Sebelum ni saya menulis ibu bapa kena bawa tukul besi ke sekolah bermula tahun 2010 kerana bajet Kementerian Pelajaran dipotong berbillion ringgit. Kenalah ibu bapa bantu baiki kerosakan di sekolah. Artikel tersebut pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/12/ibu-bapa-kena-bawa-tukul-besi-ke.html
Baru-baru dalam satu mesyuarat guru-guru di sebuah sekolah di N.Sembilan, guru besar sekolah tersebut kata tahun 2010 ni jangan nak minta baiki apa-apa. Guru besar dulu kata , masa zaman dulu kalau sekolah atap bocor senang saja, tadah baldi.
Jadi guru tahun 2010 ni siaplah bawa baldi dalam kereta. Kalau ada kelas atap bocor boleh tadah baldi. Ibu bapa pun digalakkan bawa baldi kalau baldi guru tak cukup.
Guru besar tadi pun kata mulai tahun 2010 ini , penghawa dingin di pejabat hanya boleh dipasang bermula jam 10 pagi, untuk jimat elektrik, kerana Jabatan/Kementerian Pelajaran tak bayar lagi bil air dan elektrik sekolah, sekolah perlu bayar sendiri.
5 ulasan:
kalau begini, lebih baik swastakan saja semua sekolah kebangsaan.
menteri pelajaran dan pendidikan lebih baik letak jawatan. saya percaya guru satu malaysia menyumpah beliau.
Apakah harapan rakyat kepada institusi pendidikan di Malaysia jika ini keadaan yang ditonjolkan dan yang terjadi dalam institusi tersebut yang didokong oleh orang yang suka ber'politik' di dalamnya.
Kita kesihan kepada guru yang masih mempunyai semagat 'guru sejati' yang terpaksa berada dalam kelompok mereka yg suka 'politik' ni.
Persoalannya, mampukah mereka semua tu mendidikan anak-anak kita menjadi manusia yang bermoral ?
Salam, nampaknya macam tu lah KPM ni- Dhaif! Kami di BPG pun dipanggil mesyuarat dari Utara ke Putrajaya kalu p dgn public transport x leh claim, kena p dgn trsport maktab. Kena start travel kol 3pg utk attend meeting kol 8pg di BPG putrajaya. Pensyarah wanita ni- aiieeesh takutnya berdua2an dengan driver je. Takkan attend meeting demi keselamatan rakyat malaysia! KPM-Prihatin masih kurang!
kesian PM,kerja keras untuk memenangi hati rakyat...tapi telah dirosak kan oleh seorang tok menteri kaki pengampu....bodek ketua rakyat menderita....hati batu.
Catat Ulasan