KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100110

Bankrap sangatkah Kementerian Pelajaran tahun 2010 ni

(Pemimpin dan ahli politik terutamanya UMNO, PAS dan PKR, tolonglah tengok masalah rakyat tahun 2010 ini yang semakin mencabar)

Tahun 2010 Kementerian Pelajaran telah mengurangkan bajet sebanyak RM 2 Billion, ada yang kata RM 4 Billion.

Saya dah tulis sebelum ini ibu bapa , guru dan para pelajar harus mengambil langkah berjimat cermat agar tidak menjejaskan proses pembelajaran tahun 2010 ini.

Dua artikel saya tulis agar guru, ibu bapa dan para pelajar mengubah sikap 2010 ini untuk menangani masalah bajet yang dipotong RM 2 Billion ini pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/01/2010-guru-kena-bawa-baldi-ke-sekolah.html
http://waghih.blogspot.com/2009/12/ibu-bapa-kena-bawa-tukul-besi-ke.html

Apabila sesi persekolahan 2010 baru seminggu bermula, bermacam keluhan ibu bapa saya dengar. Terutamanya yang anak masuk asrama, kerana bayaran makan asrama telah naik RM 3 dari RM 1 untuk ibu bapa berpendapatan RM 5000 ke atas. Kemudian subsidi kerajaan berkurang dari 24 hari sebulan ke 20 hari sebulan.

Dengar cerita di MRSM bayaran nak masuk sekitar RM 2000 seorang.
Sebuah Sekolah Menengah Agama di Seremban yuran termasuk yuran asrama RM 1,200 lebih setahun.
Semalam kawan saya cerita di asrama di sekolah Serting , N.Sembilan mengarahkan pelajarnya yang duduk asrama agar balik rumah setiap minggu kerana kalau nak duduk asrama pada hujung minggu perlu bayar tambahan RM 8 sehari.

Apa semua ni ? Kementerian Pelajaran tolonglah beritahu ibu bapa awal-awal lagi bahawa tahun 2010 ni memang banyak bajet di potong.

Hentikanlah politik, tak kiralah politik parti ke , politik jabatan ke. Tumpukan kerja pada sekolah, guru dan pelajar.

Ini tidak dalam Jabatan dan Kementerian Pelajaran pun banyak politik (bukan politik parti) jatuh menjatuh. Ada Guru Besar dah buat majlis perpisahan tak jadi pindah.

Hentikanlah politik Bangang macam ni. Tumpukanlah pada nasib anak bangsa kita ?

Semalam seorang kawan mengadu, anak jirannya pelajar perempuan Tingkatan 5 tahun ini tak mahu bersekolah. Lari dari rumah, duduk rumah kawan juga pelajar perempuan Tingkatan 5, dua-dua tak sekolah. Berpakaian menjolok mata, merayau-rayau saja kerjanya. Bukan tak mampu ke sekolah, tak dah fed up, tak nak sekolah. Dengan masalah di rumah, masalah di sekolah.

Tiada ulasan: