KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100114

JOM Solat Gerhana Jumaat 15 Jan 2010


Esok jam 3 petang Jumaat 15 Januari 2010 akan berlaku Gerhana Matahari separa di Malaysia.

Marilah kita banyakkan bersedekah pada esok hari. Ramai orang yang memerlukan bantuan disekeliling kita, jiran kita, saudara mara kita, buat surau, umat Islam di Gaza dan sebagainya. Banyakkanlah sedekah. Sedekah membawa baraqah.

”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

Lebih lanjut mengenai amalan ketika gerhana pada pautan berikut
http://waghih.blogspot.com/2009/12/jom-solat-gerhana-sedekah-malam-tahun.html

**************************

Fenomena gerhana matahari separa

Pada kali ini, gerhana matahari anulus akan berlaku pada esok hari dan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer (km) merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur .

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut bermula pukul 3 petang hingga 5.45 petang.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0114&pub=utusan_malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_03.htm&arc=hive

Ahli PAS diminta solat gerhana matahari esok

IPOH, 14 Jan: Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein meminta seluruh umat Islam di negeri ini khususnya ahli PAS menunaikan solat sunat gerhana matahari, esok.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS negeri, Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, semua PAS kawasan diarahkan untuk menganjurkan solat sunat gerhana di markas dan tempat lain yang difikirkan sesuai.

"Marilah kita mengambil peluang keemasan yang jatuh pada hari Jumaat, esok hari untuk bermunajat kepada Allah SWT agar suasana politik yang tidak tenteram dan tidak aman di Perak dikembalikan dengan rakyat diberikan peluang sekali lagi untuk memilih siapakah kerajaan pilihan mereka, Pakatan Rakyat atau BN," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun)Titi Serong.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24234:ahli-pas-diminta-solat-sunat-gerhana-matahari-esok&catid=56:negeri-perak-darul-ridzuan&Itemid=101

Tiada ulasan: