KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100117

2.6 Juta rakyat Malaysia sakit mental


Gangguan mental dan penyelesaian
Mingguan Malaysia 17 Jan 2010

Pakar Psikologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, jika melihat kepada laporan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006, 11 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah mental.

Ini bermakna kira-kira 2.6 juta daripada keseluruhan penduduk mengalami gangguan berkaitan psikologi dan jumlah ini agak ketara

dianggarkan menjelang 2020, masalah ini akan menduduki tangga kedua iaitu selepas penyakit jantung.

Di Malaysia, ia kini menjadi penyakit lazim dan statistik 2008 menunjukkan kira-kira 400,227 pesakit mental mendapatkan bantuan psikiatri di hospital-hospital kerajaan.

Dr. Muhsin berkata dari segi kepakaran pula kita masih lagi ketinggalan iaitu dengan hanya sekitar 200 pakar psikiatri.

Dalam kebanyakan kes seperti ini kata beliau, mangsa biasanya adalah orang yang paling rapat sekali dengan pembunuh seperti ayah, ibu, anak, suami, isteri dan adik-beradik terdekat.

“Kebanyakan pesakit di Malaysia bertemu pakar selepas 24 bulan mengalami masalah. Berbanding di Amerika Syarikat, jika mereka tidak boleh tidur dalam masa tiga hari sahaja mereka terus bertemu doktor untuk mendapatkan nasihat,” katanya.

Selain itu katanya, rawatan yang ada di negara ini masih lagi mengikut akta lama iaitu mengurung pesakit atau menempatkan pesakit di suatu tempat tertentu misalnya hospital sakit jiwa.

“Orang kita kadang kala lebih percayakan bomoh dalam hal ini. Nasihat saya, kalau ingin bertemu bomoh sekali pun tak mengapa, asalkan jangan lupa mengambil ubat yang telah diberikan doktor,” katanya.

Artikel sepenuhnya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0117&pub=utusan_malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm&arc=hive

Tiada ulasan: