KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100129

Nasib peniaga Melayu di Seremban, mana pejuang ?

Agak-agaknyalah lepasan IKM atau Giat MARA kalau nak buka bengkel cat kereta di Senawang mampu ke nak sewa kedai beribu-ribu ringgit ?

Dulu banyak dibuat konsep bengkel MARA di bandar-bandar. Tapi sekarang rasanya tak adalah lagi dah konsep bengkel MARA. Lagi nak dirobohkan adalah, tambahan di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Buat Bazaar MAINS nak tolong Melayu dibuatnya tengah-tengah bandar Seremban yang bukan majoriti orang Melayu.

Akhirnya bukalah Melayu gerai burger depan Family Store, buka warung nasi ayam bawah pokok.

Lepasan IKM dan Giat MARA , bekerjalah dengan kedai-kedai motosikal atau kedai cat kereta bangsa lain.

Tidak hairanlah taman-taman sekitar Senawang ini ramai orang Melayu buka kedai bengkel motosikal, bengkel besi, bengkel cat kereta di halaman rumah. Nak dibuat aduan pada Majlis Perbandaran, mana pula mereka nak berniaga.

Rasanya fenomena ini berlaku di seluruh negara.

Mana perginya pejuang Melayu ? Sibuk berpolitik agaknya. UMNO nak tambah ahli. PAS nak tambah ahli. PKR pun nak tambah ahli.

Ada pun gerai Majlis Perbandaran Nilai di Taman Tuanku Jaafar , banyak pula masalah. Sila tengok dan baca keluhan peniaga Melayu di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/01/medan-selera-taman-tuanku-jaafarmohon.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BERNIAGA TAK PERLU PEJUANG. PEJUANG YANG SEBENAR ADALAH DIRI KITA SENDIRI. PENIAGA DI TTJ PATUTNYA JAGALAH KEBERSIHAN. KALAU NAK BERNIAGA, BERNIAGALAH DENGAN CARA YANG BETUL, NI SAMPAI KERETA NAK LALU PUN SUSAH, KALAU KEMALANGAN SAPE NAK TANGGUNG. SEBENARNYA BANYAK KURSUS PERNIAGAAN YANG TELAH DI BUAT OLEH PIHAK AGENSI KEUSAHAWANAN DI NEGERI SEMBILAN. CUMA ADA SESETENGAH USAHAWAN TERLALU MANJA SANGAT NAK BERUSAHA. KALAU NAK TAHU ADA LEBIH 26000 SYARIKAT ENTERPRISE BUMIPUTERA DI NEGERI SEMBILAN DAN KALAU DI TOLAK KONTRAKTOR ADA DALAM 13000-16000 USAHAWAN BUMIPUTERA. UNTUK KESELURUHAN USAHAWAN YANG BERDAFTAR DENGAN SSM DI NEGERI SEMBILAN ADA LEBIH KURANG 66000 ORANG TERMASUK KAUM-KAUM LAIN. TINGGAL LAGI ORANG MELAYU NI KURANG BERMINAT UNTUK MEMBELI RUMAH KEDAI.ITU BELUM LAGI DI CAMPUR PENIAGA PASAR MALAM BUMIPUTERA. SEBENARNYA DALAM SETAHUN, SAYA TELAH MENJEMPUT PUNB UNTUK MEMBUAT TAKLIMAT PEMBIAYAAN PERNIAGAAN DI DEWAN SUK N.S TAPI YANG HADIR UNTUK SETIAP SESI ADALAH DALAM 50-80 ORANG.