KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100131

Judi, tlg jangan beli Utusan, Berita, Metro, Kosmo

Tak ada perasaan dan iman ke bila kita lalu depan kedai judi di pekan Senawang, pekan Rembau dan lain-lain tempat di kedai judi berlesen di Malaysia ini, majoriti pelanggannya ialah orang Melayu, tak kira tua muda.

Makin parah orang Melayu di Malaysia ini. Yang tak sembahyangnya, yang buang anak, yang berzina, yang minum arak, yang berjudi dan macam-macam hal.

Marilah kita ajar suratkhabar yang tak reti bahasa ini, yang menghancurkan orang Melayu dengan menyiarkan iklan-iklan judi dalam akhbar mereka.

InsyaAllah kalau dah tak ada lagi iklan judi dalam akhbar mereka, sesiapa nak beli akhbar ini selepas itu terpulanglah.

Selamatkanlah bangsa Melayu kita. Cuba lalu depan kedai judi kalau tak percaya.

Jangan disebabkan oleh kita membeli akhbar Utusan, Berita, Metro dan Kosmo ini akan menyebabkan kita ditanya macam-macam semasa roadblock oleh pihak berkuasa dalam kubur dan di akhirat nanti.

Tiada ulasan: