahan menjadi tarikan ikan kecil, seterusnya menjadi tarikan ikan besar.
Antara langkah yang perlu diambil setelah disahkan pantai Telok Kemang selamat ialah :
1. Sentiasa berenang dalam kumpulan
2. Jangan berenang jauh dari pantai
3. Jangan berenang waktu malam, subuh dan senja kerana ikan yu aktif pada masa ini
4. Jika ada luka jangan mandi, ikan yu boleh hidu dan jejak mereka yang luka
5. Jangan pakai rantai, gelang, subang dan sebagainya kerana ikan yu suka benda berkilau.
6. Jangan mandi tempat pantai ramai orang memancing
7. Elakkan pakaian yang terang warnanya dan pakaian yang berwarna warni
**************************
Laporan akhbar serangan ikan yu di PD http://pasns.blogspot.com/2010/01/serangan-ikan-yu-di-port-dickson-tutup.html

1 ulasan:
saya lahir di port dickson. pernah bertugas sebagai penyelamat pantai jpam dan penyelam jpam selama hampir 8 tahun. kat pd tu kalau setakat ikan alu2x, yu bodoh, yu pasir dan biawak air masin tu ada ler. sebelum saya bertugas biasanya saya warm-up berenang ketengah laut bersama anak2x buah saya budak rungus (sabahan) spesis bajau laut gak. tak de apa2x masalah pun kat laut tu. kite orang biasa menyelam p.d. tak de ape2x pun. ok je.sepekara lagi kalau terpijak menatang yang saya sebutkan ni. pasti dier gigitnye macam kucing dan anjing la. tapi gigi menatang ni tajam, kalau tak percaya tanya penyelam pro. kat p.d ni yu dier pun kecil je biasanya ada kat bagan pinang sampailah kat pekan p.d tu. biasanya sekilo lebih je. sepanjang saya bertugas kat p;d saya hanya banyak menyelamatkan mangsa yang hampir lemas. yang paling banyak 16 orang dalam satu hari masa ribut keling. biasanya orng p.d tak mandi orang luar yang degil je yang mandi terutamanya org arab. kalau kes kulit terkoyak tu banyak le sebab terlanggar tembok yang banyak teritip dan terpijak batu karang. harus diingat ada sesetengah batu karang lebih tajam dari pisau. tang buaya tu kalau tersesat tu memang ada tapi dier balik semula ke linggi. buaya tu tau manusia tu lebih jahat dari binatang. suka membunuh, menfitnah dan merosakkan alam ini. untuk makluman tak lama lagi saya dan penyelam pro yang lain akan menyelam diperairan p.d untuk mencari kawasan karang untuk diwartakan sebagai taman laut yang boleh menjanakan income untuk penduduk p.d khususnya orang melayu kat pantai tu dan ekologi hidupan laut dapat dipulihkan kerana selepas ini jabatan taman laut akan dibawa masuk ke negeri sembilan. utk makluman undang2x taman laut ni tegas. harapx2 orng p.d takyah lagi gi tangkap ikan lagi sebab bawak pelancong dan penyelam lagi banyak income.perkara ni pun sebenarnya dah lama kerajaan negeri fikirkan untuk kebaikan penduduknya. dan pantai p.d tu tak perlulah tutup takde masalah pun, orang sana pun nak cari makan. janganlah pasal pas kalah kat bagan pinang nak tutupkan pantai lak. tu zalim nama dier.
Catat Ulasan