Jualan kereta di Malaysia dijangka akan merudum atau kaku. Ini adalah kerana Pak Menteri telah umumkan minyak akan naik pada 1 Mei 2010 bergantung pada cc atau kapasiti enjin kenderaan.
Kereta
berapa cc yang akan dapat subsidi masih tak tahu lagi. Kereta 660 cc ke , 850 cc ke , 1000 cc ke , 1500 cc ke , 1600 cc ke , tak tahulah.
Lepas tu untuk kenderaan di Sabah dan Sarawak mereka akan terus dapat subsidi iaitu kekal harga lama selepas 1 Mei 2010 kerana Pak Menteri kata orang Sabah dan Sarawak ramai guna 4WD yang cc besar kerana jalan di pedalaman yang teruk.
Nampaknya akhir-akhir ini banyak pula keistimewaan orang Sabah dan Sarawak bah.
Lepas tu lagi Pak Menteri kata orang Semenanjung mula 1 Mei 2010 ini akan dapat beli minyak pada harga subsidi satu orang satu kereta sahaja. Banyak pula konsep 1 sekarang ni.
Jadi kalau satu keluarga ada 3 kereta atas nama suami, diguna oleh isteri dan anak, mungkin perlu tukar nama pula ke nama isteri dan anak-anak. Wah , duit lagi nak tukar nama pula.
Apa-apa pun , kepada mereka yang nak beli kereta , jangan salahkan sesiapa , kerana amaran telah diberi minyak akan naik 1 Mei 2010 ini. Mungkin mereka tak kata minyak akan naik, tapi minyak akan dijual mengikut subsidi atau cc kereta.
Kepada mereka yang guna Naza Ria , walaupun harganya lebih kurang Exora mungkin kena bayar lebih untuk minyak , atau mungkin kena jual Naza Ria di Sabah atau Sarawak.
Fakta diatas dari temubual Pak Menteri yang bertanggungjawab dalam akhbar The Star 17 Jan 2010 :
Still in the dark over system
I agree but we have not fully settled on the exact mechanism. It’s still under discussion, that’s why we are still unable to announce details at this moment.
That May 1 date is still on target but it will only be for the peninsula. For Sabah and
With cars, the best is to look at engine capacity. It’s wrong to go by the brand because that would be perceived as discriminating against a make.
We are considering putting a chip into our MyKad to register the car that’s entitled to the subsidised petrol. Each person is eligible for subsidised petrol for only one car.
Temubual sepenuhnya di http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/17/focus/5485032&sec=focus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan