KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100110

Kes bunuh, Kerajaan tak serius rawat pesakit mental

(Pemimpin dan ahli politik terutamanya UMNO, PAS dan PKR, tolonglah tengok masalah rakyat tahun 2010 ini yang semakin mencabar)

Sebelum ini saya menulis mengenai penyakit mental dan kaitannya dengan kecenderungan mereka membunuh ahli keluarga sendiri di http://waghih.blogspot.com/2010/01/bunuh-ahli-keluarga-400227-rakyat-msia.html

Laporan Utusan Malaysia dibawah pula mengatakan Negeri Sembilan mempunyai kadar pesakit mental tertinggi di Malaysia.

Lalu ada seorang pengunjung Blog saya member komen akan kekecewaan teramat sangat beliau akan tindakan kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh merawat dua orang saudaranya yang menghidap penyakit mental.

Berikut komen beliau (saya terpaksa edit sedikit, kerana tulisan beliau agak emosional memandangkan nasib yang dihadapinya, kita amat bersimpati) :

Sebegitu ramai rakyat Malaysia menghidapi penyakit ini tetapi apakah peranan kerajaan dalam menyediakan kemudahan perubatan dan jagaan untuk mereka?

Perlu diingat dua buah hospital mental di malaysia iaitu satu di Tampoi dan satu lagi di tanjung Rambutan dibina oleh penjajah Inggeris hampir seabad yang lampau!

Saya sendiri mempunyai dua saudara berpenyakit mental yang kronok sehingga tidak ada daya upaya lagi kami merawatnya. Ibu bapa kami telah meninggal dunia dan kami tidak mampu menjaga kedua mereka disebabkan kami juga bekerja dan mempunyai anak pinak. Saya telah menelefon merata agensi tetapi jawapan yang diterima sangat mengecewakan. Hospital di tampoi dan Tanjung Rambutan sudah tiada tempat, sudah sesak. Hospital negeri hanya merawat sementara sehingga mereka tenang semula kemudian dihantar balik kpangkuan keluarga.

Pilihan yang ada hanyalah dihantar ke pusat jagaan swasta yang mengenakan yuran jagaan sebanyak RM600 untuk seorang. Bererti untuk dua orang itu kami terpaksa membelanjakan sebanyak RM1200 Sebulan!

Bayangkan...

Komen penuh beliau pada ruangan komen di http://waghih.blogspot.com/2010/01/bunuh-ahli-keluarga-400227-rakyat-msia.html


***********************
Pesakit mental bertambah
Utusan Malaysia 9 Jan 2010

Laporan akhbar harian Kosmo! bertarikh 27 November 2008 menyebut bahawa Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental, diabetes dan obesiti di kalangan orang dewasa paling tinggi di negara ini. Kes terbaru yang berlaku di negeri itu adalah di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

Menurut laporan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006, antara punca gangguan mental adalah kemurungan. Ia dijangka menjadi punca utama penyakit mental menjelang tahun 2020.

Pakar psikiatri dari Kedah Medical Centre (KMC), Dr. Wan Mohd Rushdi Wan Mahmud berkata, seseorang yang berada dalam keadaan di luar sedar mampu melakukan perbuatan yang pelik, luar biasa, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Di negara kita, tiada perlindungan insurans untuk rawatan gangguan mental. Ini menyebabkan tidak ramai yang mahu merujuk kes mereka kepada pakar psikiatri. Saya yakin jika pihak insurans memasukkan rawatan gangguan mental di dalam polisi mereka, lebih banyak orang akan tampil mendapatkan rawatan," tambahnya.

"Saya nasihatkan cuti hujung minggu digunakan dengan bijak agar segala tekanan yang bersarang di dalam diri sepanjang minggu itu dapat dilepaskan.

"Riadah bersama keluarga atau melakukan aktiviti luar yang digemari boleh membantu mengurangkan tekanan," ujarnya.

Statistik daripada kajian itu juga mendapati kira-kira tiga juta daripada 26 juta penduduk negara kita mengalami gangguan mental.

Ia kini menjadi penyakit lazim dan statistik tahun 2008 menunjukkan kira-kira 400,227 pesakit mental di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital-hospital kerajaan. Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding 346,196 pesakit pada 2007.

Berita penuh di
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Tiada ulasan: