KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100123

Surau SMAP Labu N.Sembilan pun daif, JOM Melabur


Bukan Surau di Maahad Ahmadi, Gemencheh, N.Sembilan sahaja yang uzur dan tak cukup ruang tempat solat untuk para pelajar sekolah agama http://waghih.blogspot.com/2010/01/lihatlah-kedaifan-surau-di-nsembilan.html

Surau di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, N.Sembilan pun dua kali lima juga.

SMAP Labu memerlukan surau setaraf dengan sekolah berasrama penuh yang lain.
Surau Al-Mustaqim hanya dapat menampung kira-kira 400 orang jemaah berbanding dengan jumlah keperluan yang hampir 1000 orang.

Ayuh, marilah kita menambah SAHAM AKHIRAT kita.

Terutamanya orang Negeri Sembilan, bekas pelajar SMAP Labu, usahawan Islam di N.Sembilan. Korporat Islam dari N.Sembilan yang berada di luar N.Sembilan atau luar negara.

*********************************
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh, aliran agama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelbagai kemudahan fizikal dan infrastruktur disediakan termasuk sebuah surau kecil yang diberi nama Surau Al-Mustaqim. Surau ini tidak dapat menampung semua pelajar untuk berjemaah menunaikan solat di samping aktiviti keagamaan yang dijalankan.

Anggaran Perbelanjaan RM 2,500,000.00

Sumbangan dalam bentuk cek hendaklah ditulis atas nama JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU BARU SMAP LABU dan dihantar ke alamat sekolah.

Manakala dalam bentuk wang tunai boleh dimasukkan ke dalam akaun BANK ISLAM yang bernombor 05-012-01-006384-5 atau diserahkan kepada bendahari. (Ustazah Salwa bt Sheikh Ahmad).

Hubungi:
Dr. Wn Azhr Wan Ahmad - H/P 019-2644496 (Pengerusi)
Ust. Mohd Nasaruddin Mohd Hassim - H/P 0136306951 (Setiausaha)
Ustz. Salwa Sheikh Ahmad - H/P 019-3514437 (Bendahari)

Maklumat lanjut di http://9002jeddah.blogspot.com/2009/07/cadangan-membina-sebuah-surau-baru.html

Tiada ulasan: